Siapa kawan dengan saya memang pasti akan melalui saat tensi yang amat sangat atas tahap keannoyingan saya. Orang yang paling arif tentang ini pastilah bekas teman sebilik iaitu Shika. Dia selalu bilang "Hanis nih annoying ar" sambil gelak sebab baru lepas dikenakan. Bahaha Shika do you miss me now and the laughters I brought into your life (-_-").
Dahlah saya selalu bercakap non-stop benda-benda tak relevan, memang nak kena.
Kini saya ganggu hidup mereka dengan mengesyor mereka buat kuiz How Well Do You Know Me di Facebook pula. Dahlah namakan kuiz tersebut "Hanis Zalikha's Random No One Will Get 100% Quiz That You Should Try" untuk mengumpan mereka kehkehkeh. Tapi kuiz itu memang rambang tetapi benar jawapannya semua. Ramai kenalan yang dah ambil dan semua fail hahaha. Kakak Liana je pass sebab sisters do think alike I guess.
The Quiz
1) Nama yang patut diberikan sebenarnya kepada I
a) Hasni Zulaikha (tuduh polis salah eja)
b) Hamis Jalikha (bapa tak kasi mak letak nama Jawa)
c) Sofea Natasya (sesuai berlakon Samarinda)
d) Nurul Polan (sila pilih ini kalau nak)
e) Siti Nurhaliza (tapi sebab dah ada orang ambil)
2) Apa yang selalu I buat dengan bayi bawah jagaan I?
a) Bacakan buku Geografi (suruh hafal dari sekarang)
b) Ajar lagu-lagu rakyat (sambil pakai kain batik)
c) Ajak tengok cerita tentang perisikan Amerika
d) Rakam tangisan untuk letak di Youtube
e) Karaoke lagu indon penuh feel
3) Siapa yang akan I selamatkan kalau kapal di laut karam?
a) Ibu, syurga di bawah tapak kakinya.
b) Daddy, sebab dia banyak pegang duit kertas
c) Alisya si tak boleh selamatkan diri sendiri
d) Khairi yang mungkin kejang bontot
e) Kapal di laut, tak cakap pun kami di dalamnya
4) Siapakah yang perlu dibawa ke konsert pertama I?
a) Daddy, dia nak ikut pergi Konsert. B.E.P tak jadi
b) Bayi-bayi (kena pupuk dari kecil)
c) Lelaki kaya, untuk bayar T-shirt & poster2 bodoh
d) Balak selaku bonzer (siap pakaikan tux)
e) Izdiyani, supaya dia belajar untuk tepis himpitan
5) Perkara yang saya selalu buat bila period cramp ialah
a) Berguling-guling macam tenggiling
b) Baca selawat 3 kali dan makan panadol
c) Marah panadol sebab tak pernah berkesan
d) Tidur macam beruang gempal
e) Buat bicycle kick
6) Subjek yang I paling benci ialah
a) Belajar guna Sempoa macam apek
b) Matematik Tambahan, Tolakan (argh semua ah)
c) Geografi walaupun dapat A
d) Iqra 3, dulu masa rumah ustazah jauh
e) Belajar cara buat Ipod (sebab susah nak A)
7) Panggilan manja untuk yang tersayang ialah
a) Baby/Bayi
b) Audi: Bahasa Arab untuk 'kesayanganku'
c) Babuji (asal dari perkataan baby dan bubu)
d) Sayanggg (emphasise sebutan 'yang')
e) Semua di atas (jawapan lazim untuk paper BM)
8) Hobi I, maksudnya tak bayar pun I boleh buat dengan gembira
a) Tangkap gambar secara professional
b) Jaga bayi, cuci berak, bersihkan muak/muntah
c) Update belog demi kebaikkan semua
d) Potong rambut adik-adik stail banduan
e) Keritingkan bulu kucing dan tunjukkan pada dunia
9) Saya paling benci
a) Bila laptop hang tiba-tiba masa main hangman
b) Kena perli dengan cikgu sebab tulisan buruk
c) Donut perisa cucur dekat dining
d) Perempuan murahan, pondan tepi jalan lagi mahal
e) Israel (ini soalan bonus ke apa weh)
10) Kriteria lelaki yang diidamkan sebagai suami
a) Berjambang kemas yang bersegi-segi
b) Bila tua muka macam George Clooney, badan pun
c) Bila sangat tua muka macam Clint Eastwood
d) Boleh berbalas pantun bila takde benda nak buat
e) Mampu mengangkat lori yang menghempap
11) Apa yang saya akan buat kalau tertuang pencuci muka lebih
a) Letak balik dalam botol sedaya upaya
b) Basuh tangan dan terus berwudhuk
c) Sapu pada punggung sebab jarang buat
d) Guna untuk cuci siku dan lutut
e) Pulangkan kat kedai supaya dapat yang penuh
12) Perlakuan aneh yang saya sering buat
a) Mengigau seperti tiada hari esok
b) Belajar shuffle seorang diri dengan penuh harapan
c) Cuba miming lagu tamil dengan asyik
d) Bersembang dengan kucing tentang politik
e) Cari jodoh di Friendster dan tawakal
13) Mimik muka yang saya selalu buat
a) Muka bayi makan limau
b) Muka Patrcik bila dia sedar yang dia salah
c) Muka Homer gelabah bila hilangkan Maggie
d) Muka nigga senyum
e) Muka teruja yang kalau kau tengok macam nak sepak
14) Benda yang harus dicapai sebelum berumur 30 tahun
a) Clearkan sinki
b) Bayar bil Maxis
c) Bertunang dengan orang Pakistan
d) Dapatkan segulung ijazah dan buka klinik haiwan
e) Dapatkan seorang bayi hehehe
15) Terima kasih kerana meluangkan masa, dengan ini saya akan
a) Gubah bunga telur khas untuk anda
b) Kirim video adegan saya buat senaman hidung
c) Menjadikan anda calon pengapit saya
d) Tiup ciuman ke angin dan tujukan ke arah anda
e) Menyertakan anda dalam doa saya
End of Quiz.
Hahaha suka tak rakan-rakan? Yang belum ambil, saya cabar kamu ambil sebab kalau skor 100% hadiahnya lumayan. Sumpah saya belanja Burger King.
Tapi walaupun annoying, saya rasa ada yang masih menyayangi saya contohnya seperti rakan model yang sanggup turun dari Ampang ke Bukit Jelutong untuk angkut saya hanya untuk berpatah balik ke Ara Damansara bagi lepak bersama :')
Malam sebelumnya kami telah chat online sambil gelak sehingga mengalir air mata dan tendang-tendang meja. Anda tahu chemistry anda dengan seseorang itu kuat kalau perbezaan umur yang ketara tidak menghalang perkongsian lawak dalaman. Jay dalam hati mesti kau macam "Sial cakap aku tua haha".
Esoknya Jay ingin ke Capxion kerana ada hal dan ingin membawa aku di dalam poketnya. Dia mengetext, "I boleh je pergi sorang, tapi tak best lah takde you" lalu bersetuju meredah highway dan cari Bukit Jelutong first time ever. Satu jam lebih berada di jalan raya kerana telah terlajak hingga ke KLIA malah Kota Kemuning juga. Haha nasib emak membantu di talian. Duit habis untuk minyak dan beberapa biji tol. Tapi semuanya berbaloi apabila melihat muka ceriaku yang selekeh baru lepas jaga anak orang, rambut serabai, cover dengan cap.
Rambut lawa yang anda tengok di entri lepas hanya ilusi.
Bila dah bertemu dua-dua bantai gelak hingga muka menjadi berumur.
Jay annoying masih gelak besar padahal patut dah pikirkan mimik seterusnya. Eleh diri sendiri senyum sepesen je.
I love this pic I dont know why. Its the old school feel. Mungkinkah mata lalat memain peranan?
Ceit sungguh vogue engkau.
Kertas surat saman yang dibiarkan di windscreen untuk menunjukan betapa ganasnya kami. Langkah bijak menghalang road bully (-_-")
Hari dah petang baru nak keluar apa ini.
Here we are finally! Dengan panduan jalan oleh perempuan tidak berlesen ini, kami berjaya sampai ke destinasi.
Favourite woh. Banyak nostalgia, memori kau dan aku whosthefather.
Di Capxion, Walter do you love me now? Are you amazed by my photography skill (-_-")
Kemudian kami fooled around di Lounge untuk sesi 'WannabeOnTop'.
Now Jay are you amazed by my photography skill kehkehkeh.

Forgive me the babysitter selekeh.
Kemudian kami pun pergi minum dan bergebang gumbira bersama Kak Lynne sayang. Haha okay itu sahaja, hargailah kawan annoying anda, walau dia tidak berlesen dan bau seperti muntah bayi. Pergh panjang lah siot entri ni.