Saturday, September 25, 2010

Gambar Entri Beraya

Sila dalami tajuk itu sebab saya dah tak tahu nak eksplain macam mana lagi dah. Gambar raya terlalu banyak. Tapi untuk entri ini saya hanya letak 44 keping gambar beraya. 44 keping ya, 44 keping. Jadi pergi tunggu semua gambar load dan main Spider Solitaire.




Selamat kembali. Jadinya ini hanya entri gambar beraya sana sini. Gambar orang datang rumah entri lain lah ya. Itu pun kalau rajin, sebab I sekarang ni fokus study jerrr. Baiklah tak perlu kencing sesiapa, Hamis.

Jangan nangis kalau rumah anda saya terlupa tangkap gambar. Hampir semua gambar ini bukan dari kamera saya tapi belas ihsan rakan dan taulan.


Selamat pagi, Aloq Setaq.



Kampung kita!




Rumah makcik kita! Rumah yang tak pernah masak tak sedap. Eleh ayat nak kompleks je. Cakap jelah rumah yang selalu masak sedap. Amende tak pernah masak tak sedap




Beraya di Kodiang rumah kawan Kekna masa belajar dulu. Jauh gila rumah hang! Tapi Mee Kuah sedap :')




Rumah Dato' Hassan di PJ, sebab kami sendiri takde datuk.






Mihihihihihihihi *gambar makanan je suka*




Shout out to Nisa <3




Macam tulah cerita dia.




Seterusnya konvoi raya 5 buah kereta di entah berapa buah rumah selama 2 hari.


Rumah pertama ever, rumah Uzma! Rumah yang hidang soto nasi dan spagetti *hafal makanan setiap rumah*.







Dah melawa melaram kenalah duduk paling depan sekali setiap peluang yang ada.








Eeeeeerk, gambar kandid kegemaran kita semua! Riang ria hari raya biskut kornflakes.





Macam tulah cerita dia.




Eh ada lagi satu gambar. Ha okeh macam tulah cerita dia.






Lepas dah kenyang diorang nak tunggu open house seterusnya, rumah Farah tapi rumah Farah pukul 4, jadi mereka bersatu hati untuk ke Castle dan bershisha. Saya pula bersatu dengan perut untuk order makanan heh. WEH SEDAP BONELESS GRILLED CIKEN NIH.





Rumah Farah! Semakin banyak makanan dan kegembiraan!






Ini lah Farah comel yang juga menyambut hari jadi secara terkejut (surprise!).






Kkkkk, dah dah kembali ke gambar makanan balik.





TRUCK STEAMBOAT?! Dah dapat lesen kereta nanti nak beli.





Sedap lah giler. Ada lagi makanan yang tak sempat tangkap gambar dah masuk mulut. Ceh konon tak sempat, padahal malu terhadap teman semeja yang asyik pandang bila I tangkap gambar makanan. Itu tahu pula malu, ulang alik meja buffet tak rasa apa-apa.







Berlemuih berdua.






Di rumah Liana Khairul! Hanya gambar berdiri-berdiri begini, tapi ini sumpah buffet best juga catering tip top. Bayangkan jelah, penat I tangkap gambar.





Lepas rumah Liana, mereka beraya rumah I, tapi itu nantilah entri lain k. Yang ini gambar lepas dah mandi dan bergerak ke rumah Hambali untuk makan ketupat frozen Terengganu yang superb yang bukannya kukus, tapi goreng omg makan banyak-banyak tak tinggal orang belakang, ah itu masalah tuan rumah bukan masalah kita. TERINGAT LAGI KESEDAPANNYA :(



Selesai habiskan ketupat rumah Hambali, pergi rumah Liana semula, nak habiskan mercun.




Mula-mula baik comel skema je main yang lame-o bunga api.







KEMUDIAN JENGJENGJENG. Ini masa nak pasang mercun yang dia patutnya terbang naik ke udara, tapi lepas lit up tersangkut kat tanah pastu semua bertempiaran lari dan I yang menyorok belakang Shazamir si gagah berdada bidang pun lari jugak sebab cuak weh meletup kat tanahhhh gila Palestin.





Tiada siapa terbunuh.






Shazamir gagah dipergunakan sebagai shield.





Aksi meredakan hati yang berdegup kencang setelah drama mercun tadi, bersama Luqman.






Rumah Shazamir yang sangat cantik, memang masa untuk berphotoshoot setiap sudut.


















Dah? Dah habis dah photoshoot? Patut ah 44 keping.





Masa nak pergi rumah kawan Mama & Daddy. Nak juga letak gambar ini walaupun kepala I teleng. Sebab.. sebab.. KEKNA CANTIK SANGAAAAT!





Rumah Aunty Mona & Uncle Vincent (atau nama Islam dia Rafael. Cute gila nama Islam macam ni).



Kenyang.



Tengok Daddy kita, kita dah pakai high heels pun, tinggi dia masih macam ni. SEGAKNYA LELAKI KEGEMARAN I.




Mengambil kesempatan ini untuk minta maaf kepada undangan rakan lain yang tak dapat dipenuhi :( Think of all the foooood :'( Insyallah berjumpa kita di Raya hadapan, I beraya rumah y'alls k. Dan yang beraya rumah I, terima kasih daun keladi. Seronok sungguh raya tahun ini!


Kredit gambar kepada semua kesayangan.

64 COMMENTS NOW:

J.M.R said...

meriah!

penat scrolldown mouse ni..

aurora xarielle said...

tingginya daddy kak hanis... patut la kak hanis tinggi ^^

black_mel said...

wah...mmg panjang entry nih....;) gmbr suma cantik2..nice..

grOundnUt said...

pergggghh....meriah eh raya tahun ni....memang seronok kalau dapat berkumpul semua family kann...tambah² yang dah lama tak jumpe...anyway, selamat ari raya sis..^^'

✿....rossa alina....✿ said...

sedap giler makanan itewwww......lapar..lapar... :(

dyah pinky! said...

lawa2 baju hanis. suka tengok.

Ayeem Jemain said...

haha, sempat shopping kat tokyo nak tunggu load semua gambar ni. haha.

www.ayeemayam.com

haziQah said...

ala..hanis..dkat nye hanis dtg braya umh yg dkt ngn umh i..umah hmbali..huhu..

ardinihumaira said...

kalolah dni dapat makan steamboat tu.. gulppp!!!


lama tak pekena...


siap terliur sakan tengok gambo tu... sobsss... nanges ni nak makan... mintak tisu, hanis! huhu... nak lap air mata tengok makanan sedap2 ni... gulpp gulppp



raya tahun depan datang rumah dni ye ^__^

intanurulfateha said...

cantik!

ika azani said...

gambar yang ke-9 last tu yang awak dengan sorang girl pakai kurung hitam merah tu my collegemate rupanya... =D eqa aka lemok...eh, u know her?

banyak gile gambarrrr....memang panjanglah post kali ni kan..huhu

Selamat hari raya...^ happy2 selalu...

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

dear sis...nice pics u got there;DD well, i'm visiting ur blog yaa;D

zuar said...

ooo...orang kedah ka....baru cek tau..muehehe..jom la p baling..mandi kolam ayaq panaih ulu legong..hehe

http://zuarxpdc.blogspot.com/2009/12/18-teknik-mudah-promosi-blog.html

zaza said...

hari2 bukak belog hanis..
tak pena jemu. :)

delarocha said...

raya sakan nampak....

teeha said...

woahh . happening giler . kak hanis tetap maintain cantik dlm setiap persalinan rayanya . auww!! ;)

nas said...

meriah raya hanis dan mmg sgt panjang post kali ni...hehe tp seperti biasa x pernah jemu baca entri hanis..!!

Nisa Ferreira said...

oooooo....lawa2 baju kak Hanisssss ;)

Hizami Rahim said...

cik hanis,

u look like SUKI OIAM.

:)

hadiee said...

ini pendapat sepuloh sen saya,

saya rasa Hanis lagi Cun kalo mengenakan tudung.

Selamat Hari Raya!

~Maaf Z & B dr hadiee07.blogspot.com~

shazika said...

wohaaa...
rambut kamu sgt panjang..

ika~~ said...

tak ckp dtg aloq setaq!kalo x sy boleh belanja laksa ikan sekoq!
btw hanis, i'd prefer ur black hair..suke rmbut awk itam..nampak menawan :)

admin said...

wahh banyaknya makanan.. larat ke makan semua tu? huhu

fyna said...

meriah raya kak hanis :) baju cantik2 :d but i prefer u in long black hair , fuhh . lawaa .

Ayyman Rahim said...

Oh wow, this is what Yuna called "Raya Oh Yeah!". Love the pics!

nisaGemok said...

really adore your hair la hanis!
:))

soclose2213 said...

bukanla mcm suki tp mcm heroin benci bilang cinta tu marshanda..

Ruziawati Bukhari said...

Selamat Hari Raya Hamis.. eh Hanis!

confirm baju2 raya u beli kat bandung.. kan? betul tak sangkaan kak t.. lawa2 baju gitu..

daddy u mmmg tgi.. ari tu jpa u pun u dh tgi.. dia lagik tinggi.. wow!! ur mom and ur dad cam abg dan adik je.. hehe.. nmpk muda sangat..

tak rugi singgah sini tgk gambr raya.. memang teruja.. makanan semua marveles! samala.. kak t pun suka amek gmbr makanan.. org dok pandang.. bt bodo je.. ngeeee..

nabil_potter said...

selamat datang ke KEdah..mai jgn tak mai...heheh

honey amour said...

Fuh~ tarikh nafas i tgk ol ur pic dear..really banyak okeh...

-nice hair-

eykameow said...

ur fren yg pakai bju pink dekat time dekat umah Uzma tu ada blog tak? nak link blog dia leh?

NICK IRFAN said...

meriah btol raya akak ni yer... best2...

noor afzan said...

wow, meriah makanan.
meriah gambar.
riang ria raya sungguh cik hanis kita.

biskut mama hanis sedap!

sharifuddin N shakina said...

wah..bestnye raya sakan..tahun ni kina takde gmbr raye pun..

menaribagaibintang said...

kirim salam sama shazamir huhuhu

Nabil Aizat Abdul Rahman said...

bnyk baju raya tahun ni...lawa la kaw..

SANDRA AZWAN said...

u look so beautiful!!

http://bysandraazwan.blogspot.com

Feel free to visit my fashion blog!

farhana said...

Cantik baju2 raya Hanis =)

anwar777 said...

haha yay! masalah rambut tidak mengganggu produktiviti blog! :)

skeskekuz said...

salam..hye meriah entry nie..salam kenal buat semua ..im new blogger..baru2 nk blaja menghilangkan boring n stress..belum terlambat rasanya kan nk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN..

Vee said...

cantik2 baju Hanis.. ;)

shandye. said...

u looked far better with black hair. seriously.

ngee...

JohnBaem said...

kem salah ayahnda.. :D

b o g i said...

tak lawa la hamis rambut kaler terang2 camni

Cik Ruby said...

nak ambot hamis yang kaler itam balik -_-"

miss said...

hamis ..
seme baju kebaya erk taun neh ..
beli bandung aritu ke ?
huhu ..
hamis siyes , its ok on black hair !
vote on black hair ..

Azura Iznil said...

Gambar Kekna mmg cantik..nmpak pipi gebu.

Gambar Daddy juga hensem..terus jadi lelaki fav..eh..eh..!

Serious...meriah!

~~m@sYiT~~ said...

slmt hr raya hanis.
tp nk ckp.
awk xsesuai rambut oren tu.
muka nampak tua la...huhu
kaler itam lg lawa.sori yek :)

liana said...

baju raya yg kuning tu sgt sshweeet..i nk jugak raya thun dpn mcm tu..

hasrul hassan said...

UHH sakan beraya ni .... :)

budleee said...

so festive

so fun

so blonde ;)

eynda said...

Kampung kat utara?? Sama la kita :-D

TeRRoRRiZZ said...

hehehe
sonok nyer!!!!!!
ader antare pic tu macam finalis gadis melayu pun ader
hehehehe

Ray said...

hanis, i selalu follow blog u, i tengok gambar2 u ni, baru i perasan, alignment u dah lari la..tu la sebab bnyk makan kut...hehehe....

Blitzenius said...

i dont care about people.

food glorious food!

enyheartsdiamond said...

kebaya purple tuu! i punya warna maroon :))

Rizuan Ismail said...

meriah majlis..entry plg panjang pernah sy bace stakat nih..fuh..tp berbaloi :)

Leya said...

hi...
new follower =)
cantiklaa rambut u...hehe
muka u mcm kwn n name pn zalikha..
coincident...
huhu

Eg Azman said...

Zalikha.. U beli beg C&K gak ke.. I pun beli beg tu tapi putus after 2 days i pakai.. Tapi nasib baik boleh ganti. Beg tu cantik tapi ada problem ngan tali dia.. So .. beware, bawa beg tu jangan bawak periuk nasi, mesin kira n mekap berat2 sgt ya.. Hehehehe

mamaleen said...

hanis ni comel sgt..
nk tgk muka hanis slalu.. nanti bleh jangkit kt baby dlm perot.. huhu.. tq

soffya cik bulan said...

wow meriahnya hanis....bila nk dtg terengganu..?hu

aisya said...

singgah la ke sini ::

www.insanbernama-aimisyairah.blogspot.com

::sherry:: said...

Hanis, rumah hijau tu rumah kat kg hanis ke ? cos, i went like "OMG, that house seems so familiar, wait, is that house just sebelah KMC ?" haha. If yes, then, what a coincidence ! =D

[ GhAdEyS iNsHaF ].BLOGspot said...

hanis..mke hanis cam amanda cracke lam cte reveng*..br pasan time belek gmba raye..ngee~..