Nota untuk semua gadis secara amnya, yang makin meningkat dewasa, tapi saya addresskan 'menengah rendah' sebab sinonim dengan perasaan baru nak cuba bercinta. Saya pun pernah berada di tempat awak. Bukan mula nak bercinta (sebab takde siapa nak mulakan dengan saya pun), tapi perasaan NAK bercinta. Nak sangat bercinta. Suka tengok orang couple-couple. Masa sekolah dulu saya hitam, kepeng, selekeh, gigi terabur, takde siapa pandang. Haha. Okay gigi terabur tipu sikit, tapi memang gigi tak cantiklah sebab belum pakai pendakap gigi -_- Maka kalau saya minat orang pun setakat pandang dari jauh. Cakap-cakap dengan kawan macam "eh handsomenya dia ni kalau lah dapat couple dengan dia". Loser tak penyataan itu? Ya, memang loser. Sebab lelaki-lelaki ni semua tak pandang pun kat kita. Yang couple-couple semua budak gedik kelas last-last. Jangan salah anggap, bukan nak stereotaip, tapi dah 3sekolah saya asyik pindah-randah, faktanya memang budak kelas last dapat couple dulu. Yang pakai perfume pergi sekolah, pakai beg Roxy, pakai baju kurung kecik tak butang, lipat lengan sampai ketiak, itu yang budak lelaki pandang. Maka geng skema muka comot duduk diam-diam dalam kelas belajar prinsip akaun atau macam mana air liur hadamkan makanan.
Penting ke sebenarnya ramai peminat kat sekolah ni? Saya pun tak tahu, sebab tak pernah rasa. Tapi ramai peminat atau tidak, tak menentukan kat mana awak akan berada di waktu hadapan kan? Jadi janganlah jealous sangat tengok orang bercouple-couple, tak ke mana pun, seriously. Kalau ada jodoh, memang diorang akan kahwin, tapi mostly takde. Sebab bila masuk alam pekerjaan, ha itu memang sesuatu yang sangat baru, orang bijakpandaiberasbernas panggil, anjakan paradigma. Masa itu barulah betul-betul boleh nak cari pasangan hidup. Kita pun boleh cari yang sekufu. Sebab kita boleh tengok kematangan, financial position dia, dan kehidupan sosial dia. Kalau setakat kat sekolah dulu tuh, kaya dengan duit mak bapak, boleh pakai perfume mahal, pakai jam Swatch, boleh pergi party-party, takpelah. Kamu tak perlu jealous ya?
Bila cakap tentang semua ini, teringat seseorang waktu saya sekolah rendah dulu. Seseorang yang tembam, putih kulitnya, hidung mancung, tapi bukan taste kita budak-budak sekolah ni. Yang kita minat sangat dulu, mesti tinggi, kurus, rambut cacak-cacak, bawak beg kempis takde buku kat dalam, dan kulit sawo matang sebab selalu wakil sekolah dalam lompat tinggi. Fuish cair betullah kononnya. Tapi lelaki-lelaki yang saya minat sangat dulu ni semua, bila besar dah dewasa sekarang, saya tengok balik macam hek eleh. Eh okay okay berbalik kepada si tembam rakan sekelas saya tuh, kita panggil dia Manap. Manap suka kat saya. Ya, hodoh-hodoh saya pun, ada satu makhluk Allah yang suka sangat. Kelakar bila teringat balik. Sebab saya tak suka dia si tembam. Saya cukup benci kalau kawan-kawan tahu yang dia suka saya. Sebab kalau orang yang suka kita tuh handsome belaka konon kita nak bangga ah kan. Tapi Manap tak tergolong dalam budak lelaki idaman budak perempuan. So saya takut je diorang tau sebab nanti diorang boleh ejek Hanis ♥ Manap. Dammit.
Manap baik. Manap pandai cakap English. Bila budak lelaki lain kacau saya sampai nangis, Manap cakap kat diorang "weh bodoh korang jangan a kacau dia". Tapi takde sape takut ngan Manap sebab dia tembam. Waktu birthday saya, masa semua orang buat tak kisah, Manap pagi-pagi lagi dah letak kad harijadi kad meja saya. Comel sangat sebab dekat kad tuh ada tercetak perkataan 'booze', tapi Manap tahu booze itu maksudnya arak, so dia garis atas perkataan tuh untuk kenselkannya dalam ayat. Sebelum buka saya excited, saya macam wah secret admire mana yang bagi ni (beranganlah engkau gigi terabur), bila tahu Manap bagi, terus simpan dalam beg taknak tunjuk siapa-siapa. Teruk. Hm yang sebenarnya saya ingat lagi nama panjang Manap, maka saya boleh cari dia kat Facebook. Bila saya cari dan lihat, wah dah besar dah Manap :') Dah tak berapa tembam. Tinggi. Hidung masih mancung, kulit masih putih. BELAJAR OVERSEAS SIOT.
Pengajaran? Pikir sendiri. Setiap kali saya pikir pengajarannya, saya senyum. Thanks Manap sebab pernah wujud dalam hidup saya.
Minat saya waktu tiada siapa minat saya.
Minat saya waktu tiada siapa minat saya.
haha...itu sume pengalaman..
ReplyDeletenice entry,,,
teringat balik beb zaman gua kt skola...
ehehe..comelnye manap..=))
ReplyDeletetb2 teringt zaman sek ye..=)
ReplyDeletepengajaran yang dni dapat...tak boleh pandang rendah pada orang lain dan kena hargai setiap yang pernah hadir dalam hidup kita terutamanya yang selalu berbaik sangka dan berjasa dengan kita.. oh, skemanya ayat dni :p
ReplyDeletehahahahaahaha...
ReplyDeletetergelak sendirian bc entri ni..
yup..aida pn g2 gak kot..
dh lama tgl alam persekolahan...=(
miss dat moments...
April 4, 2010 at 5:00 PM
Weeeeeee~ keluarkan cerite klasik ye hanis..hehehehe..take home msg, treat people the way u wanted to be treated :)
ReplyDeletea gud entry as well as a reminder
bestnya cte ni... hehe tapi yang ni pun mmg jadi juga kat saya...
ReplyDeletei love this post.
ReplyDeletecomel :)
ReplyDeletehye MANAP!
same goes to me..
ReplyDeleteorang yang kita suka sekarang tak jadi orang..
tapi orang yang suka kita tapi kita tak suka dia sekarang dah berjaya..wuuuu
sweet nyerr manap. singLe Lagi x dia skrg? HAHAH joke, XD
ReplyDeletewah amat romatika d'amor! hahaha
ReplyDeleteah! Hiba la. mase menengah rendah memang tak brape matang nak fikir mane terbaik untuk kita. selalu abaikan laki baik kurang ensem dan berangan nak laki ensem tapi kurang ensem perilaku. tapi pengalaman tu penting untuk jadi pengajaran masa hadapan kan. Maybe ada yang lebih baik untuk kita nanti.
ReplyDeleteStatus manap tu single ke?hahaha. Go hanis go!
oh...
ReplyDeletesuke cerita sebegini..
syabas hanis, kerana masih ingat kepada Manap.
Moga-moga persahabatan berkekalan... ada jodoh xkemana... :D
oh manap..
ReplyDeletehanis zalikha, letakla pic manap. baru smalam sy search kat fb insan yg penah minat sy. sblm ni sy tak suka dekat beliau sebab muka ada jeragat. tp skrg dah hensem mcm hrithik roshan walaupun sy tak minat kat hrithik roshan. tp sy search saja, tak nak dia tahu sy search dia.
akak hanis..
ReplyDeletenak tau gak sape manap tu..hehe..
name penuh die hape?
ok, sangat suka entry ini!
ReplyDeletehahaaa...cerita yang best..yup!!! most poople change when their grow up...ada kawan yang lawa dulu dan selalu ejek orang,tengok sekarang dia sendiri malu...heeee
ReplyDeletetotally agree with you :')
ReplyDeletehahaha...sgt betul...saya bukan budak kelas last...njoy readin...
ReplyDeleteHAHA serious gila kelakar hanis :D
ReplyDeletepost yg sgt sweet
ReplyDeleteso sweet!
ReplyDeleteYeah! Thanks to Manap! :-)
ReplyDeletewah teringat zaman sekola dulu! ;(
hahaha.
ReplyDeletecute . betul r tuh.
ayat paling xle blah
" budak kelas last last" & " beg kempis xde buku". lol. sangat r betul.pastu derang buat muka bajet cool hot stuff.
biasela. zaman hormon baru nak melonjak naik.
semua macam berada dalam excited state.
hanis nyesal x tak trima manap dulu?:-p
ReplyDeletewow.. betul3x ;)
ReplyDeletesweetnya :D
ReplyDeletenice Hanis! (^_^)V
ReplyDeletenice Hanis! (^_^)V
ReplyDeletebetul! setuju sgt.gigi saya pun terabur juga dulu, tapi sekarang pun sama. so x de sape yg minat.heh
ReplyDeletekejarlah manap balik ;)
ReplyDeleteHAHAHA YOU GUYS! MANAP REMAINS AS A MEMORY OKAY. I WOULD NOT CHANGE A THING WITH MY LIFE NOW. Aduhai -_-
ReplyDeleteThanks, laju gila kot semua orang komen. Suka Manap eh?? Biasa dia!
Manap!
ReplyDeleteiloveyou! hahahaha
gurau, nice entry! post best menarik. tah knp rase mcm related.
nice one! ;D
tergelak sendiri bace post ni =)
ReplyDeleteterase pon ade .
Haha confirm semua orang lepas nie Facebook search Manap. Hahaha.
ReplyDelete-aidaemira-
okay, ape name penuh manap tu? nak jugak search kay fb. ;)
ReplyDeletebtw, plg suke entry ni dlm banyak2 entry.
teman pun sama macam 'MANAP' dulu.. takde sape yg minat kat teman tapi bukan sebab teman tak ensem tapi sebab sekolah teman sume laki2 je.. huhuhu
ReplyDeleteamek kau. skali kak hanis terus lawa bile dah dewasa. hak3 ;)
ReplyDeleteSaya tak glemer mana pun time skolah rendah, tapi tak kisah lah :)
ReplyDeleteTapi budak2 zaman sekarang lain..
comelnya entry ni!!
ReplyDeletesuke i baca!!hahhaa
hye hanis....
ReplyDeletememory lama yer ~
habisla sume search fb friend hanis yg name manap
ReplyDeleteall ugly ducklings will turn into swans one day.
ReplyDeletewah...sweet sangat hanis....(^_^)
ReplyDeleteouh. comelnya manap :)
ReplyDeleteso sweet of him.
ReplyDeletetake it as lesson.
budak2 dulu mcm tu la.
love this post :)
agak2 manap bace tak ur blog?
Very nice entry kali nih dik hanis..
ReplyDeleteonce..benda ni pernah gak berlegar2 in my mind. Ye lah bila dah menjengah ke alam dewasa baru faham kenapa orang tua kita marah sangat kalau kita ada couple. Ni lah sebabnya. cinta monyet sumpah takkan ke mana. (Kalau ada pun 1 in thousand je la). Budak-budak nih fikiran dorang still belum matang lagi kan. Kalau boleh degan abang drebar teksi pun dorang sapu. Ye lah asalkan boleh call n msg tetiap ari. Nak keseronokan je. Tapi bila dah dewasa baru pandai nak pikir. Boleh ke aku hidup ngan dia ni..si polan ni si polan tu..kan...
So, nasihat kepada adik2 yang still sekolah, masa sekolah ni belajar betul2 tak yah nak ada couple segala. Membazir tenaga, wang dan waktu. Lagi satu merosakkan minda sahaja!!!
teringat cikgu cikgi penah berpesan....zmn skolah ni kamu npk kereta wira je nanti dah besar boleh cri lg hebat cam kereta vios atau honda. (haha that teacher refering guys as car!);p
ReplyDeleteaku juga pernah rasa pengalaman itu...heh agak kelakar juga ye, bila kita tahu ada orang suke kita, kita xnak orang lain tahu..kerana malu dan segan..hhahaha
ReplyDeleteskang bila tengok orang tu balik..pergh tiba2 LEH JATUH HATI..hahaha
cuma 1 je la jangan menyesal apa yang kita dah buat.. :)
Hahaha. Teringat masa sekolah dulu. Nak bf comel chinese look rambut cacak je. Dapat memang dapat. Tapi perangai hampehh. Huhu.
ReplyDeleteentry yang bagus.. A+..
ReplyDeletewaaaa... tpuching la story ni.
ReplyDeleteWWAAAOOO~
ReplyDeleteI like tis POST XD
salam...
ReplyDeletehye hanis.. just follow u..
ala bese la pngalamn cne.. skY rase sume de pengalaman cmtu kn.. Btw, who knows in future u n manap gonna make it?? haha... who knows kn.. heee ^__^
Ini hanya cerita untuk budak sekolah jangan sibuk sangat nak bercinta. Saya ambil Manap sebagai model (sebab kelakar teringat balik tentang dia dan) sebab nak bagi contoh, apa yang dulu tak sama dengan sekarang.
ReplyDeleteKalau kita gilakan orang tu waktu sekolah, lagi lima tahun, mungkin tidak lagi. Dalam kes Manap, saya masih rasa orang tak takut dengan dia sekarang. Haha.
touching :')
ReplyDeletehaha terbaek la hanis!
ReplyDeletesuka gila cerita manap ni..
nak cari boipren name manap la lepas ni..
ekekekeke...
saya pun dulu macam awak...
itam berkarat (oh itu tipu) tak santek, tade sape nak pandang...
haih, bergenang air mata bila tingat kisah lama...
haha
ReplyDeletesomehow i think this entry sgt comel
-,-
teringat zmn sekolah which 10 yrs ago.
omg, hanis u buat i rasa tua.. ngee~
dahla name manap.
ReplyDeletecomel jeeeeeeeeee
:)
mmg betul oh. i pn dlu ade org minat. tp tk layan pn. tp ble dh besar. perghh. ruginye jual mahal dgn dia time tu. HAHA. menyesal pulak tk accept dia. hehe :)
ReplyDeletehahaha..same la kite hanis..dulu waktu kecik2..appearance sum1 tu sngt penting..tak hensem skit tak nak..huhu..teringt zaman skola..nice one hanis..^__^
ReplyDeletenice post!!!
ReplyDeletenway, nanti cuba2 la tackle manap tuh!!!
wakakaka..
mane tahu, cinta zaman sekolah berputik kembali!!
wink2!!!
manap...o0o0 manap...hehehe
ReplyDeletehahahaha! kelakarlah Hanis ni. patutlah blog byk peminat. best.
ReplyDeleteSweetnye Manap!
ReplyDeleteI dulu minat this boy, handsome ala arabic sikit, putihh, ketua pelajar, athletic(!) n sbb I duk sebelah dia dlm kelas, pagi2 matahari terbit nampak mata dia yang warna light brown sbb muka dia menghadap matahari kalau pandang I dan bercakap. Saya suka sangat dia dulu, tapi dia x suka saya sbb saya tembam, bulat, outspoken dan tomboy. :(
i understand that feeling...time muda remaja dulu mmg takde sape yg nk layan kite sbb kite paling gempal...but now bile dah ada rupa skit ramai yg dtg, tapi takpe semua tu pengalamn buat kita lebih kenal sifat manusia :)...
ReplyDeletebijak la ntry ni kak..hehe,btw..sy nk startup jd model..lke u..heh,need advce.
ReplyDeletekak hanis betull.. betull sangat!
ReplyDelete=))
org yg kite tak brpa pndg tu la, sbnrnya hebat pd suatu hri nnti.. sedih plak sbb.. i used to think n feel that way. looking down on people, not realising they have potentials underneath. sometimes, we do realise. but we just don look at the goods he has because of just one bad physical thing he has. simple example, chubby
ReplyDeletedah lama tunggu hanis tulis entry berunsur2 seperti ini.
ReplyDeletedengan harapan adik perempuan sy yang sedang di skolah menengah rendah tu baca... :)
wah hanis ... huhu lucu la .. ye la tu x berapa cntik ..
ReplyDeletetp pape pon ingt la
"perampuan yang baik utk lelaki yg baik & begitu sebaliknya"
hanis x ramai pminat dulu, skrg?? u see.. wah ramai pminat hanis ..
tahniah ... !!! nk tnyer.. skrg dgn manap?? hihi XD
ahaha sangat cute ;)
ReplyDeleteagak-agak manap nak baca tak entry u yang ni? i hope dia baca! sebab i nak tengok manap. hoho
hahahaha love this! soo true!
ReplyDeleteKlu Manap baca la entry ni, mesti kembang idung dia..ehhe
ReplyDeleteComel!haahlah.
ReplyDeletepikir blk ya, gigi saya pun tak cantik,
klu dengar lagu Halimah Jongang tu mcm nak sepak2 je radio..
haha tapi itu sume ciptaan tuhan kan..
(ops saya takla seteruk halimah or skrg ni fatimah juling plak kan.lagu tu,jahat..)
neway,Betul..lelaki mcm Manap ni kategori lelaki yg baik hati, lelaki mcm Manap ni mcm dlm cerita 13 going 30..so sweet!
kat sek Fana pn, dak2 blkg yg cun, cover cun, pakai mekap semua mesti dh kapel.
ReplyDeleteyea,lots of my old friends were so ugly back in primary school.
ReplyDeletenow,they manage to transform themselves into taiwanese look GUYS.
Puppy love is so OMG)
hanis,mana tau entah2 manap one of your fan now.maybe still fan ke.hee kiding
ReplyDeletemostly ape yg awk tulis tu betol..huhu
ReplyDeletemacam mana ya ur face mase gigi terabur? opps..silap.mase tak pakai pendakap gigi tu..
ReplyDeleteso sweet la ;)
ReplyDeletekita suka cerita kamu time sekolah
ReplyDeletehanis post la gmabar waktu sekolah dulu! hihi
ReplyDeletebest bace post ni..yup..hidup kita akan berubah dengan masa.. kita kena hargai setiap orang yang pernah hadir dalam hidup kita.. haha.. really like this post cik Hanis.. =)
ReplyDeletebetul hanis.slalunya yang mana handsome/cantik dan popular masa sekolah bila habis sekolah tak kemana. yang takhandsome tak cantik tak de orang pandang tu yang akan jadi something after sekolah..i've experience quite a same thing.:P
ReplyDeleteMacammana kalau Manap memang duk follow blog Hanis sampai sekarang? HOHO
ReplyDeletei heart this post!
ReplyDeletenice one hanis!!
klaka gler r citer nih... tgelak kite snsorg kt cni.....hohoho
ReplyDeletesokong ur point.
ReplyDeletecoz kesian gak hrtu bila chat ngan sorng junior tu..dia kata ..dia dah clash ngan mamat lama dia sebab mamat tu jahat (padahal selama ni dia tahan je sebab dia sayang giler kat mamat tu walau mamat tu jahat )..
klakr gak,apsal pi tahan ..tinggalkn je la...tp sebab nak sangt couple, pi layan je...
++masa hartu buat tuisyen budak sekolh, i use ur point utk nasihat budak2 ni...
nice
Entry yg sangat menarik dan berguna.Sy seorang guru sek menengah..rasa mcm nak print jer entry ni, photostat, bg sorang-sorang budak pompuan yg gedik gedik tu baca, pastu bagi keje rumah suruh buat rumusan..moga moga diorang insaf..hahaha..sapa tahu kan?
ReplyDeletehaha..untung la kamu skolah campur..eden skolah permpn 5thn..fuh..lagi laki xpandang sebb muka underage,selekeh..haha..tp sejak abis SPM...wow..ramai pandang (naik seri sejak dpt couple,kuangkuangkuang)lenlain tu sory naik lori la
ReplyDeletepernah ada pengalaman serupa. budak-budak la katakan :)
ReplyDeleteowh
ReplyDeletetq sebab share kisah klasik ni
mmg sgt sweet si manap tu!!
bertuah hanis dpt lalui kisah macam tu =)
*gigi I masih berterabur
huhuhu =(
mana link manap? mana tahu dapat tackle ke..hehehheh!
ReplyDeletepenah pkai bracest ka?brapa lama?
ReplyDeletepenah pkai bracest ka?brapa lama?
ReplyDeletepenah pkai bracest ka?brapa lama?
ReplyDeletewah..zaman bergelar remaja ye...banyak perkara yang menyeronokkan apabila di imbas kembali..gadis-gadis seperti itu memang sering menjadi perhatian dan tarikan ketika di sekolah..
ReplyDeletecuma di mana mereka ketika ini?berjaya dalam hidup atau hidup yang sekadar ala-ala kadar sahaja..?
Hanis, carilah Manap balik, dialah cinta sejatimu. Kisah cinta yang manis Hanis <3
ReplyDeleteentry yang best! =)
ReplyDeletex penting, but it is not wrong to have such a feeling, it shows that you are normal
ReplyDeletebetul cakap hanis
ReplyDeletetime sekolah tak pyah lah beria2 bercinta kan..
budak time sekolah memang laa tak sama rupa parasnya bila menginjak dewasa.......
akak pun tak ada siapa yang admire...yelah kita pun bukan lawa pun...dah lah hitam, garang pulak.....
memory betul entry ni....
so sweet...=)
ReplyDeleteproduk buang toksin dan rawatan penyakit. apa salahnya mencuba.
ReplyDeletehttp://hayatherbalfootpatch.blogspot.com
hahhhaa...aha kann...dedulu tak sape heran..la ni bile bukak fesbook ..amekkoooo!!! yg dulu cantek jadi hadoooo!! yg tak famos jadi divaaaa///curlastttt!!
ReplyDeletealahai, sweet gila kan.. nurul x ada pun pengalaman mcm ni. sbb masa sekolah dulu jenis yg pendiam, nak pergi makan kat kantin pun malu, hahaha..
ReplyDeletemcm familiar la manap...mcm u pnh cite sal die in previous post...
ReplyDeletebtw, nice story, luv it! ;)
so sweet eh :)
ReplyDeleteHanis,
ReplyDeleteentah-entah Manap pun cari Hanis kat Facebook tapi segan nak Add sebab Hanis gigi dah tak berterabur.. Hiks... cute lah kisah zaman sekolah ni.
salam.. bagus hanis bg advise macam ni kpd remaja kita.. gunakan keistimewaan hanis utk kebaikan bersama.. syukur n tahniah.
ReplyDeletepengalaman mendewasakn kita.tapi bila dkenang2 mcm malu jerk...tp itulah kenangan
ReplyDeletelagi satu crite movie comedy-love-story.. ouh! u lived in a 'based on true story' movie.. lol
ReplyDeletewooo..i wonder who dis manap is? :)
ReplyDeletehahaha...teringat zaman skola la..
ReplyDeletehanis, saya berkapel ngan kawan sekelas taw...selamat pon kawen, dah 4 tahun dah pon...hehehe
sme la kite kak hanis. hitam dan sekeping. *tapi gigi kita cantik. hikhik~ takde peminat pon... couple pon tak pernah. belajar jek smpai otak kering. alhamdullihah mse pmr aritu dpt score gila-gila. semunya berkat takde peminat. hahaha~
ReplyDeleteHanis...nak tgk muka MANAP...plz.... :)
ReplyDeleteAt least ada juga kawan2 sekolah Hanis dulu masih kenal Hanis sekarang. Mama tak da sapa pun yang pernah kenal mama dulu masih lagi mengenali mama sekarang..
ReplyDeletepost ni the best :D Manap comel awhh :'D
ReplyDeletehaha !!
ReplyDeletesenyum sorg2 saya baca kak anis !!
( i'm 16 years old ) =)
waa.. sweet nye memori ni ;) tringat msa skolah dlu.. tp btol gak eh.. budak klas last2 blakang2 je cpt dpt couple.. yg dok klas pndai ni mmg hampeh nk dpt couple ^^!
ReplyDeletehahha, aku pon sama lah, tetiba teringat masa zaman kegemilangan kat sekolah dulu..
ReplyDeleteentri ni nak bagi pengajaran buat budak-budak yang nakkkkkkk sangattttt bencinta..
salam kak hanis~
ReplyDeletesumpah cute giler! sukeeee entri ni...sangat2... :) <3
its a fact.. pape pun.. experienced is the best teacher.. kan? ^^
salam,nice post cik hanis.
ReplyDeletebtw,juz nak sharing
time sy skola rendah dulu pun lebih kurang gak ar
suatu hari saya kene pangggil ngan cikgu kat bilik kaunseing
saya tak paham ujung pangkal pun time tu.
tup2..cikgu cakap awak secret admire eyh..
almaklumlah time tu english xhebat pun so tny balik..ape tue..
kes ni jadi coz ada surat kantoi dengan budak lain dan bagi kat cikgu...malu ada gak tapi lawak bile ingat balik...
entah2 ada jodoh dgn manap nnt??hehe...neway,nice entry!
ReplyDeletehaha..semua yang ditulis adalah BENAR2 BELAKA!haha
~wallaweh..entry terbaik!!
ReplyDeletei admit your thoughts and views!!sangat betul kot..bijak-bijak..hahaha
usually mmg budak2 class last yg couple..(true story sesangat)
well,dear..cntinue laa dgn memoranda anda k..it's nice to read and to know that manusia juga ada zaman-zaman tertentu dalam hidup..
~lalalala..ae psg mlm surut pukul lima..~lalalala
my sis should read this.
ReplyDeletea good reminder 4 teenagers y baru nk up.huhu~
sweet giler manap tuh..;D
wah so classic so natural so refreshing..it's feel like some of the savage garden's music video :)
ReplyDeletewah..bagus sungguh jiwa lelaki yang bernama manap itu...
ReplyDeleteminat padamu tika tiada yg memangdangmu hanis...:)
wow!!!!!!! comell eh..haha 1st tyme leave my cment here..keep it up Hanis!! hwaiting~~~~
ReplyDeletehamis! cantailah manap! u r his first love!
ReplyDeletewiwit...hehehe
ReplyDeleteOMG.. sweet gila lah manap. ok i pun nak love manap.
ReplyDeleteglemer manap hehe...
ReplyDeleteso sweet manap
ReplyDeletehanis, takde ke gambar hanis dengan manap? letaklah, pasti comelsss ;)
ReplyDeletesweetnya manap tu...
ReplyDeleten very nice entry...
suka sgt2...
aku pon dikalangan org tak glemer mcm manap. tembam n tak putih lak tuh. tak de peminat lansong!.tp skarg aku blaja kat overseas!yay!aku bangga!hehe:)
ReplyDeleteThe moral of the story is NEVER EVER judge someone based on her/his looks .
ReplyDeletemcm penah alami similar situation tp kat u dh la ms tu hihi
ReplyDeletemuke yg penoh jerawat.. pastu muda lak dr kite.. so kite xnak la kan...
skali nengok2 naik thn 2, pergh.. entah die pakai ape entah kat muke die.. ilang sume jerawat.. nmpk cam matured je..
tp nengok2 thn 2 tu jugek die dh mule bwk awek naik moto die g fakulti die.. hahah..
geng ckp : tu la ko.. xnak terime die seadenye.. awek tu jugak yg terime die.. tgk skarang ko kene g kelas naik bas =p
tp sy mmg xnk die pun.. sbb dr dulu sy mmg dok target suami sy skarang ni hihihi =p
so klakar...ntah2 jodoh hanis ngan manap tak...
ReplyDeletethis is very inspirational. terus rasa tak nak couple. terus rasa nak pakai selekeh2 n tak kesah org nk ckp ape. haha
ReplyDeletethis is very inspirational. terus rase tak nak couple. terus rase nk pakai selekeh2 n tak kesah ape yg orang ckp. haha
ReplyDeletesangat setuju!!!
ReplyDeletedulu dekat sekolah takde orang pandang sebab muke sangat skema pendek.hahahaha.
hanis,muke manap mane??giler kepoh nak tengok.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesuch nice entry.
ReplyDeletethe same thing happened to me tapi mamat tu takde la minat kat saya pun
and gigi saya masih terabur ._."
hehe..
moral of the story.
lain kali kalau ade seorang 'manap' yang terer cakap english and putih2,
terus je amek.
hehehe..
terjumpa entri ini
ReplyDeletelalu terbaca
terbest la plak ceritanya
nice entri
salam ziarah
kalu org minat kite tak hensem memang malu nak admit=)..tapi majority org tak hensem brainy..mostly..i guess
ReplyDeletemanap must be so proud sbb ada entry utk die..well..i agree with all ur statement hanis..don forget to drop by at my blog ok si cantik
ReplyDeletexoxo~
arina
OMG
ReplyDeleteso sweet lah .
waktu f1 ada mamat nerd minat saya
sibuk nak taw hal saya
rimas kott
memang dia pandai
tapi dia gemuk sangat
dan nerd .
HAHA
saya tak suka .
sekrang pun masih begitu .
tatawlah 5 tahun akan datang jadi mcm manap ka tak
:D
omg..sis...tepat giler description...
ReplyDeletemotivasi motivasi ney..
thanks
hahaha nasibla sekolah perempuan takde mcm ni sgt. tapi, lain pulak kisahnya. Lepas skolah, vrooommm dgn motor peg lepak mall. haha but im not like that. amin. nice post. mane manap? nak tgk!
ReplyDeletemuahahaha!
ReplyDeletetetibe bace posto ni ley tbayang2 kisah dulu2
adeyh~
nak tengok manap
ReplyDeleteluv it. harap student sy baca ni..
ReplyDeletewish can we can terserempak d unimart...hehe!
ReplyDeletemantap la awak ni...mmg sesuai sebagai seorang peragawati..saya selalu dihatimu...tiap detik dan waktu.walaupun kau x tahu.kau la yang terindah.seindah taman kota babylon.bagai bidadari,anggun wajah mu tiada terperi.ingin ku bersama mu selalu...tiritiitit.namun apa yang ku pasti,kau x akan ku miliki.walau berjuta berkali ,kau x pernah pun peduli.
ReplyDeletenice story from u hanis..i hope young people will take you as their role model. I suppose you are one of those i categorize as "beauty with brains" and there's not many out there..i believe you gonna have a bright future..inshaAllah.
ReplyDeleteit's really nice dengar cter macam ni sekali-sekala. bila dah tinggi melangit n pandang bawah, for sure u akan senang hati. keep it up gurl!
ReplyDeletecomelnyaaaaa
ReplyDeleteIni kisah diari hanis kot..saya dulu duduk kelas A..cara berfikir budak2 kelas A ni lain..still ada couple(sorang je),famous(wakil sekolah),ramai peminat(pemimpin pelajar) tetapi still success..kerana ramai kawan2 saya semua ada degree dan kerjaya yang bagus..bergantung pd individu..jika pola pemikiran berkelas dunia pertama..kita wajar raih apa yang patut kita raih.
ReplyDeletehaha the best
ReplyDeleteentry kali nie membuatkn saya teringatkn someone yg pernah la suke dekat saya, tp dia lain sikit dr Manap, dia kurus dan tak tembam mcm Manap, kulit hitam dan tak putih mcm Manap, nk tau kenapa? kerana dia budak India;p
ReplyDeleteheheheeheh i was not attractive during sek menengah, not pretty, dark sunburned skin pastu duk pulak dlm kelas pintar. Just like you, mmg takder boyfriend lansung. Cuma minat boys yg cute dari jauh.. and watched my less clever but prettier friends hooked up with cute boys from school or other school. But things turn around beautifully during the end of form 5 before SPM.. I fell in love with my handsome classmate, and cinta pulak berbalas.. dah la mix blood, tinggi, pengawas pulak tuh.. ehehehhe indahnya dunia. At first, he said he like me because I was really nice to him so he wanted to give the relationship a try. After he got to know me better, he was in love too huhuhu...
ReplyDeletetp like all cinta monyet, it ended after 4 years... he was my first love, hard to forget but i know he is not suitable for me.
Bestnyer kenangan zaman sekolah!