:')
Wednesday, December 15, 2010
Tuesday, December 14, 2010
Resepi Lauk-Pauk Mudah
Nasi Lemak tanpa kacang for brunch. Saya tengah masak pastu perasan takde kacang tanah, jadi suruhlah Mama or Daddy tolong belikan sekejap. Tup tup dah selesai masak, saya call diorang "Hello mana kacang tanah?" hanya untuk mendengar jawapan "Oh Mama dengan Daddy kat IKEA ni" SABAR JELAH.
Little brothers tambah banyak kali sebab diorang ingat ni sambal Melaka. Padahal hanyalah sambal Nasi Lemak yang likat dan enak. Nak gak tambah 'enak'.
Skill potong telur rebus bukanlah ukuran kesedapan.
Hafiiz prepared a jug of lemonade for us! Thanks sayang.
--------------------------------
Sabtu lepas Kekna dengan boyfriend dia nak keluar bawa adik-adik tengok wayang. Sukati dia tiba-tiba, "Hanis masak breakfast, kitorang nak keluar" Kesian dahlah tak berjoli sekali, pastu kena kerah buat breakfast untuk diorang LOL.
Catuan makanan untuk keluarga anak enam.
I prepared Nasi Goreng, Kekna goreng drummet dan sausages. Ha, seb baek lepas dah siap breakfast semua Kekna tergerak hati nak ajak I sekali. Buat hal betul.
-------------------------------------
Ya emak memang betul. Dapur memang serabai selepas menyediakan Peria Goreng, Daging Dendeng dan Sambal Paru.Eleh kecoh gila baru masak-masak macam ni. Cuba buat Keindahan Tiga Tingkat tengokkk?! Hahaha okay resepi lauk-pauk mudah semua dari tak lain tak bukan, Surirumah Hebakk.
Monday, December 13, 2010
Cinta Tak Kosmik
Susulan dari Episode 1 dan Episode 2.
Pergh final episode siot. Penerbit takde bajet siot. Dah discontinue sebab rating penonton rendah siot. Just kiddingggggg! You guys have been loyal and sweet! Jadi final episode ini akan disusuli dengan unseen footage Hanis Zalikha 3GP. Pergh penerbit bikin sensasi sebab takde modal siot.
Sunday, December 12, 2010
My exam result

Semester 4 dalam kenangan. Look how pretty Farain is! Haha she wouldve killed me kalau tak edit XD
Apart from all this gratitude, nak ambil peluang to congratulate all who did well for their exams! You deserve it! And siapa dapat 4flat, you're my idol from now on.
Saturday, December 11, 2010
Hanis Zalikha's Puppy Love
Dipsy.
Dari dulu memang suka guna nama penuh, guna dua-dua Hanis dan juga Zalikha. Even name tag pun nak nama penuh tapi tak dapat. Yang kat atas ini pun kena marah sebab nak nama penuh tapi tak cukup space. Sanggup buang huruf vokal.
Saya buang huruf vokal, Halim.
Bersambung...
Friday, December 10, 2010
According to Google, I am 2010 Fastest Rising People?!
OhBulan! baru malam tadi tweeted to tell me that I am in the list of Fastest Rising People-Google Top Searches Malaysia 2010. I read it then macam tak percaya so I checked out the OhBulan! link, and another link and another link until it lead me to the Official Google Zeitgeist . Whaaaat?! *slap Shin Chan's bottom again*
Kalau korang taktau apa itu Google Zeitgeist, ia sebenarnya analisis yang Google buat setiap akhir tahun, untuk keluarkan statistik carian terbanyak di sesebuah negara. Semua carian dia akan kategorikan kepada orang, sukan, berita dan sebagainya. Saya tergolong dalam carian 'orang' terbanyak! Google Malaysia's Fastest Rising People *pengsan*

Please excuse my excitement, Ya Allah this is surreal! Syukur! Satu hari kalau ada umur yang panjang, bila dah takde siapa search, dah takde siapa hairan, dah kerepot, dah tua ganyut, bolehlah cerita kat cucu.. "dulu nenek masa muda-mudi bajet hot, ramai orang cari nenek kat Google"
Big thanks to all of you, my precious searchers and viewers.
Source: Google Zeitgeist.
Thursday, December 9, 2010
Cinta Monyet Hanis Zalikha
Kisah cinta saya pula bermula apabila dalam pada duk jual mahal (atau sebenarnya tiada siapa nak), akhirnya semasa umur tingkatan 5, kecundang juga dalam alam monyet di mana masing-masing, saya dan dia, tak sedar diri dua-dua muda lagi, kalau nak pergi dating pun sang monyet jantan harus minta duit ibu bapa hahahaha! Tiada siapa patut dipersalahkan dalam hal ini, tetapi adalah salah diri sendiri sebab tengok semua kawan dalam geng ada boyfriend, jadi peer pressure bak kata Fadhilah Kamsah *main petik nama-nama gah bidang psikologi supaya ibu bapa redha bela anak monyet gedik*.
Saya suka tukar-tukar sekolah. Sekolah menengah sahaja, 3kali tukar. Kalau nak kata ada rekod jahat memang tak ah, nerd habis. Nak ponteng pun cuak-cuak. Makan chewing gum dalam kelas pun dah kira perbuatan paling samseng T_T
Tahun terakhir untuk sekolah menengah saya tukar sekolah lagi. Di situlah segalanya bermula. Biasalah hari pertama sekolah, semua bikin sensasi eh mana budak baru mana mana oh itu ha *lalu-lalang kelas saya*. Budak baru.. biasalah.. buruk macam mana pun mesti dapat perhatian, semua orang usha, jadi kira hot ah buat satu hari itu. Masuk kelas, mata semua mengamati macam tak pernah tengok nerd perasan hot macam saya. Kuajo. Bila dah duduk tempat yang dipilih guru, saya pun baca buku. Suddenly, there he was..
candid picture I have talking to him on the phone.
Pakai flip phone lagi, jari pun bercincin melambangkan dah berpunya. Hahaha those were the days.
Bersambung...