Sunday, October 18, 2009

Such Impact On My Life

I just changed my number (to a freaking-hard-to-remember combination T_T) and went to text everyone on my contact list. The sms goes like this "Hanis Zalikhas new number tau". It reaches Sharon my old manager for Marc by Marc Jacob.



New number: Hanis Zalikhas new number tau.
Sharon Hew: Who's this?
New number: Hanis Zalikha from Marc by Marc Jacob.
Sharon Hew: I know, but who asked for number?
New number: Haha I'm informing you my new number lahh.
Sharon Hew: K sorry, thought someone is checking you out. Still very protective over you.
New number: HAHAHAHAHA WHY MUST BE SO COMEL DAMN I MISS YOU.
Sharon Hew: I miss you too. I'm in C.Club Pavilion now, keep in touch.
New number: Wow! Awesome! Nanti I makan situ :)
Sharon Hew: Yeah, see ya, take care my si cantik!



Haha kelakar rupanya dia baca mesej "Hanis Zalikhas new number tau" sebagai "Hanis Zalikha's new number, tahu?".




Working in Marc by Marc Jacob, Pavilion, adalah my first working experience. I have to share with you sebab terlalu best pengalaman I kerja di situ. I tak rasa I akan jumpa tempat se-best itu lagi dah :')



Sharon The Manager: She is such a gorgeous lady with high taste. Kalau pergi kerja mesti dress up yang adorable gila, nanti kitorang semua drools tengok dresses and coats dia. I ingat lagi dia kata dia ambil I kerja sebab I cantik. Epp jangan tertipu, sebab masa itu sumpah I hodoh gila, dia seorang je yang rasa I cantik. Serious. Nama lenglui dia dah reserve untuk I. Even kalau I dalam stor, dia nak panggil dari luar pun dia jerit Lengluiii! Dan memang, dia sangat protective over I. Kalau ada lelaki datang buat-buat beli baju tapi cari peluang nak cakap dengan I, nanti tiba-tiba Sharon punya protective mode turned on. Dia terus take over dan suruh I main jauh-jauh. Sharon tak selalu datang sebab dia ada banyak lagi butik nak jaga. Tapi setiap kali dia ada, kalau kawan dia datang, mesti dia panggil I, nak tunjuk kat kawan dia. Macam mak betul. "This is my girl Hanis". Mesti kawan-kawan dia macam, "So?" dalam hati. Haha. The thing about Sharon is, dia suka highlight benda positif pasal orang. Kalau I particular pasal discount placing nanti dia "Youre so smart, be a manager one day, okay?"



Fairuz The Supervisor: Ini pembuli I. Suka sakat I. Setiap hari buli I. Selain buli I, dia suka buatkan sandwich, letak dalam plastic zipper bag dan kami akan makan sama-sama untuk breakfast. Selain buli I dia suka belanja I makan rojak dan nasi ayam. Selain buli I, dia suka gelak kat lawak I. Fairuz is like the caretaker for us. Mana nak dapat weh supervisor pemurah/rajin/motherly yang "Hanis esok nak sandwich berapa?" I selalu jawab "Dua". Padahal nak 6. Haha sebab sedap sangat kalau dia buat sandwich. Dia teliti nak letak salad segar, perahan lemon, tuna. Pastu antara semua orang, dia buatkan sandwich untuk I je. Haha. Kadang-kadang kalau dia baik dia cam, "Hanis you nak sadwich berapa esok?" "Dua" "Okay, kita buatkan untuk Diana satu je". Haha. Selalu kalau nak jalan pergi Sg Wang atau Lot10, dia mesti ajak I. Sebab dia suka sangat sembang dengan I. So nanti part-timer yang lain macam hmph okay fine. Ajak Hanis aje. Ada satu hari tuh, masa awal kerja, I datang lambat, pastu I macam belum reti nak call kalau datang lambat haha, pastu I masuk-masuk butik, Fairuz macam nak marah (kami belum rapat), then dia kata "Hanis come here", I jawab "Kejap eh nak letak beg". Haha tak bersalah gila, terus dia gelak tak boleh nak marah. Dia kata nak belasah je I. Manja betul.



Cyndi, My Chinese Sister: Cyndi adalah my kakak. Dia tua beberapa tahun dari I tapi kami kamcing like serious adik-beradik. Cyndi permanent worker kat situ. Kalau dia ada, memang satu hari gelak je sebab benda bodoh yang paling bodoh pun kitorang bantai gelak sebab kitorang je yang paham. Butik itu dikelilingi gelas kaca sebagai dinding, so kadang-kadang ada orang terlanggar masa nak masuk, nanti Cyndi macam siot buat replay untuk I. Pastu kitorang selalu main curl rambut guna curling thong dalam store. Fairuz baik, dia biar je asalkan masa tuh takde customer. Dia sanggup jaga depan supaya kitorang dapat main dalam store. Kadang-kadang kitorang buatkan rambut dia jugak. Cyndi lawa sangat, dia dulu model. Kalau Cyndi takde, mesti Fairuz macam "Ha nak nangis lah tuh kakak you takde hehehe time to buli". Tipu, Cyndi ada pun dia buli juga, malah kadang-kala komplot buli sama-sama T_T Diorang suka suruh I beli apa-apa sebab I sangat rajin jalan-jalan. Kalau diorang nak beli rokok or makanan, nanti tanya I "Hanis nak jalan-jalan tak?". I suka pertanyaan itu! Nanti diorang bagi duit pastu ada lebih baki, diorang akan kata ambil lah beli apa-apa so I beli magazine, bubblegum etc.



Diana, Permanent Worker: Diana pun permanent worker juga, macam Cyndi. Diana pandai menari! Combination kami memang perfect sebab kitorang selalu sangat sakat each other sampai kalau ada kitorang bertiga (I, Cyndi, Diana) dalam butik, memang gila ah. Layan customer pun bergelinang air mata sebab baru lepas gelak. Pastu kalau kitorang yang jaga, tiba-tiba je Marc By Marc Jacob tutup awal malam itu. Bila stok baju baru sampai, semua kami try dulu baru display haha. Diorang kata diorang boleh kamcing dengan I sebab I senang buat kerja dan efisyen dan senang nak buli, hoh. Bila ada part-timer baru datang semua kena compare dengan I. WEH RINDU.



Pengalaman kerja situ memang best sebab banyak benda baru yang I belajar macam credit card fraud, social class, life experiences of different backgrounds. Dahlah orang-orang yang bekerja bersama semua best. Bila Chinese New Year dapat banyak hamper dari clients, so kitorang bantai duduk kat store bahagi-bahagikan isi hamper haha. Bila Chinese New Year dapat angpau dari boss! Dari client! Boss tertinggi ialah Andy. Dia kata "I like that Lenglui very much, but why is her jeans like that?". Dia cakap pasal Guess jeans I yang sumpah dah street-style gila sebab kotak-koyak kat tumit haha. Diorang suka bahan I, ulang balik apa yang Andy cakap T_T



Pastu masa kerja situ I kenal orang kat tempat-tempat lain contohnya Azura yang kerja dekat Mercato. Dia cashier kat supermarket tuh, and dia selalu nampak I beli barang. Satu hari dia beranikan diri juga nak kata dia adore I dan sejak itu kami berkawan :') And sebab my colleagues suka suruh I beli donut dekat J.Co, ada mamat dekat J.Co yang super ramah dan super smart yang selalu sembang dengan I waktu I pilih perisa. Satu hari waktu I balik dari lunch tiba-tiba Sharon macam, "Hanis, your friend from J.Co sent you these" *tunjuk donut satu dozen. Awwwww tapi sampai sekarang I tidak tahu nama dia. Sigh.



I kerja situ tiga bulan je tapi kitorang rapat sangat macam dah lama bersama. Even sebagai part-timer sahaja, masa I nak berhenti sebab nak pursue modelling, diorang sedih sangat. Hari last I ialah hari yang gloomy. Fairuz kata dia sedih sebab nanti dia mengandung, tak dapat tengok muka I hari-hari supaya anak muka macam I (nasib baik, sebab dia dapat anak lelaki haha Adam.. Adam.. comel). Cyndi lah paling sedih. Dia kata you must come back here if you can :') Dan kami tak pernah out of touch since then. Sharon tak kerja untuk hari last I. Dia datang sekejap je. Dia datang dan belanja I dekat The Loaf, pastu balik. Fairuz pula suruh I pergi Pull&Bear, pilih mana-mana jeans yang I nak, nanti dia bayar je. Dialah yang belikan HIGH-WAISTED JEANS I sebenarnya. Harga RM209.00.


Kalau ada orang beri impak terhadap hidup anda, tulislah tentangnya. Tulislah tentangnya dalam journal.

39 comments:

  1. kelakar gila u punya manager.. i nak amik dia jadi manager i boleh? :D

    ReplyDelete
  2. pergilah melawat diorang! anddd.igtkan nak cerita kenapa tukar number. haha dulu when i changed my number and text it to my brother dia reply "lari dari psycho ex-bf ke?" LOL

    ReplyDelete
  3. seronoknya baca entry ni..=D
    terase keseronokan story u..hehe =P

    ReplyDelete
  4. waaahhh sgt suwit laa mereka..abg dkt j.co itu juga!!heheh

    ReplyDelete
  5. wow, very cool friends u got there.. jgn putus hubungan tau.. great friends are hard to come by.. (^^,)

    ReplyDelete
  6. hanis, entri u yg ni sgt personal i rasa. susunan ayat tak macam selalu. nampak sangat u tulis dari hati. keep it up girl! :D

    ReplyDelete
  7. ~ sweetnye... surely pengalaman yang tak dapat dilupekan.. esp.. the jeans tuh :D ~

    ReplyDelete
  8. terharunya...bahagia hidup kalau dikelilingi rakan2 mcm tu...:)

    nizaa
    http://kancilbiru.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. jelesnye orang cantik =)
    di sayangi pulak tuh.

    ReplyDelete
  10. You are right dear hanis..cherrish the time with your love one or the precious one even with a simple thought..sgt suka writings kamu

    ReplyDelete
  11. wow..if i am one of them,mesti i dah nangis terharu baca entri hanis ni.^_^ betul2 rasa dihargai :)

    nice one,hanis!

    ReplyDelete
  12. mesti mereka rasa dihargai hanis.

    bagus bagus!

    ReplyDelete
  13. Hmm... Experience is a good teacher... if we want to learn... :)

    ReplyDelete
  14. adorable(:

    serious jeles.ur life bestt sey:D

    ReplyDelete
  15. huhu..panjang

    ape2 pun...cherish it before it passes by

    ReplyDelete
  16. always ;-)

    nak no baru jugak



    entah org ke brape tanye camni kan

    ReplyDelete
  17. I like that Lenglui very much, but why is her jeans like that?".

    hahahaha...itu Andy memang kaw2 lawak!

    ReplyDelete
  18. love ur writing.., pengalaman keje mmg la yang plg best.., lagi2 klau dpt rakan kerja yang memang sporting n blh giv n take kan..

    ReplyDelete
  19. rasa terharu bile teringat org selalu buat kita gembira....
    walaupun sekejap, tapi pengalaman itu memberi sebuah pengertian hidup yang sungguh manis...

    ReplyDelete
  20. itu la jadinya kalau baca dengan intonasi yang tak betul.hehe

    ReplyDelete
  21. kamu sangat2 menghargai semua orang disekeliling kamu... sweet sangat! Orang secantik dan sepintar ini tidak sombong... itu yang mengagumkan!

    ReplyDelete
  22. awesome sgt cerita ni!
    *excited gila dah boleh comment sbb dah ada belog teehee n,n_V

    ReplyDelete
  23. Thanks for the sms notification. When I received it, I thought it was some sort of a sick stalker giving me the information. Then I realized it was really you because you don't use apostrophes properly just like in your blog :P

    ReplyDelete
  24. betul-betul funny you punya manager..hahahaha..1st salam perkenalan...

    ReplyDelete
  25. tu larhh susah gila kan nak dapat orang yang sekapala ngan kita dalam bekerja..sometimes ppl get jealous with us without reason..

    ReplyDelete
  26. hanis.... yea it's so sweet when we CliCk really well with sumOne :)

    i'm happy 4 ya.. and wiSH u suCcess in watever u dooOo..

    ReplyDelete
  27. Hey babe!
    I think your curly hair is absolutely stunning on you! (reference to pictures posted up in previous entry) Is it natural?
    I have naturally curly hair but I find mine so lifeless and Im so beyond bored of it. Omgggg. How do you get yours so bouncy and pretty!! haha.
    xx

    ReplyDelete
  28. salam hanis! i don't know samaada u baca komen ni x...tapi sila amik ini dan tempek kat blog u ye...
    like ur blog so much...
    :)

    http://hanihilman.blogspot.com/2009/10/award-untuk-blogger-best.html

    ReplyDelete
  29. erm..dah org nye mmg cantik..then also her life

    ReplyDelete
  30. punyerlah berkesan ur writing ni Hanis, i yg rasa rindu pada mereka... such a nice working surrounding... feel like crying now... wht a nice frenz u have..

    ReplyDelete
  31. Wah, Sharon betul-betul tahu pontential awak.

    ReplyDelete
  32. bestnye crite hanis. kelakar gile pastu inspiring ;)
    You ni mesti sweet kan smpai manja dgn semua org. ;)

    crite u best ah. kelakar. cite lg ;;;)

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!