Sunday, April 4, 2010

Nota untuk gadis menengah rendah

Nota untuk semua gadis secara amnya, yang makin meningkat dewasa, tapi saya addresskan 'menengah rendah' sebab sinonim dengan perasaan baru nak cuba bercinta. Saya pun pernah berada di tempat awak. Bukan mula nak bercinta (sebab takde siapa nak mulakan dengan saya pun), tapi perasaan NAK bercinta. Nak sangat bercinta. Suka tengok orang couple-couple. Masa sekolah dulu saya hitam, kepeng, selekeh, gigi terabur, takde siapa pandang. Haha. Okay gigi terabur tipu sikit, tapi memang gigi tak cantiklah sebab belum pakai pendakap gigi -_- Maka kalau saya minat orang pun setakat pandang dari jauh. Cakap-cakap dengan kawan macam "eh handsomenya dia ni kalau lah dapat couple dengan dia". Loser tak penyataan itu? Ya, memang loser. Sebab lelaki-lelaki ni semua tak pandang pun kat kita. Yang couple-couple semua budak gedik kelas last-last. Jangan salah anggap, bukan nak stereotaip, tapi dah 3sekolah saya asyik pindah-randah, faktanya memang budak kelas last dapat couple dulu. Yang pakai perfume pergi sekolah, pakai beg Roxy, pakai baju kurung kecik tak butang, lipat lengan sampai ketiak, itu yang budak lelaki pandang. Maka geng skema muka comot duduk diam-diam dalam kelas belajar prinsip akaun atau macam mana air liur hadamkan makanan.



Penting ke sebenarnya ramai peminat kat sekolah ni? Saya pun tak tahu, sebab tak pernah rasa. Tapi ramai peminat atau tidak, tak menentukan kat mana awak akan berada di waktu hadapan kan? Jadi janganlah jealous sangat tengok orang bercouple-couple, tak ke mana pun, seriously. Kalau ada jodoh, memang diorang akan kahwin, tapi mostly takde. Sebab bila masuk alam pekerjaan, ha itu memang sesuatu yang sangat baru, orang bijakpandaiberasbernas panggil, anjakan paradigma. Masa itu barulah betul-betul boleh nak cari pasangan hidup. Kita pun boleh cari yang sekufu. Sebab kita boleh tengok kematangan, financial position dia, dan kehidupan sosial dia. Kalau setakat kat sekolah dulu tuh, kaya dengan duit mak bapak, boleh pakai perfume mahal, pakai jam Swatch, boleh pergi party-party, takpelah. Kamu tak perlu jealous ya?



Bila cakap tentang semua ini, teringat seseorang waktu saya sekolah rendah dulu. Seseorang yang tembam, putih kulitnya, hidung mancung, tapi bukan taste kita budak-budak sekolah ni. Yang kita minat sangat dulu, mesti tinggi, kurus, rambut cacak-cacak, bawak beg kempis takde buku kat dalam, dan kulit sawo matang sebab selalu wakil sekolah dalam lompat tinggi. Fuish cair betullah kononnya. Tapi lelaki-lelaki yang saya minat sangat dulu ni semua, bila besar dah dewasa sekarang, saya tengok balik macam hek eleh. Eh okay okay berbalik kepada si tembam rakan sekelas saya tuh, kita panggil dia Manap. Manap suka kat saya. Ya, hodoh-hodoh saya pun, ada satu makhluk Allah yang suka sangat. Kelakar bila teringat balik. Sebab saya tak suka dia si tembam. Saya cukup benci kalau kawan-kawan tahu yang dia suka saya. Sebab kalau orang yang suka kita tuh handsome belaka konon kita nak bangga ah kan. Tapi Manap tak tergolong dalam budak lelaki idaman budak perempuan. So saya takut je diorang tau sebab nanti diorang boleh ejek Hanis ♥ Manap. Dammit.



Manap baik. Manap pandai cakap English. Bila budak lelaki lain kacau saya sampai nangis, Manap cakap kat diorang "weh bodoh korang jangan a kacau dia". Tapi takde sape takut ngan Manap sebab dia tembam. Waktu birthday saya, masa semua orang buat tak kisah, Manap pagi-pagi lagi dah letak kad harijadi kad meja saya. Comel sangat sebab dekat kad tuh ada tercetak perkataan 'booze', tapi Manap tahu booze itu maksudnya arak, so dia garis atas perkataan tuh untuk kenselkannya dalam ayat. Sebelum buka saya excited, saya macam wah secret admire mana yang bagi ni (beranganlah engkau gigi terabur), bila tahu Manap bagi, terus simpan dalam beg taknak tunjuk siapa-siapa. Teruk. Hm yang sebenarnya saya ingat lagi nama panjang Manap, maka saya boleh cari dia kat Facebook. Bila saya cari dan lihat, wah dah besar dah Manap :') Dah tak berapa tembam. Tinggi. Hidung masih mancung, kulit masih putih. BELAJAR OVERSEAS SIOT.



Pengajaran? Pikir sendiri. Setiap kali saya pikir pengajarannya, saya senyum. Thanks Manap sebab pernah wujud dalam hidup saya.

Minat saya waktu tiada siapa minat saya.

165 comments:

  1. haha...itu sume pengalaman..
    nice entry,,,
    teringat balik beb zaman gua kt skola...

    ReplyDelete
  2. pengajaran yang dni dapat...tak boleh pandang rendah pada orang lain dan kena hargai setiap yang pernah hadir dalam hidup kita terutamanya yang selalu berbaik sangka dan berjasa dengan kita.. oh, skemanya ayat dni :p

    ReplyDelete
  3. hahahahaahaha...
    tergelak sendirian bc entri ni..
    yup..aida pn g2 gak kot..

    dh lama tgl alam persekolahan...=(
    miss dat moments...

    ReplyDelete
  4. Weeeeeee~ keluarkan cerite klasik ye hanis..hehehehe..take home msg, treat people the way u wanted to be treated :)

    a gud entry as well as a reminder

    ReplyDelete
  5. bestnya cte ni... hehe tapi yang ni pun mmg jadi juga kat saya...

    ReplyDelete
  6. same goes to me..
    orang yang kita suka sekarang tak jadi orang..
    tapi orang yang suka kita tapi kita tak suka dia sekarang dah berjaya..wuuuu

    ReplyDelete
  7. sweet nyerr manap. singLe Lagi x dia skrg? HAHAH joke, XD

    ReplyDelete
  8. wah amat romatika d'amor! hahaha

    ReplyDelete
  9. ah! Hiba la. mase menengah rendah memang tak brape matang nak fikir mane terbaik untuk kita. selalu abaikan laki baik kurang ensem dan berangan nak laki ensem tapi kurang ensem perilaku. tapi pengalaman tu penting untuk jadi pengajaran masa hadapan kan. Maybe ada yang lebih baik untuk kita nanti.

    Status manap tu single ke?hahaha. Go hanis go!

    ReplyDelete
  10. oh...
    suke cerita sebegini..
    syabas hanis, kerana masih ingat kepada Manap.

    Moga-moga persahabatan berkekalan... ada jodoh xkemana... :D

    ReplyDelete
  11. oh manap..
    hanis zalikha, letakla pic manap. baru smalam sy search kat fb insan yg penah minat sy. sblm ni sy tak suka dekat beliau sebab muka ada jeragat. tp skrg dah hensem mcm hrithik roshan walaupun sy tak minat kat hrithik roshan. tp sy search saja, tak nak dia tahu sy search dia.

    ReplyDelete
  12. akak hanis..
    nak tau gak sape manap tu..hehe..
    name penuh die hape?

    ReplyDelete
  13. hahaaa...cerita yang best..yup!!! most poople change when their grow up...ada kawan yang lawa dulu dan selalu ejek orang,tengok sekarang dia sendiri malu...heeee

    ReplyDelete
  14. totally agree with you :')

    ReplyDelete
  15. hahaha...sgt betul...saya bukan budak kelas last...njoy readin...

    ReplyDelete
  16. HAHA serious gila kelakar hanis :D

    ReplyDelete
  17. teringat kisah lama juga bila baca entri ini ;)

    ReplyDelete
  18. Yeah! Thanks to Manap! :-)
    wah teringat zaman sekola dulu! ;(

    ReplyDelete
  19. hahaha.
    cute . betul r tuh.
    ayat paling xle blah
    " budak kelas last last" & " beg kempis xde buku". lol. sangat r betul.pastu derang buat muka bajet cool hot stuff.
    biasela. zaman hormon baru nak melonjak naik.
    semua macam berada dalam excited state.

    ReplyDelete
  20. hanis nyesal x tak trima manap dulu?:-p

    ReplyDelete
  21. betul! setuju sgt.gigi saya pun terabur juga dulu, tapi sekarang pun sama. so x de sape yg minat.heh

    ReplyDelete
  22. HAHAHA YOU GUYS! MANAP REMAINS AS A MEMORY OKAY. I WOULD NOT CHANGE A THING WITH MY LIFE NOW. Aduhai -_-

    Thanks, laju gila kot semua orang komen. Suka Manap eh?? Biasa dia!

    ReplyDelete
  23. Manap!
    iloveyou! hahahaha
    gurau, nice entry! post best menarik. tah knp rase mcm related.

    nice one! ;D

    ReplyDelete
  24. tergelak sendiri bace post ni =)
    terase pon ade .

    ReplyDelete
  25. Haha confirm semua orang lepas nie Facebook search Manap. Hahaha.

    -aidaemira-

    ReplyDelete
  26. okay, ape name penuh manap tu? nak jugak search kay fb. ;)

    btw, plg suke entry ni dlm banyak2 entry.

    ReplyDelete
  27. teman pun sama macam 'MANAP' dulu.. takde sape yg minat kat teman tapi bukan sebab teman tak ensem tapi sebab sekolah teman sume laki2 je.. huhuhu

    ReplyDelete
  28. amek kau. skali kak hanis terus lawa bile dah dewasa. hak3 ;)

    ReplyDelete
  29. Saya tak glemer mana pun time skolah rendah, tapi tak kisah lah :)

    Tapi budak2 zaman sekarang lain..

    ReplyDelete
  30. comelnya entry ni!!
    suke i baca!!hahhaa

    ReplyDelete
  31. hye hanis....
    memory lama yer ~

    ReplyDelete
  32. habisla sume search fb friend hanis yg name manap

    ReplyDelete
  33. all ugly ducklings will turn into swans one day.

    ReplyDelete
  34. wah...sweet sangat hanis....(^_^)

    ReplyDelete
  35. so sweet of him.
    take it as lesson.
    budak2 dulu mcm tu la.

    love this post :)

    agak2 manap bace tak ur blog?

    ReplyDelete
  36. Very nice entry kali nih dik hanis..
    once..benda ni pernah gak berlegar2 in my mind. Ye lah bila dah menjengah ke alam dewasa baru faham kenapa orang tua kita marah sangat kalau kita ada couple. Ni lah sebabnya. cinta monyet sumpah takkan ke mana. (Kalau ada pun 1 in thousand je la). Budak-budak nih fikiran dorang still belum matang lagi kan. Kalau boleh degan abang drebar teksi pun dorang sapu. Ye lah asalkan boleh call n msg tetiap ari. Nak keseronokan je. Tapi bila dah dewasa baru pandai nak pikir. Boleh ke aku hidup ngan dia ni..si polan ni si polan tu..kan...
    So, nasihat kepada adik2 yang still sekolah, masa sekolah ni belajar betul2 tak yah nak ada couple segala. Membazir tenaga, wang dan waktu. Lagi satu merosakkan minda sahaja!!!

    ReplyDelete
  37. teringat cikgu cikgi penah berpesan....zmn skolah ni kamu npk kereta wira je nanti dah besar boleh cri lg hebat cam kereta vios atau honda. (haha that teacher refering guys as car!);p

    ReplyDelete
  38. aku juga pernah rasa pengalaman itu...heh agak kelakar juga ye, bila kita tahu ada orang suke kita, kita xnak orang lain tahu..kerana malu dan segan..hhahaha

    skang bila tengok orang tu balik..pergh tiba2 LEH JATUH HATI..hahaha

    cuma 1 je la jangan menyesal apa yang kita dah buat.. :)

    ReplyDelete
  39. Hahaha. Teringat masa sekolah dulu. Nak bf comel chinese look rambut cacak je. Dapat memang dapat. Tapi perangai hampehh. Huhu.

    ReplyDelete
  40. salam...

    hye hanis.. just follow u..
    ala bese la pngalamn cne.. skY rase sume de pengalaman cmtu kn.. Btw, who knows in future u n manap gonna make it?? haha... who knows kn.. heee ^__^

    ReplyDelete
  41. Ini hanya cerita untuk budak sekolah jangan sibuk sangat nak bercinta. Saya ambil Manap sebagai model (sebab kelakar teringat balik tentang dia dan) sebab nak bagi contoh, apa yang dulu tak sama dengan sekarang.

    Kalau kita gilakan orang tu waktu sekolah, lagi lima tahun, mungkin tidak lagi. Dalam kes Manap, saya masih rasa orang tak takut dengan dia sekarang. Haha.

    ReplyDelete
  42. haha terbaek la hanis!
    suka gila cerita manap ni..
    nak cari boipren name manap la lepas ni..
    ekekekeke...
    saya pun dulu macam awak...
    itam berkarat (oh itu tipu) tak santek, tade sape nak pandang...
    haih, bergenang air mata bila tingat kisah lama...

    ReplyDelete
  43. haha
    somehow i think this entry sgt comel
    -,-

    teringat zmn sekolah which 10 yrs ago.
    omg, hanis u buat i rasa tua.. ngee~

    ReplyDelete
  44. dahla name manap.

    comel jeeeeeeeeee

    :)

    ReplyDelete
  45. mmg betul oh. i pn dlu ade org minat. tp tk layan pn. tp ble dh besar. perghh. ruginye jual mahal dgn dia time tu. HAHA. menyesal pulak tk accept dia. hehe :)

    ReplyDelete
  46. hahaha..same la kite hanis..dulu waktu kecik2..appearance sum1 tu sngt penting..tak hensem skit tak nak..huhu..teringt zaman skola..nice one hanis..^__^

    ReplyDelete
  47. nice post!!!
    nway, nanti cuba2 la tackle manap tuh!!!
    wakakaka..
    mane tahu, cinta zaman sekolah berputik kembali!!
    wink2!!!

    ReplyDelete
  48. hahahaha! kelakarlah Hanis ni. patutlah blog byk peminat. best.

    ReplyDelete
  49. Sweetnye Manap!
    I dulu minat this boy, handsome ala arabic sikit, putihh, ketua pelajar, athletic(!) n sbb I duk sebelah dia dlm kelas, pagi2 matahari terbit nampak mata dia yang warna light brown sbb muka dia menghadap matahari kalau pandang I dan bercakap. Saya suka sangat dia dulu, tapi dia x suka saya sbb saya tembam, bulat, outspoken dan tomboy. :(

    ReplyDelete
  50. i understand that feeling...time muda remaja dulu mmg takde sape yg nk layan kite sbb kite paling gempal...but now bile dah ada rupa skit ramai yg dtg, tapi takpe semua tu pengalamn buat kita lebih kenal sifat manusia :)...

    ReplyDelete
  51. bijak la ntry ni kak..hehe,btw..sy nk startup jd model..lke u..heh,need advce.

    ReplyDelete
  52. kak hanis betull.. betull sangat!
    =))

    ReplyDelete
  53. org yg kite tak brpa pndg tu la, sbnrnya hebat pd suatu hri nnti.. sedih plak sbb.. i used to think n feel that way. looking down on people, not realising they have potentials underneath. sometimes, we do realise. but we just don look at the goods he has because of just one bad physical thing he has. simple example, chubby

    ReplyDelete
  54. dah lama tunggu hanis tulis entry berunsur2 seperti ini.
    dengan harapan adik perempuan sy yang sedang di skolah menengah rendah tu baca... :)

    ReplyDelete
  55. wah hanis ... huhu lucu la .. ye la tu x berapa cntik ..

    tp pape pon ingt la

    "perampuan yang baik utk lelaki yg baik & begitu sebaliknya"

    hanis x ramai pminat dulu, skrg?? u see.. wah ramai pminat hanis ..

    tahniah ... !!! nk tnyer.. skrg dgn manap?? hihi XD

    ReplyDelete
  56. ahaha sangat cute ;)
    agak-agak manap nak baca tak entry u yang ni? i hope dia baca! sebab i nak tengok manap. hoho

    ReplyDelete
  57. Klu Manap baca la entry ni, mesti kembang idung dia..ehhe

    ReplyDelete
  58. Comel!haahlah.
    pikir blk ya, gigi saya pun tak cantik,
    klu dengar lagu Halimah Jongang tu mcm nak sepak2 je radio..
    haha tapi itu sume ciptaan tuhan kan..
    (ops saya takla seteruk halimah or skrg ni fatimah juling plak kan.lagu tu,jahat..)

    neway,Betul..lelaki mcm Manap ni kategori lelaki yg baik hati, lelaki mcm Manap ni mcm dlm cerita 13 going 30..so sweet!

    ReplyDelete
  59. kat sek Fana pn, dak2 blkg yg cun, cover cun, pakai mekap semua mesti dh kapel.

    ReplyDelete
  60. yea,lots of my old friends were so ugly back in primary school.

    now,they manage to transform themselves into taiwanese look GUYS.

    Puppy love is so OMG)

    ReplyDelete
  61. hanis,mana tau entah2 manap one of your fan now.maybe still fan ke.hee kiding

    ReplyDelete
  62. mostly ape yg awk tulis tu betol..huhu

    ReplyDelete
  63. macam mana ya ur face mase gigi terabur? opps..silap.mase tak pakai pendakap gigi tu..

    ReplyDelete
  64. kita suka cerita kamu time sekolah

    ReplyDelete
  65. hanis post la gmabar waktu sekolah dulu! hihi

    ReplyDelete
  66. best bace post ni..yup..hidup kita akan berubah dengan masa.. kita kena hargai setiap orang yang pernah hadir dalam hidup kita.. haha.. really like this post cik Hanis.. =)

    ReplyDelete
  67. betul hanis.slalunya yang mana handsome/cantik dan popular masa sekolah bila habis sekolah tak kemana. yang takhandsome tak cantik tak de orang pandang tu yang akan jadi something after sekolah..i've experience quite a same thing.:P

    ReplyDelete
  68. Macammana kalau Manap memang duk follow blog Hanis sampai sekarang? HOHO

    ReplyDelete
  69. i heart this post!
    nice one hanis!!

    ReplyDelete
  70. klaka gler r citer nih... tgelak kite snsorg kt cni.....hohoho

    ReplyDelete
  71. sokong ur point.

    coz kesian gak hrtu bila chat ngan sorng junior tu..dia kata ..dia dah clash ngan mamat lama dia sebab mamat tu jahat (padahal selama ni dia tahan je sebab dia sayang giler kat mamat tu walau mamat tu jahat )..

    klakr gak,apsal pi tahan ..tinggalkn je la...tp sebab nak sangt couple, pi layan je...

    ++masa hartu buat tuisyen budak sekolh, i use ur point utk nasihat budak2 ni...

    nice

    ReplyDelete
  72. Entry yg sangat menarik dan berguna.Sy seorang guru sek menengah..rasa mcm nak print jer entry ni, photostat, bg sorang-sorang budak pompuan yg gedik gedik tu baca, pastu bagi keje rumah suruh buat rumusan..moga moga diorang insaf..hahaha..sapa tahu kan?

    ReplyDelete
  73. haha..untung la kamu skolah campur..eden skolah permpn 5thn..fuh..lagi laki xpandang sebb muka underage,selekeh..haha..tp sejak abis SPM...wow..ramai pandang (naik seri sejak dpt couple,kuangkuangkuang)lenlain tu sory naik lori la

    ReplyDelete
  74. pernah ada pengalaman serupa. budak-budak la katakan :)

    ReplyDelete
  75. owh
    tq sebab share kisah klasik ni
    mmg sgt sweet si manap tu!!
    bertuah hanis dpt lalui kisah macam tu =)


    *gigi I masih berterabur
    huhuhu =(

    ReplyDelete
  76. mana link manap? mana tahu dapat tackle ke..hehehheh!

    ReplyDelete
  77. penah pkai bracest ka?brapa lama?

    ReplyDelete
  78. penah pkai bracest ka?brapa lama?

    ReplyDelete
  79. penah pkai bracest ka?brapa lama?

    ReplyDelete
  80. wah..zaman bergelar remaja ye...banyak perkara yang menyeronokkan apabila di imbas kembali..gadis-gadis seperti itu memang sering menjadi perhatian dan tarikan ketika di sekolah..

    cuma di mana mereka ketika ini?berjaya dalam hidup atau hidup yang sekadar ala-ala kadar sahaja..?

    ReplyDelete
  81. Hanis, carilah Manap balik, dialah cinta sejatimu. Kisah cinta yang manis Hanis <3

    ReplyDelete
  82. x penting, but it is not wrong to have such a feeling, it shows that you are normal

    ReplyDelete
  83. betul cakap hanis
    time sekolah tak pyah lah beria2 bercinta kan..
    budak time sekolah memang laa tak sama rupa parasnya bila menginjak dewasa.......
    akak pun tak ada siapa yang admire...yelah kita pun bukan lawa pun...dah lah hitam, garang pulak.....
    memory betul entry ni....

    ReplyDelete
  84. produk buang toksin dan rawatan penyakit. apa salahnya mencuba.
    http://hayatherbalfootpatch.blogspot.com

    ReplyDelete
  85. hahhhaa...aha kann...dedulu tak sape heran..la ni bile bukak fesbook ..amekkoooo!!! yg dulu cantek jadi hadoooo!! yg tak famos jadi divaaaa///curlastttt!!

    ReplyDelete
  86. alahai, sweet gila kan.. nurul x ada pun pengalaman mcm ni. sbb masa sekolah dulu jenis yg pendiam, nak pergi makan kat kantin pun malu, hahaha..

    ReplyDelete
  87. mcm familiar la manap...mcm u pnh cite sal die in previous post...

    btw, nice story, luv it! ;)

    ReplyDelete
  88. Hanis,
    entah-entah Manap pun cari Hanis kat Facebook tapi segan nak Add sebab Hanis gigi dah tak berterabur.. Hiks... cute lah kisah zaman sekolah ni.

    ReplyDelete
  89. salam.. bagus hanis bg advise macam ni kpd remaja kita.. gunakan keistimewaan hanis utk kebaikan bersama.. syukur n tahniah.

    ReplyDelete
  90. pengalaman mendewasakn kita.tapi bila dkenang2 mcm malu jerk...tp itulah kenangan

    ReplyDelete
  91. lagi satu crite movie comedy-love-story.. ouh! u lived in a 'based on true story' movie.. lol

    ReplyDelete
  92. wooo..i wonder who dis manap is? :)

    ReplyDelete
  93. hahaha...teringat zaman skola la..
    hanis, saya berkapel ngan kawan sekelas taw...selamat pon kawen, dah 4 tahun dah pon...hehehe

    ReplyDelete
  94. sme la kite kak hanis. hitam dan sekeping. *tapi gigi kita cantik. hikhik~ takde peminat pon... couple pon tak pernah. belajar jek smpai otak kering. alhamdullihah mse pmr aritu dpt score gila-gila. semunya berkat takde peminat. hahaha~

    ReplyDelete
  95. Hanis...nak tgk muka MANAP...plz.... :)

    ReplyDelete
  96. At least ada juga kawan2 sekolah Hanis dulu masih kenal Hanis sekarang. Mama tak da sapa pun yang pernah kenal mama dulu masih lagi mengenali mama sekarang..

    ReplyDelete
  97. post ni the best :D Manap comel awhh :'D

    ReplyDelete
  98. haha !!
    senyum sorg2 saya baca kak anis !!
    ( i'm 16 years old ) =)

    ReplyDelete
  99. waa.. sweet nye memori ni ;) tringat msa skolah dlu.. tp btol gak eh.. budak klas last2 blakang2 je cpt dpt couple.. yg dok klas pndai ni mmg hampeh nk dpt couple ^^!

    ReplyDelete
  100. hahha, aku pon sama lah, tetiba teringat masa zaman kegemilangan kat sekolah dulu..
    entri ni nak bagi pengajaran buat budak-budak yang nakkkkkkk sangattttt bencinta..

    ReplyDelete
  101. salam kak hanis~

    sumpah cute giler! sukeeee entri ni...sangat2... :) <3

    its a fact.. pape pun.. experienced is the best teacher.. kan? ^^

    ReplyDelete
  102. salam,nice post cik hanis.
    btw,juz nak sharing
    time sy skola rendah dulu pun lebih kurang gak ar
    suatu hari saya kene pangggil ngan cikgu kat bilik kaunseing
    saya tak paham ujung pangkal pun time tu.
    tup2..cikgu cakap awak secret admire eyh..
    almaklumlah time tu english xhebat pun so tny balik..ape tue..
    kes ni jadi coz ada surat kantoi dengan budak lain dan bagi kat cikgu...malu ada gak tapi lawak bile ingat balik...

    ReplyDelete
  103. entah2 ada jodoh dgn manap nnt??hehe...neway,nice entry!
    haha..semua yang ditulis adalah BENAR2 BELAKA!haha

    ReplyDelete
  104. ~wallaweh..entry terbaik!!
    i admit your thoughts and views!!sangat betul kot..bijak-bijak..hahaha
    usually mmg budak2 class last yg couple..(true story sesangat)
    well,dear..cntinue laa dgn memoranda anda k..it's nice to read and to know that manusia juga ada zaman-zaman tertentu dalam hidup..

    ~lalalala..ae psg mlm surut pukul lima..~lalalala

    ReplyDelete
  105. my sis should read this.
    a good reminder 4 teenagers y baru nk up.huhu~

    sweet giler manap tuh..;D

    ReplyDelete
  106. wah so classic so natural so refreshing..it's feel like some of the savage garden's music video :)

    ReplyDelete
  107. wah..bagus sungguh jiwa lelaki yang bernama manap itu...
    minat padamu tika tiada yg memangdangmu hanis...:)

    ReplyDelete
  108. wow!!!!!!! comell eh..haha 1st tyme leave my cment here..keep it up Hanis!! hwaiting~~~~

    ReplyDelete
  109. hamis! cantailah manap! u r his first love!

    ReplyDelete
  110. OMG.. sweet gila lah manap. ok i pun nak love manap.

    ReplyDelete
  111. hanis, takde ke gambar hanis dengan manap? letaklah, pasti comelsss ;)

    ReplyDelete
  112. sweetnya manap tu...
    n very nice entry...
    suka sgt2...

    ReplyDelete
  113. aku pon dikalangan org tak glemer mcm manap. tembam n tak putih lak tuh. tak de peminat lansong!.tp skarg aku blaja kat overseas!yay!aku bangga!hehe:)

    ReplyDelete
  114. The moral of the story is NEVER EVER judge someone based on her/his looks .

    ReplyDelete
  115. mcm penah alami similar situation tp kat u dh la ms tu hihi

    muke yg penoh jerawat.. pastu muda lak dr kite.. so kite xnak la kan...

    skali nengok2 naik thn 2, pergh.. entah die pakai ape entah kat muke die.. ilang sume jerawat.. nmpk cam matured je..

    tp nengok2 thn 2 tu jugek die dh mule bwk awek naik moto die g fakulti die.. hahah..

    geng ckp : tu la ko.. xnak terime die seadenye.. awek tu jugak yg terime die.. tgk skarang ko kene g kelas naik bas =p

    tp sy mmg xnk die pun.. sbb dr dulu sy mmg dok target suami sy skarang ni hihihi =p

    ReplyDelete
  116. so klakar...ntah2 jodoh hanis ngan manap tak...

    ReplyDelete
  117. this is very inspirational. terus rasa tak nak couple. terus rasa nak pakai selekeh2 n tak kesah org nk ckp ape. haha

    ReplyDelete
  118. this is very inspirational. terus rase tak nak couple. terus rase nk pakai selekeh2 n tak kesah ape yg orang ckp. haha

    ReplyDelete
  119. sangat setuju!!!
    dulu dekat sekolah takde orang pandang sebab muke sangat skema pendek.hahahaha.

    hanis,muke manap mane??giler kepoh nak tengok.

    ReplyDelete
  120. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  121. such nice entry.
    the same thing happened to me tapi mamat tu takde la minat kat saya pun

    and gigi saya masih terabur ._."

    hehe..
    moral of the story.
    lain kali kalau ade seorang 'manap' yang terer cakap english and putih2,
    terus je amek.
    hehehe..

    ReplyDelete
  122. terjumpa entri ini
    lalu terbaca
    terbest la plak ceritanya

    nice entri
    salam ziarah

    ReplyDelete
  123. kalu org minat kite tak hensem memang malu nak admit=)..tapi majority org tak hensem brainy..mostly..i guess

    ReplyDelete
  124. manap must be so proud sbb ada entry utk die..well..i agree with all ur statement hanis..don forget to drop by at my blog ok si cantik

    xoxo~
    arina

    ReplyDelete
  125. OMG
    so sweet lah .
    waktu f1 ada mamat nerd minat saya
    sibuk nak taw hal saya
    rimas kott
    memang dia pandai
    tapi dia gemuk sangat
    dan nerd .
    HAHA
    saya tak suka .
    sekrang pun masih begitu .
    tatawlah 5 tahun akan datang jadi mcm manap ka tak
    :D

    ReplyDelete
  126. omg..sis...tepat giler description...
    motivasi motivasi ney..
    thanks

    ReplyDelete
  127. hahaha nasibla sekolah perempuan takde mcm ni sgt. tapi, lain pulak kisahnya. Lepas skolah, vrooommm dgn motor peg lepak mall. haha but im not like that. amin. nice post. mane manap? nak tgk!

    ReplyDelete
  128. muahahaha!

    tetibe bace posto ni ley tbayang2 kisah dulu2

    adeyh~

    ReplyDelete
  129. luv it. harap student sy baca ni..

    ReplyDelete
  130. wish can we can terserempak d unimart...hehe!

    ReplyDelete
  131. mantap la awak ni...mmg sesuai sebagai seorang peragawati..saya selalu dihatimu...tiap detik dan waktu.walaupun kau x tahu.kau la yang terindah.seindah taman kota babylon.bagai bidadari,anggun wajah mu tiada terperi.ingin ku bersama mu selalu...tiritiitit.namun apa yang ku pasti,kau x akan ku miliki.walau berjuta berkali ,kau x pernah pun peduli.

    ReplyDelete
  132. nice story from u hanis..i hope young people will take you as their role model. I suppose you are one of those i categorize as "beauty with brains" and there's not many out there..i believe you gonna have a bright future..inshaAllah.

    ReplyDelete
  133. it's really nice dengar cter macam ni sekali-sekala. bila dah tinggi melangit n pandang bawah, for sure u akan senang hati. keep it up gurl!

    ReplyDelete
  134. Ini kisah diari hanis kot..saya dulu duduk kelas A..cara berfikir budak2 kelas A ni lain..still ada couple(sorang je),famous(wakil sekolah),ramai peminat(pemimpin pelajar) tetapi still success..kerana ramai kawan2 saya semua ada degree dan kerjaya yang bagus..bergantung pd individu..jika pola pemikiran berkelas dunia pertama..kita wajar raih apa yang patut kita raih.

    ReplyDelete
  135. entry kali nie membuatkn saya teringatkn someone yg pernah la suke dekat saya, tp dia lain sikit dr Manap, dia kurus dan tak tembam mcm Manap, kulit hitam dan tak putih mcm Manap, nk tau kenapa? kerana dia budak India;p

    ReplyDelete
  136. heheheeheh i was not attractive during sek menengah, not pretty, dark sunburned skin pastu duk pulak dlm kelas pintar. Just like you, mmg takder boyfriend lansung. Cuma minat boys yg cute dari jauh.. and watched my less clever but prettier friends hooked up with cute boys from school or other school. But things turn around beautifully during the end of form 5 before SPM.. I fell in love with my handsome classmate, and cinta pulak berbalas.. dah la mix blood, tinggi, pengawas pulak tuh.. ehehehhe indahnya dunia. At first, he said he like me because I was really nice to him so he wanted to give the relationship a try. After he got to know me better, he was in love too huhuhu...
    tp like all cinta monyet, it ended after 4 years... he was my first love, hard to forget but i know he is not suitable for me.
    Bestnyer kenangan zaman sekolah!

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!