Tuesday, December 27, 2011

Realiti Minyak Dalam Diet

 
                 Kawan baik awak, bukan?

Bangun pagi, eh tak rasa lapar. Eh tak biasa breakfastlah. Tapi kalau keluar rumah awal, sempat menyinggah, hehehehe roti canai satuuuuu. Pelahap sekeping, rasa tak cukup. Apa roti canai sekeping je ni, serving budak-budak nih. Aney, bagi lagi sekeping. Hewhewhew ini biasanya lelaki. Kalau perempuan, dia dah goreng nugget awal-awal, makan dalam kereta.


Sampai office ada orang terbeli mee goreng lebih sebungkus, dalam pada “Eh tak biasalah makan pagi, terkejut perut iols”, ambil juga orang hulur. Mulut memang dah programkan untuk tutur “Rezeki jangan ditolak” setiap kali orang offer makanan, sengih kerang busuk turut menyusul dibibir.


Buat kerja, mata asyik pandang jam, bila nak lunch bila nak lunch bila nak lunch. Arghhh makan kerepek dulu. Bila nak lunch bila nak lunch bila nak lunch. Arghhhh stress dengan boss, makan cempedak goreng (bawak bekal) dulu. Mengunyah dari pukul 9pagi sampai pukul 1tengahari.


Jam menunjukkan pukul 1tengahari, semua bergegas meninggalkan office, kertas berterbangan dan kerusi terpusing-pusing, begitu laju bontot masing-masing nak tuju kedai Nasi Kandar *haruslah include favourite food penulis dalam cerita ini*. AMAGAAAAAAD NASIK KANDAQQQQ COME TO MAMA!


Nasi letak lebih. Mmmmm ayam goreng, kasi potong. Telur sotong ada? Tarak? Okay bagi kuah campur. Sotong goreng. Popedom letak sendiri ke? *letak segunung popedom atas pinggan*. Sayur, ha bagi kobis (ingat dah healthy sangatlah ada sayur sejemput, padahal minyak sayur tuh mengalahkan minyak popedom aku nengok). 


Burppppppp, Alhamdulillah segala Puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Nak balik office sempat singgah (tahuuuu je mana ada jual finger food, bola ayam cucuk-cucuk, wantan goreng, yong tau foo), sebab bekalan mengunyah dah habis masa dok pakat tenung jam tunggu lunch tadi.


Sambung buat kerja sambil piker apa suami anak-anak nak makan malam nanti. Teringatlah iklan KFC yang bini penat balik kerja, suami bisik-bisik kat minah drive-thru taknak bini terjaga (takut order lebih padahal). Aww so sweet, so happy family. Terus capai talipon bimbit “Abang nanti singgah beli Variety Bucket, ayang tak larat nak masak”. Che abang pun reply “K”. Bergendang kau kegembiraan, terbayang nak menggodangkan badan dengan Kepsi.


 Bestkan cerita ini? Seronot betul. Betul-betul seronot. Seronot sangat sampai tak perasan dah segallon minyak masak kau telan. Tapi tak bestlah hidup kalau tak makan makanan bergoreng! Boleh, tapi berpada-pada. Apa yang kita boleh buat untuk kurangkan minyak dalam diet?


Pertama: Elakkan makanan bergoreng.
Alamak susahnya! Macam mana nak elak cekodok andai ia datang bergolek??! Bayangkan je cekodok tuh tersumbat kat arteri kau.


Kedua: Kurangkan minyak dalam makanan.
Mana ada roti canai tak guna minyak?! Ada, suruh aney tuh microwavekan roti canai kau. Kalau tak, datang kat Bukit Jelutong, ada satu mamak tuh suka microwave roti canai, cis!


Ketiga: Gunakan kaedah masakan sihat (kukus, rebus, panggang)
Beli pengukus, beli oven, beli periuk, tapi nak juga guna kuali kan?! Sampai itam-itam bontot dia. Jangan pilih kasih lagi, gunalah method lain untuk masakan anda.


Keempat: Pilih masakan yang menggunakan sedikit minyak.
Yang kari-kari sampai minyak terapung tuh takyahlah masak selalu.


Kelima: Apabila memesan makanan, minta dikurangkan minyak.
Ini tak, siap mintak kasi pedas, tambah telur goreng, taknak sayur (eh order maggi goreng lettew).


Keenam: Jadikan buah-buahan segar sebagai snek.
Nasihat paling bagus dan patut dipraktikkan! Selamat jalan keropok ikan, goreng pisang, char koi. Dan perut yang bunc…


Jom serbu www.gayahidupsihat.my atau layari Sihat 1 Malaysia di RTM2 untuk tips menjaga badan dan permakanan sihat dari celeb-celeb sekalian


67 comments:

  1. patutlah sista okeyyy badan ..^^

    ReplyDelete
  2. ehehe..itu la org M'sia..yg berminyak tu la yg jadi favourite..tapi, btol la ckp Hanis..mmg nak kena kurangkan semua tu..dah terbiasa mcm tu kan..ssh sikit la..tapi, kena cuba.. :)

    ReplyDelete
  3. betul tu hanis..tak goreng macam makan tu takde urmpp...ehh betul ke eje tu? hanis, jumpa u dekat wddg yr sis, sangat cantik.. kurus sangat ye u ni..

    ReplyDelete
  4. tapi memang susah nak elak makan bergoreng XD

    ReplyDelete
  5. mcm tau lak mama ngah nak diet.. tengkui ye hanis yg jelita..:)

    ReplyDelete
  6. menarik entry nie... memang kadang to susah nak elakkan makanan berminyak lai lagi kalu masak kena ikut selera orang lain ... nak masak pelbagai jenis tak larat la pulak,,,

    ReplyDelete
  7. sangat menarik cerita ni...=) bila difikir semula ader la juga sipi2 kisah daku...hahhaha...

    ReplyDelete
  8. wah,,, best,, insya ALLAH muja apply dalam life :D

    ReplyDelete
  9. Lawak la Kak Hanis ni. HIHI :)

    ReplyDelete
  10. haishhh...suka nak elakkan makanan berminyak macam ni....tapi kadang2 tu terbabas sungguh....

    ReplyDelete
  11. sedapnya cekodok bergolek golek!

    ReplyDelete
  12. wow, sungguh benar kata2 mu itu hanis.

    ReplyDelete
  13. masalahnya, yang bergoreng tuh la yang sedap...hewhewhew~

    ReplyDelete
  14. tima kaseh atas tips n nasihat keknis ni. brguna utk famili yg bkl dibina nanti..huhu

    ReplyDelete
  15. best betol jalan cerita dia...hehehe.... makan utk hidup dan hidup utk makan...

    x bleh nk elak makanan berminyak ni kan..

    ReplyDelete
  16. hahaha.. dah lama hanis tak buat entry gelak sakan macam nie.. kelakar, tapi banyak good info! baru nak cancel gi gym, lps baca nie, terus on balik gi gym..haihhh nyesal baca!! haha

    ReplyDelete
  17. Tips yg berguna tapi payah sikit la nak elak sbb dah terbiasa keh keh keh :')




    Orang Gaji Pun Manusia Juga

    ReplyDelete
  18. dah bole jadi nutritionist da hanis ni..ye dak? nnti bole keje sesame.. hehee


    http://fatihahanapi.blogspot.com/2011/12/pasangan-kenapa-saya-terlalu-memilih.html

    ReplyDelete
  19. perut yang bunc..ehehe..terase tau!

    ;p

    ReplyDelete
  20. tergelak aku bab cekodok tersumbat kat arteri tu..
    wakakakakka~

    ReplyDelete
  21. Yg penting kena rajin bersenam, boleh bakar sedikit kalori yg disumbat ke dalam badan...

    Tajuk entri terbaru di blog JR: "Senarai 10 Berita Terhangat Malaysia 2011"

    ReplyDelete
  22. It's funny how we're being told to look at artists to see what 'healthy living' is. pdhl they don't know squat about it, not having a background in nutrition/dietetics.

    ReplyDelete
  23. btol lah..tak prasan pun rupanya hari2 telan minyak dgn banyakkkk..
    its healtier if we can change to olive oil..tapi quite expensive lah kan.huhu

    ReplyDelete
  24. wa.. ni msti d praktikn nie..da retis yg bg tips...

    ReplyDelete
  25. Minyak. Big problem I tu woo! :D

    ReplyDelete
  26. Sumpah lawak. Desway lah aku mengidolkan HZ dalam blogging ni. Bukan sebab dia lawa. Dia punya ayat tersusun terbaik. SERONOT MEMBACEWWW. BTW happy to met you that day Hanis =)

    ReplyDelete
  27. Betul tu! Tapi serius susah nak tahan nafsu dari makan makanan bergoreng especially ayam goreng McD T.T

    ReplyDelete
  28. walaupun saya tak gelak betl-betul, tapi post kali ni saya rasa sangat funny and enjoy. jarang baca post Hanis sampai habis..


    By the way,


    esok free tak? date jom. hiew hiew~

    ReplyDelete
  29. hahahahaha kelakar... tp mmg betul pun..

    ReplyDelete
  30. jom kita hidup cara sihat! yeay!

    last weekend kiteww nampak keknis dgn ehem ehem kat airport miri la. ehem ehem keknis tu pilot ye. hencemmnyeee!!!

    ReplyDelete
  31. so sweeet....amalkan gaya hidop sihat..minom air putih lebiyyyyyyyyyyy

    ReplyDelete
  32. 'Pisang Goreng' la sayang. hehe!

    healthy snack cum jajan tu > mahal drpd kopok lekor..

    ReplyDelete
  33. nonono.. minum minyak is teh new milkshake

    ReplyDelete
  34. aahaha seriously babe,i love your writing..sempoi gilak!

    tp betul laa..mmg seharian kita tak boleh nak lari daripada minyak ni..nk kukus tu boleh tp ape je rasa?hihihi..;D

    ehh bila nak upload pic kekna?

    ReplyDelete
  35. bestnya citer u kaka hanis..haha!Love it!!!Memang macam nie lah selalunya orang kan..buty saya kalau makan apa2 bergoreng,lap minyak dulu ngan tisu ke..haha!konon nak jaga badan:)but mmg x minat ngn benda bergoreng:)

    ReplyDelete
  36. susah jugak la. sebab makanan kat malaysia ni kebanyakkan semua berminyak. hadoii, gmeok, gemok. hehe =)

    ReplyDelete
  37. betul bagai dikata. kadang kita tak sedar berapa byk minyak dh kita telan kan.

    ReplyDelete
  38. hurmmm info yg bagus erk..tapi,kebanyakan mknn ad minyak..aduh..ceyne..

    ReplyDelete
  39. Hik hik hanis.. Cute penulisan anda. Terhantuk batang hiding..

    ReplyDelete
  40. ptot lah org korea punya bdn cantik kan?dorg x suka sgt mkn mknn b'goreng..huhu

    ReplyDelete
  41. Nak energetic every morning and kulit glowy at the same time, cubalah miki Prune Extract! A surgeon baru beli 25 botol Prune lps makan sesudu Prune a night before! Kalo malas breakfast, sesudu Prune pun bagus!

    ReplyDelete
  42. waduh..waduh. camne nk elak terus makanan berminyak. Yela kita bukan nak elak terus pun kan, cuma hadkan pengambilan nye. pandai2lah fikir kesihatan sendiri.

    ReplyDelete
  43. makanan berminyak n berlemak! baru la Malaysian babe.. Hehe..

    ReplyDelete
  44. actually minyak msak paling baik.. minyak sawit malaysia paling banyak khasiat! cuma bila digoreng dgn daging or ayam, daging tu yg kluarkan minyak jadi x sihat! so blogger, jgn salah fakta k... Ini diakui oleh kajian ahli kimia Malaysia! org luar dah racuni fikiran kita dgn fakta sebaliknya coz nak untungkn minyak lain..

    ReplyDelete
  45. siyes sy suke mkn minyak. .x gemok2 pon..kuwus ade ah..hehe

    ReplyDelete
  46. guna minyak zaitun dlm masakan..elok utk kesihatan..tpkan bila i masak..i pn tak pakai minyak zaitun..

    ReplyDelete
  47. Hehehe..yeah bukit jelutong area bomba tu kan?..lg satu ramai x taw..uli tepung dia pakai kaki..ntah la btl ke x..kabar angin kot..huhuhu

    ReplyDelete
  48. haha..never realize diz until somebody mention bout it. recently sy makan oat a lot sbb weight dah naik. hoping it will help reduce my weight huh..

    ReplyDelete
  49. VERY TYPICAL FOODS.BENDA GORENG2 WHATSOEVER.EWW

    ReplyDelete
  50. this entry seriously is lawak and ada info berguna. good. i like ur writing la hanis.

    ReplyDelete
  51. hahahaha...

    lawak gila k..aritu ada baca entry ni nis,tapi kelam kabut baca..

    harini baca balik..

    dari atas senyum2 je..gelak sowang-sowang...

    hew hew hew...pinjam gelak jap...hahahaha

    tapi berguna la info ni..mmg dah kurangkan makanan bergoreng..tgok minyak pun semacam jer...

    ReplyDelete
  52. terasa macam diri ku sahaje..hahahah
    bagus sangat entri ni...motivasi versi lawak :)

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!