Hawa: Hanis, kakak bilik aku tanya, kau tak pernah kena saman ke?
Hanis: Aku pernah jumpa kakak bilik kau ke? Kenal ke?
Hawa: Tak lah, dia tanya je. Aku cakap, setahu aku, tak pernah kena.
Hanis: Haha menjadi bualan ramai pihak barangkali, aku, sama ada pernah kena saman atau tidak. Jawapannya, tidak. *bangga*
Kakak bilik Hawa, setelah genap 2bulan berada di sini, akhirnya telah di tahan oleh pakcik jaga bernama Mohd Radzi. Atas kesalahan, rambut perang. I macam tunggu-tunggu juga sebenarnya, bila akan ditahan atas kesalahan rambut perang. Tapi pakcik-pakcik jaga yang senior semua rilek je. Mohd Radzi ini nampak agak muda, I doakan dia murah rezeki.
Dia bagi amaran je. Dia suruh masuk pondok dia, and bila masuk pergh sumpah daif pondok jaga ini yang diberi nama pos kabin itu, patutlah mereka suka duduk luar jalankan tugas, sebab sumpah kalau duduk dalam itu boleh jadi botak sebab boring gila semua papan. Kalau satu masa, andai ada orang cadangkan saya jadi MPP, saya akan mengusul rancangan meletak Astro dalam setiap pondok jaga, supaya anak-anak UiTM tidak dikacau. UNDILAH HAMIS JALIKHA (ceh nak kaut undi terus guna nama Jawa).
So procedure dia biasa, setelah diberi amaran, pergi ke Pejabat Keselamatan untuk menggutip kad matrik dari Tuan Guard Senior yang sangat pleasant. Siap tanya-tanya baru habis kelas ke etc. Baguih *tunjuk thumbs up*. Shika was right when she said "Ala kalau diorang panggil Hanis tuh, diorang nak autograph je".
Dan kad matrik.
Sigh tiba-tiba I teringat dengan hairdressers kat Wella. I dah pesan-pesan dah masa treatment session terakhir sebelum masuk UiTM, "Babe, I want to dye my hair blue black okay! So cute blue black! Some more in the place where I'm going to study, coloured hair is not allowed." To which she replied "Eh cannot, you cannot dye your hair blue black. Later we will have people from Tony and Guy coming down from Singapore to do a hair show. We will need you, if we colour your hair blue black, later hard to come off the blue black". Innocent me "But I wont be here anyway for the hair show, you gotta let me colour my hair blue black like I dont know which Sailormoon, but its very cute one!". The answer is still a no, until now T_T
Makanya, setelah ditahan Mohd Radzi, ia dianggap sebagai permulaan hari yang tidak berapa elok ya. Telah berbisik-bisik hati kecilku "Habislah Zamrud takkan menang malam ini". Tapi I tabahkan hati. Tengahari itu, I ketuk pintu bilik Al (I have a crush on her, kenapaa), mintak kompang untuk dijemur sekali dengan kompang I, YANG SANGAT LEMAU. Kompang Al tak lemau langsung, tapi dia nak jemur juga, so I tolong jemurkan alang-alang. Terik mentari hari itu, diharap dapat merangupkan kompang tercinta.
Dah lama sikit, macam dah agak rangup kompang kami, I messaged Al, "Beb mana kau?". Sebab I jemur dekat dengan bilik dia, (tapi boleh nampak dari tingkap bilik I, ditingkat 2) so ingat nak suruh dia angkatkan. Dia tak reply. So abaikan kejap. TIBA-TIBA HUJAN AKU TAK SEDAR HA AMBEK KAU LENJUN KOMPANG. AKU TENGOK-TENGOK KAT TINGKAP, KOMPANG DAH HILANG, CUMA NAMPAK DUA BULATAN KERING DI BADMINTON COURT YANG BASAH, MEANING SIAPA ANGEL YANG ANGKATKAN KOMPANG ITU PUN TAK DAPAT SELAMATKANNYA DARI KEBASAHAN. T_T "Zamrud takkan menang malam ini". DIAM KAU HATI KECIL.
Tapi sebelum I terpikir ada angel yang angkatkan, I dah macam sumpahseranah siapa curi kompang doh, pergh berapa nak kena bayar nih, pergh nak kongsi ngan Al ke tak bayar balik kompang, ala tapi dia tak salah, argh salah juga sebab dia tidur, ala tapi aku yg msg dia suruh tidur, uish sekeping kompang berapakah harganya agak-agak, dalam rm30 ada ke, eee baik beli topup dengan rm30 tuh. Ha macam itu lah lebih kurang, benda yang bermain dalam fikiran ku, dalam hati kecil pula masih benda yang sama, tak berubah.
Rupanya angel itu Kila sayang, yang pergi angkat baju dia, ternampak kompang dalam hujan, teringatkan muka gabra I, dan tolong angkatkan. I messaged Al, "Weh matilah kita". Tak reply lagi. Lama perempuan ini tidur. Tak jadi nak minat.
Beberapa ketika lepas itu, Al buat muka comel gabra depan pintu bilik I. I pun beri dia masuk. Dia pegang kompang, tak basah pun! Hanis menjawab, "Aku dah iron dah dua-dua". Tak tahu samada ini adalah skill bimbo atau skill domestik yang I telah picked up masa jadi model dulu. Iron kompang? Jalan jelah.
I tak bagi tahu Al, hati kecil I bisik apa sepanjang hari ini. I rasa hati kecil dia pun bisik yang sama. Makanya, I buat kan Al, Vico dan kami bercicah Hup Seng petang sejuk itu sambil duduk di meja berasingan dan komen sesama sendiri di Myspace. Al kata, I cepat sangat rapat dengan orang. I cakap bukan dengan orang je, binatang bangunan semua pun. Tak perasan ke?
Korang perasan tak? Bila masuk UiTM Segamat sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang sangat. Bila dapat Kolej Zamrud sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang sangat. Im easily attached to people/things/places/pets. But once something goes wrong, like I found out kawan I dah culture shock, socially retarded asyik turun club (dengan different guy every time pula itu), then its a byebye to you. Tapi yang easily attached to people itu, perempuan je eh. Ee gila murah easily attached to guys.
Malam pertandingan pun tiba. Kami dapat tahu, mic hanya 4 sahaja yang disediakan. My plan untuk letak mic dalam kompang tidak dapat diteruskan. Haha diam. Kompang lemau dan tak dapat mic, cukup lah, Linda Ong pun tak dapat selamatkan. Tapi I still berkobar, atas dasar, bila dah buat something, buat sehabis baik. So I told Al, "Weh yang penting kita have fun!" Al, "Habis kau nak nari-nari ah main kompang?" Hanis, "Itu mesti, boring ah nanti orang expect model je anggun, model main kompang je anggun. Blegh". Malam itu memang kami yang punya. Main kompang I belagak macam Fab Moretti, tak reti duduk diam (ceh asal Fab Moretti pula, hensem je suka, padahal Fab takde nari-nari gonjeng macam I, malu I), Al pandang I dia sengih, I pandang dia I senyum lebar-lebar. Dalam hati "Zamrud takkan menang, tapi I pula takkan ada lagi chance nak main kompang depan orang ramai, lebih baik enjoy sehabisnya". And I did.
Selesai segalanya, Al and I pergi beli air tembikai, dan terus pulang ke bilik tanpa tunggu result. Dah tahu dah pun result dalam hati, maka Al masuk tidur, esok dia ada forum, dan me? I went online :) (Tiba-tiba rindu gonjeng dance with my two favourite girlfriends, Lisa and Iz)
It was a wonderful experience and I will definitely miss every second of it.
Albaniah: Ala kau beli ah kompang satu.
Hanis:TAKKAN SAMA.