Wednesday, November 3, 2010

Montel sedunia sokong kecintaan ini!

Aiskrim dan aku telah berputik lama cinta antara kami. Emak bilang, waktu aku kecil-kecil dulu, aiskrim menjadi salah satu kesukaan aku. Masa kecil aku memang comel. Agak tiba-tiba namun ini kan karangan aku, bukan kau yang nak tanda lagipun. Emak bilang lagi (rajin benar emak membilang-bilang, suka Maths agaknya), pernah sekali sedang menikmati aiskrim, aiskirm terjatuh dari genggamanku, lalu terjelepuk free-free di lantai shopping mall. Aku yang naif (atau barangkali dasar gemok), mengutip dan terus-menerus menikmati kenikmatan duniawi itu.




Bayangkan si comel naif ini. Cuteness beyond words bila mengutip aiskrim penuh kuman.




Semakin meningkat dewasa semakin cinta terhadap aiskrim. Cinta yang pandai lah, bukan cinta bodoh. Cinta yang kalau aiskrim jatuh atas lantai pergi masuk kedai, beli balik bukan kutip telan. Namun ada satu aiskrim yang di mindaku dilabel: kalau nak reward diri baru beli. Kalau berjaya kumpul duit wajib beli. Kalau emak tanya cuci pinggan nak upah apa wajib jawab ini. Sudah tentu aiskrim Cornetto. Tak gitew kawan-kawan? Ngaku cepat, ini aiskrim high end masa zaman muda-muda dulu hewew.



Dewasakini.



Penggila aiskrim Cornetto, silalah teruja. Makin banyak makan, makin besar peluang menang pertandingan dia yang terbaru.



Selamat mencuba.Lebih lanjut, sini

42 comments:

  1. dlu2 klau nk mnx upah mnx eskrem magnum..sbb eskrem 2 lg mhal dr cornetto..hehe

    ReplyDelete
  2. wah cornetto... kegemaran zaman kecik2, dulu2 dan skrg.. Nak pergi 7E lah cari cornetto pagi2 ni.. teringin sgt plk..

    ReplyDelete
  3. owh ice cream..iyea sungguh heaven ;)

    ReplyDelete
  4. Penggila aiskrim Cornetto, silalah teruja. Makin banyak makan, makin besar peluang menang pertandingan dia yang terbaru.

    * ini serius!! jom habiskan gaji anda dengan cornetto.. kenapa hadiah utama bukan jueliana evans..?? hahaha...

    ReplyDelete
  5. serius duh masa kecil mana ada aiskrim cornetto. lalu mengharapkan aiskrim keting keting keting.

    boleh tak berangan bawah pokok makan aiskrim macam iklan. owh zaman kanak-kanak memang kuat berangan. T_T

    sekarang tidak lagi kerana aiskrim cornetto kini mampu milik. *thumb up yols

    ReplyDelete
  6. wowwww bestnyer...
    tmbah lagi makan dengan akim af tu kn..terasa nikmat disitu..trus perasan jadi juliana evans

    ReplyDelete
  7. *sini..
    'The page u hv requested was not found'

    ReplyDelete
  8. dule mne ade aiskrim cornetto.
    aiskrim malaysia yg 20 sen gak jd peneman.
    skrg aiskrim 20sen dipinggirkan

    ReplyDelete
  9. Amboih nak Juliana Evans, nak Akim amboih amboih.

    ReplyDelete
  10. Thanks babe, Ive fixed it. Can try now :)

    ReplyDelete
  11. suke aiskrim jugak..
    alolo, comelnye hanis mase kecik..
    mase besar cantik sgt..:)

    ReplyDelete
  12. rasa macam nk pergi beli skarang....sedap!!!!

    ReplyDelete
  13. kami dulu-dulu makan ais kepal.. ketul ais yang disagat dan ditaruhkan air gula merah dan diberikan kepada pelanggan seketul dalam kepalan gitu sahaja..

    ReplyDelete
  14. awat masa tecit rambut sikit? masa besaq rambut lebat???

    awat?

    ReplyDelete
  15. salam..

    1 of my favourite..lama tak beli...

    ReplyDelete
  16. eskrim boley hilangkan stress..
    sukeee!
    xD

    ReplyDelete
  17. Ustaz buat saya teringin ais kepal. Tapi sekarang mana nak cari T_T


    Hehehe masa kecik kepala besar jendol, tarik rambut yang sikit itu tutup dahi hewew.

    ReplyDelete
  18. dah nampak masa depan.
    orang kuat makan senang menang. :p

    ReplyDelete
  19. Comelnyer Hanis mase kcik..
    ehehe :D

    ReplyDelete
  20. Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
    Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
    Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
    Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

    haha...mata comel...

    ReplyDelete
  21. itulah pasal..bila mengenangkan kena makan aiskrim bykk.terus malas join..bukan apa..nnt badan montel. cam top of aiskrim..

    ReplyDelete
  22. comelnya dia masa kecik-kecik.. :D

    ReplyDelete
  23. pengaruh eskrim conetto punya kuat.. sampai sekarang asal nak eskrim bentuk cam tu semua cop eskrim conetto...

    ReplyDelete
  24. salam
    orang gemuk itu telah pun menjadi cumeli aka comel tapi masih berperangai sama
    tanya mak minyak nik apa macam kira

    ReplyDelete
  25. saya tak suka cornetto
    saya suka mat kool lidah jeli

    nama memang pelik tapi ianya sedap...

    ReplyDelete
  26. mase2 kecik2 berangan ice cream magnum..wooo~ siap kumpul duit nak beli..da besa layan cornetto plak :)

    ReplyDelete
  27. sehingga ke umo ini aku masih suka makan aiskrim... hehehehe... jangan lupa every 30th or 31st singgah ke baskin n robin... hehehhe

    ReplyDelete
  28. Hanis tak takut gemok ke asyik makan eskem je... Saya pun suka gak tapi tak boleh nak makan sebab nak jaga badan.. huhu TT

    ReplyDelete
  29. cik hanis, sy tag cik hanis di blog sy yer:P

    ReplyDelete
  30. comel tol hanis masa kecik!!1 patut besar pun lagi cun!!!!

    ReplyDelete
  31. dulu cornetto rm$1.70. Tropicana rm$0.70 aje. Tapi tropicana lagi sedap! vanila lemon :)~. Pastu dah jumpe haagen dazs usd$2.70 tapi sedaap, student punye pasal mkn sekali sekala je le. Blk malaya mak oi HG harga rm$30? Tobat tak beli! Tup2 dtg UK lak HG harga £2 aje bila ada diskaun, apa lagii... HG sakan la skrg, lagi mau komplen perut boncit!

    ReplyDelete
  32. hanis nanti buat la eskrim goreng, sodaaappp tau, heeehe

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!