Okay-okay teruskan dengan maksud tahi lalat di muka mengikut pandangan orang cina. Ada yang ridiculously specific maka saya malas nak bagitahu sebab nanti ada yang eh dosa ini semua tahyul etc. Maka saya akan pilih maksud2 yang general dan berkaitan dengan personaliti sahaja. YANG TAHI LALAT KAT BAWAH BIBIR BERMAKSUD SATU HARI AKAN MATI KERACUNAN MAKANAN SEMUA I TAK INCLUDE SEKALI TAU. Okay kita mulakan.
CUBA PEREMPUAN INIH PERGI KAT PENILIK NASIB TENGOK DIA NAK PREDICT MACAM MANA. HAHA.
Okay okay fokus. Hish Hanis nih dari tadi main-main.
Tahi lalat di tengah dahi: Macam yang orang Melayu percaya, kalau ada dua pusar di kepala, orangnya degil. The same applies to tahi lalat di tengah dahi. Orangnya degil juga. Tengah dahi je tau. Yang sipi-sipi dahi tuh takyah nak emo.
Tahi lalat di antara dua kening (bahagian nande'): Orang yang selalu tak berfikir bila ambil tindakan. Susah nak hidup bersama orang sebegini.
Tahi lalat atas kening: Susah nak berjaya secara kewangan kerana cara dia dibesarkan. INI TAKYAH PERCAYA. SUKA-SUKA HATI JE NAK CAKAP MACAM TUH. Kan boleh usaha dan tawakal :)
Tahi lalat tepi mata (ekor mata): Gentleman! Lemah-lembut dan dahulukan perempuan. Dan seksi. Dan dan. Okay ya Hanis semua tahu tahi lalat tepi mata seksi jangan nak gatal sangat.
Tahi lalat di kening (dalam kening, celah-celah bulu kening): Pandai, bijak dan artistik. Bertuah dalam soal kewangan. OKAY SEMUA CHECK BULU KENING MASING-MASING SEKARANG.
Tahi lalat di hidung: Tak kira di mana part of hidung pun, selalunya maksud tak berapa nak elok. Tapi sebab bukan boleh percaya sangat benda ini pun, so malas nak elaborate.
Tahi lalat di dagu: Sentiasa bergerak. Aktif.
Tahi lalat di bawah mata: Selalu risau tentang anak-anak. Hmm nak kena check nih, nenek ada tahi lalat bawah mata ke tak.
Tahi lalat di telinga: Berpendidikan, berakhlak mulia dan sangat bagus. Macam susah je kalau nak check semua calon isteri ada tahi lalat di telinga ke tak.
Rahsia dan maksud tahi lalat yang kelakar dan tak masuk akal. Haha mulanya taknak sertakan sekali. Tapi sangat tempting tahu!
Tahi lalat di bawah bibir/bawah mulut: Akan mati keracunan makanan. Baik korang makan kat rumah mulai sekarang. Order McDonald Delivery tak termasuk dalam 'makan kat rumah' eh.
Tahi lalat di antara mata dan kening atau kelopak mata: Selalu bergaduh dengan ahli keluarga. Bernasib malang dengan kewangan.
Tahi lalat di atas mulut (bahagian misai, tengah-tengah): Tidak akan dapat ramai anak lelaki atau menantu lelaki.
Tahi lalat di tepi bibir: Kalau seronok berpesta sangat, akan ditimpa malang. HA TAKOT TAKOT TAKOT.
Tahi lalat di garis anak rambut (hujung2 dahi): Harus berhati-hati apabila mengembara ke luar negara. Yang nak jadi pramugari pramugara pilot jadah tuh semua, delete application sekarang.
Tahi lalat di antara hidung dan mulut, tetapi sebelah kiri atau kanan, bukan tengah: Akan mempunyai masalah kaki dan harus berhati-hati selalu supaya tidak lemas. Jangan hantar anak anda pergi berenang dengan orang ini.
Itu dia tadi, maksud tahi lalat di muka. Mungkin di entri akan datang saya akan membebel tentang tahi lalat di badan pula (tengoklah sambutannya). Tapi tahi lalat di badan yang bahagian depan biasanya membawa maksud baik, tuah dan bagus. Di bahagian belakang badan pula sebaliknya.