Friday, September 28, 2012

Hujung Minggu Gayaku

I will let you in on my usual weekend at home. Kenapa saya selalu hilang di waktu-waktu hujung minggu. Rempeyek, family, dan Astro First.

Kekna my eldest sisterlah yang bertanggungjawab menyatukan kami semua di hujung minggu. Dia akan make sure semua orang aware akan movie yang dia nak langgan untuk 48jam. “Hanis, Sabtu nih jom Khurafat (jom tengok Khurafat, bukan jom percaya benda bukan2)” Dan kami adik-beradik emak bapak suami pun akan bergelimpangan depan televisyen dengan baju tidur, muka tepek bedak sejuk, bantal busuk besar dipelukan dan snacks bertaburan. The way we should really enjoy movies :’)

Masa inilah adik-beradik nun jauh di sana (semua lelaki sekolah asrama penuh/duduk kolej) dan yang busy berpanjangan (yang perempuan dah bekerja, all three of us Kekna, me and Alisya. Yerp, Alisya kalau tak kat sekolah mesti ada shooting/recording Berita Adik atau Yaya Boboiboy, amboi) dapat bersama gelak-tawa jerit dan tangis bersama ibu bapa tercinta. Malahan kucing-kucing juga tidak ketinggalan untuk berdekah gumbira.



 So far yang I ingat, kitorang dah langgan Khurafat (favourite!!!), Al-Hijab (best ever) and Sumpahan Kum Kum, ya nampaknya memang kami suka cerita seram. Eh, diorang jer suka, I kalau tengok mesti through jari-jemari jer, tapak tangan telekap muka. Lopek lah kau Hamis!!! Oh pastu pernah langgan Ombak Rindu sekali. Untuk mak dan bibik -_-

So……. Astro First (Ch 480) bawa local movies ke rumah kita and now, Astro Best (Ch 481) is here untuk bawa international movies ke rumah kita!!! Seawal 3bulan after it is shown in theatres! I dah nampak Hunger Games kat iklan hari tuh. Woot!


 As seen on channel 481, Astro Best.

Satu movie/48 jam/12tayangan Cuma RM10! Harga tiket wayang untuk sorang kot! Kalau kat wayang takleh kuak lentang/bincang plot kuat-kuat/angkat phone/jerit NAK REMPEYEKKK. Kenzzz, you’re welcome.

Korang yang takde Astro mesti sedih, promo ini takde kena mengena ngan korang. SALAH SAMA SEKALI! Tahu tak asalkan ada Facebook, korang pun boleh langgan Astro movies! Takde alasan lagi korang kat kolej/rumah sewa etc takleh tengok Astro. Dengan Astro First di Facebook app sambil tengok movie, siap boleh chatting ngan kawan Facebook.




Untuk maklumat lanjut tentang Astro First, Astro Best dan Astro B.yond VOD, sila layari www.facebook.com/Astroworldofmovies .


Tuesday, September 25, 2012

Dua berita untuk anda semua!

Apa khabar?


Cerita dia sekarang macam ni... (berita pertama). Nampak tak bulatan merah pertama, dan bulatan merah kedua yang ada muka nak tercirit kat bawah ini?

Yang muka nak tercirit itu adalah Hamis Jalikha ketetel di belakang Awal, di belakang Scha. Dan bulatan merah yang atas itu adalah... FAIZAL FBI YANG CIS ROTI NAN CHESSE CAMNE DAH LAJU GILOS KAT DEPAN TAHULAH RAMAI PEMINAT DKSJZXCVIJSD SOBS SOBS.

Jadi, bantulah saya, sebab supporter saya berpeluang pergi roadtrip with me (Team Hamis Jalikha!) untuk kalahkan team diorang!!! Kita ada 5 hari saja lagi untuk mengundi SETIAP JAM untuk tolak saya ke depan. Lagi kerap anda tolak saya, lagi tinggi peluang terpilih pergi roadtrip dan menang RM10k. Seronottt!

Application racing ini terdapat di Facebook Petronas, sila like dan berlumba https://apps.facebook.com/virtual-race-two/ tolong kalahkan mereka.

Beralih ke berita kedua.


RABU, 10.30 MALAM, TV9 (ASTRO 119). Seronok sebab saya dan Yasmin discovered satu benda yang dah lama wujud di Sarawak, tapi just recently jadi fashionable ya amat! I feel like going back and borong!!! *sesal, beli dua sahaja*

Thursday, September 20, 2012

GUESS Jeans, always my kind of jeans.

I think it’s no longer a secret of how much I loooove GUESS Jeans. Everytime orang tanya babe jeans you beli kat mana? OMG GUESS JEANS, OMG YOU KENA TRY, CUTTING DIA CUN SUPERB AMAZING- Unleashing inner sales promoter in me. Jarang sekali beli jenama lain, jenama ini memang suits me best, dengan cutting dia yang panjang, fit dia yang cantik, and variety of washes that I get to choose from yang merambangkan selera. Now, they are giving me more reasons for me to love em even deeper. GUESS Elevated Denim with back pocket details and buttons. 


At first diperkenalkan dengan design ini, I was like uhh isnt that too flashy? Glittery bottom lols jinjangs lols. Tapi bila dah pakai… alamak tersuka ler pulok. They kept the signature triangle logo and added little bit of bedazzled twist!




Styling these 4 different type of jeans? Challenge accepted!



Look 1- Casual look dengan GUESS Elevated Denim in straight cut, jalan-jalan gi pasar tapi tak takut terserempak saper2 sebab tengah fabulous. 




Cute handbag to match!



Look 2- Party like a rockstar… young moneyh! *tiba-tiba*




Styled with GUESS Elevated Denim in Cigarette!


Look 3- Glam biker chick with GUESS Elevated Denim in Skinny, bike jer takde, muka mintak tumpang.





Girlish glittery clutch to match!


Look 4- After-office look with boot cut jeans. Dah punchcard, dah tukar seluar, terus gi tengok wayang pastu makan kat Chili’s dengan si dia jap. Eh cam kerja kat KLCC jer ni.



Big casual orange handbag to add pop of colour!!!


 Itulah cerita dia… kalau tak pernah try lagi GUESS Jeans, silalah cuba dan bersedia untuk tidak berpaling ke jenama lain. Kalau memang peminat GUESS Jeans, masa untuk tambah koleksi! Ehem.



I will be giving away 2 pairs of GUESS Elevated Denim Jeans worth RM799 to 2 of my lucky readers! All you got to do is just show how you do denim and upload a photo of yourself in your favorite pair of GUESS jeans.



Instagram, Facebook, Twitter semua boleh. As long as you upload your photo with the hashtag #GUESSJEANS on https://guess.olapic.com/1703438740


Lepas upload, silalah tinggalkan photo permalink kat sini. Goodluck!




Wednesday, September 19, 2012

Singapore Travelogue / Shopping Guide

Singapore is one crazy place to be. Eventhough the currency is doubled the RM, you can still shop like crazyyy (trust me, I was mad), if you know places. And my partner, *definitely* knows places!


Qiu Ting / Qiu Qiu (you'll hear me call her with either one of these names throughout the episode) is a Budget Barbie. She has her own show of budget shopping in Singapore on clicknetwork.tv. WHAT IS THIS?! PERFECT SHOPPING COMPANION OR WHAT?! And despite all the vanity and narcissism in her writings, she is one humble human being. I was quite taken aback on how much she was willing to sacrifice for the show (hari pertama kami shoot dua segment sebab jadual berubah, jadi kami perlukan dia dalam baju lain. Terus dia cari dress nak beli di tempat kami shoot itu. Dan tempat kami shoot itu adalah boutique mahal! Self-less sangat, asalkan the process goes smoothly. Kemudian salah kami (first time shoot overseas), terlupa nak beritahu yang TV9 tak allow sleveless. Tanpa tanya apa lagi, dia cari kedai dan beli scarf untuk melilit bahunya. Dia tak kisah pun scraf itu akan tak sesuai/ merosakkan the whole look she has put together. Pastu I nak bayarkan scarf tuh pun dia tak bagi. Langsung tak bagi, tolak terus my tangan. And then for the last segment, kitorang shoot pada hari dia buka blogshop kat festival. Hari yang dia PALING BUSY. Tapi dia willing jer! Siap mintakkan organizer allow the shoot to take place nak cover event tuh. Dan dalam sibuk2 dia menjual barang, dia siap kumpulkan SG celebrity bloggers yang lain untuk bawa I pergi makan! Dan akhirnya bila dah habis shooting, token diberi dalam sampul, dia langsung taknak habis-habisan. Dia kata dia memang nak buat benda nih ikhlas dan tak perlukan bayaran. Dia ni angel ke apa?!)

I tulis dalam BM sebab diorang tak paham Malay langsung hahahaha takpe Google Translate pun sure tunggang-langgang ayat. Maka... imagine kerojakkan bahasa untuk episode ini! I had to speak to Qiu Qiu in Eng, when I turn to the camera, I *almost* immediately cakap Malay pula for TV9 audience. Akhirnya paling senang, I just cakap both Eng Malay, just like how I do here, and in real life. Kalau nak dengar saya cakap proper Malay without rojak sedap, silalah tonton Panorama TV1. Ooops, dah terlepas lama dah :P


FUN NIGHT OUT WITH ERIC, QIU QIU, SOPHIE AND YUTAKI! FOLLOW THEM ALL! Very informative and entertaining blogs! Just like them :')



IT'S TONIGHT!!! WEDNESDAY NIGHT, 10.30PM, TV9 (ASTRO 119)

Monday, September 17, 2012

Pelamin Last Minute

Wah kelas tajuk novel kau Hamis. LOLS.

Babak 1
Aida nak bertunang!!! Aida? Aida si budak braces kelas account tuh? Aida si anak owner Aida Tom Yam Seksyen 6 tuh? Ya, Aida kawan baikku, yang dah 4 tahun kenal melalui Ein, kawan paling baikku. Jadi kami macam dah jadi geng. Geng kawan-kawan baik, berlima semuanya. Ada Hamis Jalikha, Ein, Aida, Asya dan Liana. Kadang-kala, Mera, adik Asya pun join geng ini.

Bila tahu Aida nak bertunang jer, semua pakat kumpul duit nak pergi island getaway untuk berparti bujang. Jadi Aida haruslah buat majlis tunang paling minimalist sekali bagi save cost. Tapi secara tiba-tiba, lagi beberapa hari majlis tunang nak berlangsung, dia jatuhkan bom tangan berbunyi "Weh, aku rasa nak sewa pelamin. Dalam RM400". "Puiiii mahal"- kami beramai-ramai berkoir dalam hati tanpa pengetahuan Aida tatkala mendengar niatnya.

Malam itu, aku rancak berWhatsapp dengan Aida, sungguh-sungguh halang dia sewa pelamin. Aku cakap, pelamin tak penting, cuma nak sarung cincin. Asalkan background lawa untuk gambar dah okay. Even Kekna my sister pun sarung cincin di kamar saja! Hujahku keras, macamlah RM400 tuh guna duit aku. Yang paling seronok cakap dengan Aida nih, dia senang terpengaruh. Pastu susah nak buat keputusan sendiri. Jadi kalau kena basuh, memang bersih berkilat. Dia setuju tak sewa pelamin. Sebab? Sebab aku janji nak buatkan dia pelamin mini.

Aku dan Ein pun beria cari gambar pelamin kat internet, khas untuk inspirasi Aida. Nak yakinkan dia, kita pasti boleh buat kalau kerjasama (dah macam speech pengetua sekolah). 

Mampu ker?!

Yang paling penting, backdrop langsir putih. Checked, aku curik langsir bilik adik-adik lakiku. Ein cabut dari hall rumah dia, sekarang tengah togel tak berlangsir. Ika (sepupu Aida) pun sumbang sekeping dua. Jadi langsir dah setel, siap ada tiga pilihan lagi. Pilih kak, pilih.

Kedua, tempat duduk. Sebabkan hanya majlis tunang, takyahlah duduk atas kerusi bagai. Pinjam jer bantal besar Kekna beli untuk living room rumah dia ngan Boiri yang belum wujud itu. 

Ketiga, bunga. Bunga aku cadang kat Aida pakai bunga segar. Tapi dia degil mula-mula. Dia nak bunga plastik supaya tahan 237juta tahun. Berbuih mulut (ew) nak convince dia bunga segar is the best. Last-last dia setuju. My beloved Daddylah yang rajin ke Petaling Street beli bunga segar, melayan kerenah anak dia nak buat pelamin mini untuk bestfriend.

Akhir sekali, pasu untuk bunga. Ini saja yang takde. Jomlah ke SSF Sri Damansara.



Kalau nak tahu mana Aida, dialah yang baju hitam, berdiri pantau orang pasang pelamin macam bos tauke Cina tuh (dia memang half Cina so jangan bising).


Babak 2
Pelamin dah siap. Walaupun tak semegah, asalkan ada backdrop nak sarung cincin, dah cukup (kata-kata penyedap hati). Malam esoknya, bincang pasal make up pula. Aida memang dah tanya awal-awal whether aku boleh make up kan dia. Of course boleh, bestfriend kot! Lagipun, aku yang beria nak dia cut cost kat pelamin tadi, so aku pun teruskan 'semangat berkira'ku dengan offer diri sebagai make up artist supaya dia tak payah bayar mak andam. Tup tup Aida bagi aku gambar nih suruh buat rujukan...

.
.
.
.

Hoi. 


Hari kejadian...

Barang make up serba daif milik diri ini. Aku bukan jenis yang bermake up, tapi adalah koleksi barang untuk tepek wajah andai ada shooting atau event. Koleksi yang sangat kecil... satu bedak... satu pemerah pipi.. satu celak... semua serba satu LOL. Terima kasih kepada emak yang pinjamkan foundation dan gam bulu mata.


I love this candid hahahaha! Mak andam busy... Busy hal lain.


Hasilnya... my baby girl Aida.


A very simple make up by me. Macam Kiera Knightley kan... part mulut terbukak nampak gigi dua batang tuh.



Sebab Aida nih baik, lemah-lembut disayangi ramai... even sanggul dia pun kakak ipar dia belajarkan kat Youtube untuk buat. Thank you Husna! Your Youtube sanggul complemented my make up for Aida.


Babak 3
Menunggu waktu.

Daymmmm girl, you're getting hitched?!



Hari yang gembira dengan kawan-kawan baik... tapi tak lengkap kami berlima :(


Skype session with Liana Khairul (jauh di Oz)!!! Love.

Selesai sesi Skype, kami kembali bernervous bersama Aida. Ika (sepupu Aida) ulang-alik dari luar bilik ke dalam bilik, mencuri dengar pantun demi pantun terbalas bersulam gelak-ketawa, menyampaikan inti pati penting buat Aida. Makin dekat mereka capai kata sepakat, makin dekat kami turun ke bawah.






Babak akhir
It's time...



Berpeluh-peluh Ein and Asya kembangkan bunga yang belum mekar nih untuk digubah pada pagi itu jugak.



My beautiful Aida.

Dan inilah gambar yang penting sangat tuuuuuuuuuuuuh...
.
.
.
.

Yeay! LOLOLOLOLOL. 
Kekna, it's your bantal in the photo, are you prouddddd? And that's my bedside lamp. You did a good job, lamp.


Alhamdulillah... lancar semuanya. Selesai satu peringkat. Aida kini tunangan orang :')



Ein and me.



Once in awhile kena tonyoh.


Yang paling comel? Kitorang tahu Aida buat baju simple untuk pertunangannya. Kami terus tinggal kebaya liplap gemerlapan dalam almari dan pilih baju kurung pakai pergi kuliah untuk ke majlisnya. Hahahahaha!




Wednesday, September 12, 2012

Maria Elena is Mad

TONIGHT!!!


I am right now shooting in Hong Kong, so please please catch it for me yeah? My guest host is none other than... The super witty Maria Elena! Happy gila dapat THE Maria Elena for my first episode sebabnya, I kan masih baru lagi and ini first episode ever for me to shoot. I perlukan orang yang boleh keluarkan the real me, instead of malu-malu meow me. Oh God, I love you noks.


Mad Markets 10.30pm TV9 yeahhh!

Monday, September 10, 2012

Mengacarakan Mad Markets di TV9 pulok?!


Pada suatu hari, I received a text suruh I pergi casting dekat Primeworks Sri Pentas untuk a hosting job. Well, I memang teringin gila nak jadi host. Dari dulu (lepas SPM) I nak jadi host sampai I cakap kat my mom I nak study kat negeri omputeh supaya fluent sikit cakap English (kalau berhabuk bersawang lagi bagus), boleh jadi VJ dekat channel V ker… Channel E ker… Camtu sekali berangan.

I like hosting because you get to be yourself (unlike berlakon kan cam kena jadi orang lain pastu uhhh awkward moments). I always catch myself watching Jalan-Jalan Cari Makan and tak sengaja terpiker… Ek elehhhh I can do that (Don’t lie, you do too sometimes). Seronoknya hidup jalan-jalan… makan… dan dibayar untuk cakap mmm sedap sedap sedap temui kami lagi minggu depan di waktu dan hari yang sama. That is THE life that I wanted.

Tapi waktu Primeworks approach I tuh, awal tahun ini, adalah waktu where it’s no longer a dream job, I pun tak confident dengan kebolehan diri, I just finished my diploma and nak teruskan degree. Business pun dah start, nak asah bakat dan timba ilmu saja lagi untuk jadi lebih berjaya. Aim sekarang cuma nak jadi businesswoman. That’s it. So I piker lama… nak pergi ker casting kat Sri Pentas nih? Hmm.. untuk TV9 plak tuh. Bukannya Channel V… (amboi kau Mak Jemah)

PLUS I HATE CASTING (casting nih macam auditionlah). I tak suka knowing that you kena fight for a job with ramai lagi yang talented and berpengalaman. Like if you want me, bagi jelah job tuh, takyah casting-casting. Sedih tau camni, dah beria casting pastu taknak kat kita hmph. Basically, I fear rejection. So everytime orang kata hey, we’d like to invite you to a casting session, I akan immediately dalam hati “takpelah, thanks”. Menyombong jauh sekali, lebih kepada tidak yakin diri.

So I pun dengan niat nak tolak cara baik, I tanyalah pukul berapa casting tuh, kalau busy at least ada alasan tak pergi kan. I texted “Hi, may I know what time is the casting session. If it’s an open casting, let me know what time it starts and sampai pukul berapa habis TQ”.

“Hi. Actually, you can come whenever. Basically it’s just you, the client wants you. So let me know what time you’re free for us to cast you.”

YOU CAN COME WHENEVER. COME WHENEVER. WHENEVER. Shit. There’s no way out.

Dengan rendah diri dan berat kaki, daku tiba di Sri Pentas, naik office Primeworks tingkat satu. Jumpa producer bernama Saiful dan Cheryl yang selama ini in contact with me. Pastu diorang dah cerita-cerita pasal konsep show ini, I macam, oh God whyyyy… kenapa aku terjebak nihhh… mesti orang gelakkan sebab lame-ass tak reti hosting… pastu takde siapa tengok cerita tuh pastu diorang nyesal pastu… oh well… it’s their fault siapa suruh nak sangat ambek si tak berpengalaman Hamis Jalikha.. takpelah buat jelah if the money is good… biaq pi situ outcome dia…hahahaha *gelak kejam dalam hati sambil ketar-ketar pegang skrip*

I ingat lagi there’s the bubbly Ina sebagai konon2 my guest untuk the show, Amin the cameraman/asst producer nak tape my casting session, haduh… all these strangers and here I am have to pura-pura mengacara. So I just buat jelah, mampus situ. Just be myself kengkonon. And it sucked. The whole thing sucked. Terlalu nervous. But they… are okay with it? Mesti nak sedapkan hati I kata I'm doing okay, and hati mereka juga. Padahal pasti terlintas di benak sanubari mereka “Ya Allah apesal client nak sangat budak ni hostkan Mad Markets?!!”. Sorry guys.

Akhirnya kata sepakat mereka adalah, Hanis Zalikha untuk Mad Markets. Gulp. They managed to convince me (yelah si amatur having second thoughts and all). They said they’ll train me don’t worry. Basically Saiful, Amin and Adlin yang beria kata boleh boleh jangan risau kitorang akan ajar sampai you jadi best. Sobs, aku tak best ker T_T Fine.

Dan kini… terhasillah Mad Markets, sebuah shopping travelogue di mana SAYA MELANCONG KE SELURUH ASIA UNTUK SHOPPING! I will show you all the good places to shop! Uhh..hello, shopping?! Dibayar untuk melancong, makan, dan shopping?! THIS IS THE LIFE. Alhamdulillah, dream job dah boleh tick dalam list cita-cita.

Well, this is my life now. Rabu ini I have to fly to Hong Kong for another episode, tapi Rabu ini jugalah first episode of Mad Markets akan disiarkan di TV9 pukul 10.30 malam. Tengokkan for me? Please?



Kalau nak tengok iklan first episode, stay tuned kat TV9! Atau tunggu my second update... sebab guest hostnya adalah...


*Rasa terharu baca komen-komen yang korang tinggalkan. You guys are so supportive, I'll do my best. Always*