Friday, February 12, 2010

20 Finalis Saya Nak Cuti!


Wah nampaknya ramai menyahut cabaran entri Saya Nak Cuti tempoh hari. MAS kata dia terima more than 3000 entries pewit pewit. Oh nak challenge I punya Limau Bali entri yaaa (padahal I tak submit pun teehee, kan dah cakap itu mock entryy). Okay sekarang nak tengok kanak-kanak terpilih (Digimon) okay okay maaf main-main pula, sekarang nak tengok 20 orang yang terpilih untuk bersaing mendapat tempat 7 tertinggi dan mengacara rancangan percutian sendiri!



Sebenarnya semua calon datang dengan cerita masing-masing, ayuh diringkaskan dan anda boleh decide siapa dapat tempat-tempat ketujuh tertinggi dengan mengundi.

Baiklah yang nak pergi Hanoi ada 3 orang.

Dahlia (50) calonkan anak dia pergi Hanoi sebab dia janji nak bagi anak dia bercuti kalau dapat CGPA 4.0. Pastu anak dia gempak sebab dapat 4 flat jadi terpaksalah mak dia a.k.a Dahlia masuk pertandingan ini supaya tidak hanya menanam tebu di tepi bibir.




Mariam (31) si orang kuat Bijou Bazar memang kuat sebab bekerja tanpa rehat yang cukup untuk 2 tahun berturut-turut. Kalau anda tak pernah pergi Bijou Bazar anda memang rugi sebab semua baju dan kasut secondhand sungguh cantik. Maka selama ini Mariam asyik dok menguruskan orang (para penjaja Bijou Bazar), sudah sampai masanya dia menguruskan percutian untuk diri sendiri.






Gambar isteri Yusmal. Yusmal (36) merupakan seorang pengacara televisyen walaupun tidak pasti rancangan apa. Maka isterinya cemburu hati melihat kerjaya si suami yang sungguh seronok dan glemer. Suami yang baik hati pun menyertai pertandingan ini untuk menghadiahkan percutian percuma dan peluang jadi pengacara (ha nanti baru you tahu susah senang mengacara, suara dalaman suami barangkali) kepada sang isteri.



Yang nak pergi Manila pun ada 3 orang.




Luqman (25) mengadu dirinya sebagai orang kerja kerajaan tidak pernah cukup wang untuk bercuti luar negara. Simpan-simpan, mesti habis. Simpan-simpan, mesti habis. Eh pandai-pandai I fitnah simpan-simpan mesti habis haha. Hanis berhenti main-main. Okay tapi betullah dia teringin nak melancong tapi tak pernah cukup wang. Mungkin dia simpan untuk kahwin kot siapa yang tahu T_T ATAU MUNGKIN DAH KAHWIN??! (Sebab itu tak cukup-cukup -_-)



Sheela yang pernah memenangi pertandingan Carefree Queen juga merupakan seorang guru Bahasa Inggeris. Akibat hobi memasuki pertandingan, kini dia mencuba nasib untuk Saya Nak Cuti pula.



Jamal (64) ialah seorang Scout Commissioner. Apakah Scout Commissioner dalam Bahasa Melayu? Tapi yang penting dia suka kumpul barang-barang pengembaraan. Dia pernah tolong seorang gadis di Manila satu masa dahulu, dan teringin nak tengok kalau perempuan itu masih sihat walafiat. Ecececehh.



Yang nak terbang ke Bali pun ramai! Mungkin terinfluenced dengan entri limau bali I?


Tahun lepas, Iskandar Rapek (38) ditimpa malang berturut-turut apabila disamun, dirompak dan dicederakan oleh orang jahat (hehe comel sebut orang jahat). Maka dia ingin mulakan tahun baru dengan satu percutian yang hebat di Bali. Nak mandi bunga mungkin?






Juliana (31) merupakan seorang pensyarah di Universiti Sains. Dia juga seorang pengembara, penari gelek (belly dancer takkan penari perut kan dalam bahasa Melayu) dan macam-macam lagilah yang dia gambarkan dirinya. Apa yang crucial sekarang dia nak naik kuda kat Bali.


Seorang ahli Biologi bernama Azneal (24) akan pertama kali menaiki kapal terbang kalau menang ini.




Viki dicalonkan oleh Kanmani (32) kerana Viki rapat dengan ayahnya seorang tour guide. Ayah Viki baru meninggal dunia, mungkin percutian ini akan memberi harapan baru pada Viki. Tapi macam mana Viki nak mengacara kalau dia masih bersedih? Takpe itu bukan masalahnya, menang dulu, yang lain kita cerita nanti.




Destinasi seterusnya, Bangkok dan Phuket!




Amirol (25) dari Shah Alam kata dia perlukan cuti sebab dia kerja siang dan pada malamnya dia belajar. Gigih betul usahawan merangkap pelajar kejuruteraan ini. Ha nak buat apa kat Bangkok!



Fizlah (45) seorang ibu tunggal ingin pergi menyelam di Phuket sebagai hadiah kepada diri sendiri.



Ho Chi Minh
Sarah (24) calonkan kakaknya yang menghidapi penyakit rheumatoid arthritis, dan sukakan fotografi.





Madina (31) ada darah Vietnam sebelah mak dia. Maka dia teringin nak pergi sana jumpa saudara-mara yang dia tak pernah jumpa sebab lahir-lahir kat Thailand terus pindah Malaysia.



Kemudian, ada yang nak terbang ke Yangon.




Where in the world is Yangon? Ha Melvin (26) seorang anak bandar yang suka underdeveloped nations, hence Yangon adalah destinasi pilihannya. Underdeveloped nation kira benua yang tidak maju lah. Kan? Tolong betulkan please apakah direct translationnya. Fakta rawak, Melvin jurutera komunikasi dekat Motorola. Lama tak dengar perkataan Motorola!



Cebu


Dulu, Sharom (30) merupakan seorang ahli musik. I like the word ahli musik! Macam “bapak tak suka sama itu ahli musik!”. Wah sempat melencong. Okay anyway, Sharom claimed hidupnya dah berubah sejak pergi Mekah. Kini dia nak pergi Cebu.






Yogyakarta


Waktu gempa bumi besar-besaran dekat Yogyakarta suatu ketika dahulu, Alif (20) pernah ikuti Persatuan Bulan Sabit Merah bersukarela di situ. Kini dia nak datang balik kampung yang dia tolong dulu, dan lihat keadaannya sekarang. Murni impian :’)





Dan yang di dalam Malaysia jeng jeng jeng.


Afandi (35) nak pergi Tawau je. Tawau je pun cukuplah. Asalkan ada laut. Ada hidupan laut. Hehe sebab dia suka underwater photography!






Siti Nur Aishah (26) ada kawan dekat Sabah, so diorang berjanji-janji nak daki Gunung Kinabalu sama-sama. Asal I dengan bestfriend tak berjanji-janji daki gunung macam ni? Selalu janji nak pergi shopping leggings je (-_-"). Maka kalau menang pertandingan ni, kan dah save tiket flight yeay!






Nur Fadhilah (21) pula nak lawat Sandakan. Sebab dia ni doktor haiwan untuk Orang Utans. Jadi dia nak pergi Sandakan, tengok Orang Utans yang bukan dekat dalam kandang/sangkar/hospital. Orang Utan yang berada dalam habitat asal, gayut-gayut, main kutu ramai-ramai (tunggu turn bulan berapa nak dapat duit haha).



Itu dia tadi kesemua 20 calon, diringkaskan oleh saya. Penat saya membebel, siapa yang anda rasa layak diberi peluang? Pilih kak pilih pilih.

63 comments:

  1. ahaha. tak tau lah nak pilih yang mana satu... :) semua layak! :D

    ReplyDelete
  2. mak oiii~
    rajinyer kak hanis...
    ada 2,3 org boleh menang..
    tapi kalau akak masok,
    CONFRM MENANG~!
    x tipuuu.....
    T_T

    ReplyDelete
  3. saya pilih last entry sebab orang utan comel.

    ReplyDelete
  4. haha...
    hanis punya description ada part yang lawak~
    pilih cik hamis jalikha jugak,boleh?

    ReplyDelete
  5. Hanis..hanis..hehehe.i loike u a lot

    ReplyDelete
  6. i pilih Mariam because she deserve a holiday for herself ya:)and she definately rock:)

    patty.

    ReplyDelete
  7. byk 2 nak pilih..
    smue ade reason masing2..xtw nk pilih y mne..;p

    ReplyDelete
  8. semua ade reason tersendirikan..
    mzty susa nak choose..;)

    ReplyDelete
  9. bukan kamirol la cyg..amyrol..cis..kawan sendiri boleh dapat..tak sangka..hehe~

    vote for amyrol sbb dia wat profile kat lab welding kami..gaga...nak nmpk power la tu main2 api..hehe~

    ReplyDelete
  10. Me vote for finalist who wanted to go to Bali since I wanna go there also!!

    ReplyDelete
  11. 感謝大大的無私分享 讓小弟獲益良多 終於知道網上還有這麼多的好東西≧▽≦"
    ........................................

    ReplyDelete
  12. saya nak pilih yang nak pergi Tawau.. sebab saya suka under sea ( sea mestilah under kan? ) pictures.. dan dia seorang yang gigih kerana berjaya menyimpan rambut kerinting parat bahu yang kemas..

    ReplyDelete
  13. Ho Chi Minh : Hadiah Sarah utk kakaknya..coz dia x "jual ikan"
    hehehe....
    :)

    ReplyDelete
  14. rajin nye hanis cover suma finalis... paling chummel amaran utk yg nak ke BAngkok tuh... Hu3...

    ReplyDelete
  15. tere betol hanis bab menghurai2 ni tp dlm gaya santai..xjemu baca.ni esei musti score kannn?? :)

    hmm..sape layak eh ? bg le kot yg xpenah naik aeroplane tuu..sian dia ;p

    ReplyDelete
  16. haha cerita mereka semua jadi kelakar sebab hanis olah. eh itu sheela kah??! amboi sejak menang carefree, semua contest dia masuk! saya vote sheela! yeeehaa

    ReplyDelete
  17. eee... best nyer diorg dah tercalon...

    ReplyDelete
  18. babe!
    i just became ur followers!
    klu ade ms usha2 blog aiza k~

    wah seronok nye...
    xdpt nk jd finalis..
    huhuhu....

    ReplyDelete
  19. Haha.. terkejut aku nampak gambar si KAMIROL dlm entry nih...

    bukan nama glemer dia Jack ke?

    hoho...
    goodluck laaa..

    dr ex-engineering student.

    huhuh

    ReplyDelete
  20. teruje okay...yg juliana 2 my ex teacher dkt sec0ndary school...dye mmg seorang yg aktip...caya la u teacher....ha2..tp mse time klua kt tb try juga cri hanis...rpe2 nye entri p0n xhantar...kl0 hanis msk k0mpem jore rakyat...

    ReplyDelete
  21. tolong vote yg rambut afro tu..si Afandi heheh...dia photographer masa wedding sy. cun melecun gmbrnye! sure damn the marine life will look stunning in his underwater photos.

    http://tukanggambarfnd.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. ala...nape u tak masuk?
    kalau hantar mock entry tu pon okeh kowt...ghee...

    ReplyDelete
  23. omaigod.mr iskandar rapek tu kena rompak kat starbucks yang i kerja dulu.kesian kesian.good luck to him. ;)

    ReplyDelete
  24. u are one funny writer... ayat2 perisa tambahan u tu, mmg made it worth la i hampir2 tersembur kopi i ke skrin, nasib x kuar ikut idung tau.. hish..

    ReplyDelete
  25. Haha korang lagi comel sebab elaborate nak pilih sape haha.

    ReplyDelete
  26. Harap sangat i la pemenang tu(dalam mimpi je la kan)...hehehe..=)


    http://khadijahzakaria.blogspot.com/

    ReplyDelete
  27. hoh, kalau aku tau hamis nak buat review pasal top 20 pertandingan ni, dha tentu aku join the bowl (tumpang semangkuk)...leh gak enterprame belog hamis...isk..rugi tol..

    ReplyDelete
  28. i wish im d one.
    Malang sungguh xpulak MAS ni nak pilih den jd finalist. haisshh!!!

    ReplyDelete
  29. bagi la kat org yang x penah naek kapal terbang tu..sian kat dia...

    ReplyDelete
  30. hahahahahahahaniss lucu lah! comel comel! =p

    ReplyDelete
  31. susah betul nak pilih pemenang nyee .. mybe, yang dah berjanji-janji mahu mendaki gunung dengan best friend dia boleh menang ..

    http://gadishmanes93.blogspot.com/

    ReplyDelete
  32. Okay! Aku dah buat pilihan 7 terbaik. (Pilihan tidak mengikut susunan).

    1. Dahlia - Hadiah buat anak tersayang. 4 (plate?) tuh!
    2. Luqman - Keja gomen, sengkek sekali-sekala (Ye ke? Sekali sekala, sebab aku selalu jer)
    3. Fizlah - Penghargaan buat Ibu Tunggal. Uiiih, best dapat menyelam tu...Bloop, bloop!
    4. Sarah - Buat kakak tersayang yang ada R.A (eh, Reumathid Arthritis. Jargon sungguh!)
    5. Afandi - sebab dia nak g Tawau (Kampung aku tu!)
    6. Siti Nur Aishah - Nak manjat Gunung Kinabalu tu. Aku pun tak sampai lagi. Kaki gunung jer sampai.
    7. Fadhilah - Seorang Vet. nak pegi Sepilok...wow, tabik spring. Ni lagi satu tempat aku tak pernah sampai. (Huhu!)

    PS: Pilihan 5,6 & 7 - semangat kenegerian sungguh kan?

    ReplyDelete
  33. my twins name
    huhuhu
    kalau tak ari tu nak join contest tu tapi xsempat
    sedey tul

    ReplyDelete
  34. i pilih yg nk g bali uh .. bez tue :))
    hahaha

    ReplyDelete
  35. eh eh mcm kenal perempuan yg berumur 26 tahun yg nk pegi kk tu. len kali jgn letak nombor dalam kurungan tuh hanis isk isk

    ReplyDelete
  36. uh.. nasib baik xmasuk.. kalau x mesti my pic kene post dlm entry nih..
    lol

    ReplyDelete
  37. i pilih pakcik scout..pakcik rue kelihatan berhati tulus jer..hehe..

    ReplyDelete
  38. selamat datang ke tawau...harap dia berpuas hati..hehe..

    ReplyDelete
  39. mengancam. semua alasan canggih2. gud luck everyone.

    ReplyDelete
  40. Assalamu'alaikum..Hello!Hi,Hanis..
    Salam kenal..
    I tot Hanis antara top 20 finalist yg terpilih dlm cabaran'Saya Nak Cuti'bersama MAS tu..Klu lah Hanis yg join the contest for sure Hanis akn mng & dpt bnyk vote dr weols.. :)
    Okay..xper,skrg kite votes utk theyols 20 Finalist tu ye..
    I vote for Afandi. :)
    Gd Luck to Afandi & all 20 finalist!
    And to Mizz Hanis,all the best to U,yah! :)

    ReplyDelete
  41. pilihlaa mariam... tu kawan i mase sekolah:)

    ReplyDelete
  42. yalah..i tout entry limau bali tu akan terpilih..lol..boleh i vote untuk u..
    i nak masuk tp takde idea nk g mana sampaila contest tu tutup..huhu..sedih..

    ReplyDelete
  43. Dah abih belum pertandingan ni eh??
    I tak ikut pon perkembangan pertandingan nih..

    ReplyDelete
  44. that Azneal dude was my classmate laa...
    vote dia tau!!!

    ReplyDelete
  45. luqman!????
    eh,mcm kenal..
    betol,mcm kenal..
    mcm slalu tengok muke die..
    de FB@Twitter die x??

    :P

    ReplyDelete
  46. eyh zack!her mummy,dahlia,sgt sweet!n fyi zack exstudent uitm segamat,senat smk lg 2.sgt2 pandai..1gang bderet 4flat!wish her best of luck n probably gonna vote 4 her!

    ReplyDelete
  47. eh, setelah membaca tentang cuti nih..
    sy terperasan ler pulak, mcm kamu yg menguruskan saya nak cuti ni.. btol ke?/..

    ReplyDelete
  48. I chose Filzah, she deserves a vacation sbb dah lama jaga anak die. And her children skrg pun dah agak berjaya :D So, vote for Auntie Filzah.

    ReplyDelete
  49. I wish i could fly abroad for a holiday because i never go holiday outside Malaysia.. :(

    Bila Diana Danielle menyanyi. Apa pendapat korang?

    ReplyDelete
  50. Waaaaa...macamana aku tak buleh menang nie..hampehhh...takpe ada hari ada malam esok hari aku balas dendam..ahaks3

    ReplyDelete
  51. hidup tawau! p lar tawau..ahakxx promoting tawau.

    ReplyDelete
  52. Salam. Sis, emm i choose;

    Mariam
    Azneal
    Kanmani
    Amirol
    Sarah
    Alif
    Nur Fadhilah

    Hope dorang dapat.. amin ;]

    ReplyDelete
  53. miss juliana niza...she's my english lecture...the one from Science University.....whoa~i vote for her...because she's rawk bebeh..girl power!(her trademark)...tee hehehe

    ReplyDelete
  54. miss juliana niza...she's my english lecture...the one from Science University.....whoa~i vote for her...because she's rawk bebeh..girl power!(her trademark)...tee hehehe

    ReplyDelete
  55. yang 1st on your list tu ex UiTM segamat...
    senior atas i...
    dier dapat CGPA 4flat masa konvo diploma uitm...
    but now pursue study kat USM:))
    lets vote her!she deserve to win after all her effort!!!

    ReplyDelete
  56. huuuuu ...Kite Orang tak taulah nak buat ape mlm ini,,,,

    ReplyDelete
  57. Kite orang suntuk lah mlm ini.,... tak tau nak kemane,,,

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!