Wednesday, May 16, 2012

Apakah Superpowers Seorang Emak?

Mama tengah masak semur. What in the world is semur omg, kalau sumur tahu lah, sebab bila ada dia kita boleh tumpang mandi dan berjumpa lagi.

Begitu tekun Mama masak semur, sambil diamati oleh Hanis (guna perkataan 'amati' supaya tampak critical walhal menenggek kat counter dapur tuh sambil makan keropok Cap Ikan Mas). Ku lihat, satu persatu dia campak rempah-ratus dari botol-botol kecil tersusun rapi tepi dinding yang tak pernah ku sentuh langsung (haram nak sentuh, asyik duk masak lauk minimalist macam paprik dan sambal sardin).

Aku terus jadi kucing. Sebab kucing adalah curious. Aku pergi ke arah Mama dekat dengan periuk *sambil buat muka kucing kunyah kopok ikang*, dan tengok rempah-ratus yang dia campak tadi. Wah banyaknya jenis, banyaknya bentuk-bentuk asing tak pernah ku lehat. Aku tunjuk satu-persatu Ma ni ape? Ma ni ape? Ma ni ape? Sambil ulang-alik ke sinki ke dapur ke sinki ke dapur, Mama jawab semua soalan kucing annoying nih. Tanpa mengeluh, apatah lagi menghalau "Eh tepilah Mama nak masak!" (never been uttered by Mama, ever) Mama melayan aku. Aku tersedar, wow dilayan macam anak kecil ler pulok aku nih. Sukanya! Macam iklan burung murai Petronas.

Sebelum Mama sempat masukkan rempah terakhir, Mama picit biji rempah tuh dan kata "Hanis nak bau yang ini?" "Mmmm bau dia macam benda terbakar" "Nama dia Black Cardamom" "Oh laah Digimon rupanya yang terbakar".



I love you, Mom.

57 comments:

  1. digimon? hehe... good one hanis- selamat hari ibu and selamat hari guru - peace ^^,

    ReplyDelete
  2. semur tu ape ye hanis? x pernah dengar dan x pernah tahu pula...

    ReplyDelete
  3. mesti buat post ni sempena hari ibu kan <3

    ReplyDelete
  4. mesti buat post nie sempena hari ibu kan?

    ReplyDelete
  5. my mom also did the same. she just throw every inside then it's done. what a sperpowers :)

    ReplyDelete
  6. 1st time dgr nama herba tuh,,biasala org xpandai masak,,hehee

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. sweet!..but being a mom...answering lots of question from 3 kids could be verrrryyyy tiring!...rasa macam nak jammed mulut ni menjawab soalan okeh! :P

    ReplyDelete
  10. mom,always been nice to us :)

    ReplyDelete
  11. Hanis!

    Masak semur = kicap tapi ada tambah santan and lots of herbs!

    Betul tak?

    Semur masakan jawa and sangat femes kat Johor.. :D

    ReplyDelete
  12. ibu selalu mcm tu...mana penah penat layan kita kan kan kan

    ReplyDelete
  13. salam kenal dik..

    Sabtu lepas terserempak adik kat d'Curve.. mak aiiii.. tinggi melampai.. comel..

    ReplyDelete
  14. setuju sangat..
    really miss my mom..

    ReplyDelete
  15. hahahahaha comel je tau hanis nih! orang ckp cordomon die cakap digimon!hihihi

    ReplyDelete
  16. Nice entry..tapi tak di bagitau pulak ape itu semur..I thought u salah eja..'semut'..tapi rupanya memang semur..(pun still tak tau what is it??) sedap ke??

    ReplyDelete
  17. harap mak je masak? cik hamis bila plak nak masak?? :P

    ReplyDelete
  18. comel je. ehh?? kak hamis jalikha x nak buat novel ke?? mesti best.

    ReplyDelete
  19. nice and cute one hamis jamika hehe

    ReplyDelete
  20. nice and cute one hamis jamika :)

    ReplyDelete
  21. Haha , untung akak ada mak sporting .Love your writing btw sis !

    ReplyDelete
  22. Semur? Ok inche google tolong jawabkan... :p

    ReplyDelete
  23. ish ish pokemon betul citer hanis ni...hahaha

    ReplyDelete
  24. black cardomon tu nama melayu dia apa? codomo lion saya tahu lah.

    ReplyDelete
  25. bca crta memg tw dah cmna hanis buat..haha.... pa pun mak yg bek lah..bila lgi nak gnti mak masak semur?? pdahal ak sndri tak tw pa tu semur....

    ReplyDelete
  26. Tukang masak kerejanya enteng, enteng tu hape? Semur tu ape?

    ReplyDelete
  27. ma u mesti sorg chef yg berkaliberkn..

    ReplyDelete
  28. MAMA nak perkenalkan rempah ratus kat Hanis lettew :p

    ReplyDelete
  29. Agak2 bakat masakan mak tu diturunkan ke miss hanis x??

    ReplyDelete
  30. Ur mom loves u,take care of urself now.

    ReplyDelete
  31. Black cardamom?wow,what a meal.reading such writing makes me feel of going back home and enjoys 'semur'.spices...

    ReplyDelete
  32. burning digimon??? dem!;-p

    ReplyDelete
  33. Love this entry.. Nak jadi like your mom when treating my kids :)

    ReplyDelete
  34. nice..walaupun tak paham apa-apa pun..

    ReplyDelete
  35. ni mesti kaki digimon zaman muda muda dulu ni

    ReplyDelete
  36. samalah..mama i pon x penah nk halau i, bila kacau2 dia time masak... makin la dia suka ada org nk kacau2 dia.. hewhewhew... tp i lak x suka org kacau i tgh masak..even i dah pun jadi mommy skrg bila my daughter i umo 2 thn tu dtg dekat dapur nk kacau i, i suruh dia main2 kat luar.. i suka dok sendiri2 kat dapur..

    eh! hanis.. u sangat lawa..:)

    ReplyDelete
  37. burung apaa?? burung muraiii.
    burung apaaa?? burung murai sayang!

    ReplyDelete
  38. oooohhhh~~~ u make me wanna cook semur for tomorrow...already drolling!!!!!

    ReplyDelete
  39. ohhhhh~~~hanis, u make me crying...dah lama tak masak ayam semur. okeh esok jugak masak!

    ReplyDelete
  40. Black Cardamom tu bukan ke buah pelaga? rasanya laa...

    ReplyDelete
  41. ibu jarang mengeluh bila masak untuk anak..

    ReplyDelete
  42. ibu jarang mengeluh bila tiba bab memasak

    ReplyDelete
  43. Salam Hanis... Saya nak minta izin letak link Hanis kat blog saya yer... Kasik halal yer... :)

    ReplyDelete

No proper ID, no proper comment, down you go the freaking spam drain. Receiving happy vibes!