Thursday, February 25, 2010

Berhati-hati dengan pencori


Fuish lama benar tak update belog. Ini nak update pun hanya update ringkas nak mengingatkan para pembaca untuk menjaga harta benda awam. Kita kena jaga harta benda awam sebab harta benda awam kita nak guna sama-sama dengan orang lain. Habis tuh? Harta benda sendiri tak perlu jaga ke? Oh harta benda sendiri pun kena jaga juga. Sebab harta benda sendiri, kalau letak luar bilik, orang lain ingat harta benda awam. Dia ingat kalau sama saiz boleh jadi kegunaan bersama. Maka! Di sini ingin saya tekankan *sambil tekan keyboard kuat-kuat, bersungguh betul menaip*, bahawa pencuri berada di mana-mana.




Mungkin kes Crocs original kena curi macam dah biasa dengar, so ramai dah berwaspada simpan Crocs kat dalam bilik T_T Tapi yang kelakar kenapa Jigbits Jibbitz kena curi tanpa Crocsnya? Jibbitz adalah menatang kecil menyerupai character-character kartun atau objek comel lain, yang dibuat perhiasan pada lubang udara Crocs. Pergh terbaik definition kalah kamus simpulan bahasa bergambar.




Itu satu kes, lagi satu kes terkena kawan sendiri di mana penjenayah baca dan guna nama yang tertera kat pintu bilik, dan gunakan sebagai alat memudahkan proses mencuri. TAK BUKAN PUKAU KE APA HESH KORANG NEH SUKA YANG MISTIK-MISTIK JE. Maksud I, dia baca nama tuh, then ketuk pintu, then mengaku dekat roommate mangsa, yang dia kenal mangsa, yang dia dah sms mangsa untuk ambil seluar jeans dalam almari. Maka roommate pun tidak syak apa-apa dan kata "Oh okay, itu almari mangsa" *sambil tunjuk almari*. Eh. Kelakar pulak macam nama orang tuh Mangsa. Hish roommate ni kan, tak baik tau panggil macam tuh.




TAK BAIK PANGGIL I MANGSA WALAUPUN CROCS I YANG KENA CURIK. CROCS BERCORAK HARIMAU BINTANG AKA LEOPARD, KURANG ASAM BETUL. Semua orang bila dengar cerita I akan cuba comfortkan dengan berkata "Takpa bior kan pencuri tuh kaki dia kurap". I tak paham. I tak paham dia nak fitnah I dan kata nanti pencuri tuh kena kurap sebab I tak jaga kebersihan kaki so bila share Crocs terjangkit, atau dia nak sumpah pencuri tuh sebab buat jahat. Sebenarnya tak elok tau sumpah orang macam tuh walaupun dia buat jahat kat kita. Siapalah kita nak tentukan orang patut kena apa dan apa.




Jadi sekarang, apa yang kita boleh lakukan cumalah, strategise! Kita harus set strategi, untuk bersama membanteras jenayah. Mesra, cepat dan betul. Ke cepat betul mesra? Eppp biasa dia abang polis cepat betul mesra.




Balas dendam woh beli dua warna terus hehe. Takpe ada hikmah di sebalik semua ni. Kan dah dapat Crocs range terkini di pasaran (I saw only these two colours available, not sure for other outlets, I bought in One Utama, RM169.00 each). Team Benzema for the win! Loveeeeeee ♥



Membebel banyak-banyak, cara banteras jenayahnya tak sebut lagi. Haha. Okay, macam I dan roommate tersayang, Linda. Kami dah buat secret code untuk bilik kami. Sesiapa di amanahkan ambil barang dari bilik atau kalau ada orang nak pinjam tapi kita takde kat bilik, baru akan diberikan secret code ini hehe. SECRET CODE KITORANG COMEL GILA TAPI TAK BOLEH REVEAL SEBAB SECRET HEHEHEHE *gelak comel sambil sapu-sapu dua tapak tangan macam nak rangka pelan jahat*. So misalnya kawan Linda datang bilik kata nak pinjam barang tapi Linda takde, I akan tanya "What's the secret code?". Tapi kalau pinjam hanger pinjam baldi semua takyah lah. Gedik gila nak secret code semua benda.

Sunday, February 21, 2010

Of my blog design

I know I promised you another video to be uploaded by the weekend but.. my laptop is at the hospital now, repaired with tender loving care :') Moving on. I dont know why some of you are so keen on my blog design and how do I do it. Because basically, it's just one of the blog design provided by Blogger a.k.a Blogspot. The only changes made were the font colours etc. But seeing that few have emailed me regarding this, and also to teach my mom now that I'm far away from her (she's just too cute calling me every now and then asking questions about her blog haha), so I decided to put this entry up anyway. For the bijakpandai, please skip this entry, thanks.


I'd give you the easiest guide ever, I'll tahan myself from crapping and further memeningkan you guys, let's just cut to the chase and here it is:

From DASHBOARD, click LAYOUT, click PICK NEW TEMPLATE, and choose the template of your choice.



Mine, as you can see is the template, Washed Denim.


Though I'm using Washed Denim template, it no longer look like the original design due to the few adjustments I've made like the font, tabs, and background colour. So to do that, from DASHBOARD, click LAYOUT, click FONT AND COLOURS, and start to experiment!

As for my banner, that's another story altogether. I created it using Paint. Or you can say, I painted it using Paint. Or I drew it using Paint. Or omg please stop me.



It's up to you to draw your banner out, or to find pictures to be your banner, all you have to do is from DASHBOARD, click LAYOUT, click HEADER and tada (refer to the picture below), you can upload the image of your choice to be your banner. So simple!

SIAPA EMAIL LAGI PASAL BENDA NI, SIAP! JAGA KAU! Ceh macam garang. Cuba translate jaga kau kepada English, terus loving. Taking care of you -_-

Thursday, February 18, 2010

Dapatkan rambut ikal mayang begini!

Okay pada suatu pagi Khamis yang tenang, terjaganya seorang insan dari tidur yang lena (okay tipu tak berapa nak lena sebenarnya dengan bantal layu kapas dah penyek). Lalu terlintas untuk membuat video tentang rambut ikal yang biasa dia dapatkan dari menyanggul rambut pada waktu-waktu genting seperti mekap dan basuh pinggan. Kadang-kala sanggul rambut sehingga satu hari suntuk!

Baiklah ini videonya, maafkan saya tidak tahu kenapa kualiti video macam kualiti skrin tv kotak letak kat dashboard lori ayam. Saya harap ia membantu dan menjawab berkepuk-kepuk email anda semuaaa tentang rambut ikal. Sebab cuaca yang panas dan rambut yang langsuir, saya selalu mengenakan sanggul dengan teknik tersendiri. Bila buka sanggul macam eh eh tak perlu pergi saloonlah -_- So saja nak share. Video ini untuk perempuan aje. Takde benda best pun hanya sanggul dan di penghujung ada sedikit cara pakai celak yang macam bila ditonton balik, sungguh tak perlu. Sudahlah masih demam nak buat video, sungguh blur dan membebel banyak sangat. Kalau korang perasan, video ni banyak kena cut, tak, bukan I buat benda tak senonoh sampai Youtube user flagged, tapi sebab bebelan I bila dengar balik semua crap dan rasa nak tampar kucing kat sebelah.


I BARU PERASAN AMARAN AWAL PUN I DAH CUT SEBAB HODOH BEBEL BANYAK SANGAT. AMARAN AWAL IALAH SUARA I YANG SEDIA GARAU DIGARAUKAN LAGI DENGAN TAHAP KESIHATAN BADAN BYE. Pastu I tak berapa ceria dah sebab terpaksa buat video dua kali bila half way tiba-tiba battery kong T_T




Ada masa tengok video maksudnya memang tengah tak buat apa-apa maksudnya anda memang takde benda nak buat maksudnya sila dengar baik-baik. Eh, baca elok-elok. Sekarang pergi melawat website beli-belah musik dan kertas dinding (wallpaper) di mana mereka sedang menjalankan sale besar-besaran sehingga 50% pada waktu-waktu terpilih yang dikenali sebagai waktu gembira, nama komersial Happy Hour. Pergi sekarang, kelik sini. Bersama-sama kita nikmati Xpax Big Freekin Sale, ewah! Info tambahan: Cuba menang Mac Book atau Blackberry atau PSP. Cuba.

Sunday, February 14, 2010

Penggemar kucing adalah team saya!

Hello para pembaca terutamanya para penggemar kucing :) Kucing di rumah saya dah terlalu banyak, berhasrat untuk let go kepada sesiapa yang memang suka kucing. Bulu dia standard lah kucing-kucing rumah ini memang takde bulu pendek kuncup. Semua gebu. Tapi yang available untuk diberi tak secantik Nougat I yang dalam gambar di atas lah kaaan. Seperti biasa boleh barter trade dengan makanan kucing berjenama Iams Kitten (packet warna purple). Call 012-3959779 dengan segera ya. Sebab siapa cepat dapat pilih yang cantik haha bye. Kucing yang mengandung pun ada! Ini kalau dapat memang durian runtuh sebab anak dia baka macam Nougat kerana sama bapa :') BAPA DIA ADALAH DEWA ARJUNA SI MIANG GATAL KUCING I PALING GEBU GEMUK DEBAB WARNA KELABU.

Friday, February 12, 2010

20 Finalis Saya Nak Cuti!


Wah nampaknya ramai menyahut cabaran entri Saya Nak Cuti tempoh hari. MAS kata dia terima more than 3000 entries pewit pewit. Oh nak challenge I punya Limau Bali entri yaaa (padahal I tak submit pun teehee, kan dah cakap itu mock entryy). Okay sekarang nak tengok kanak-kanak terpilih (Digimon) okay okay maaf main-main pula, sekarang nak tengok 20 orang yang terpilih untuk bersaing mendapat tempat 7 tertinggi dan mengacara rancangan percutian sendiri!



Sebenarnya semua calon datang dengan cerita masing-masing, ayuh diringkaskan dan anda boleh decide siapa dapat tempat-tempat ketujuh tertinggi dengan mengundi.

Baiklah yang nak pergi Hanoi ada 3 orang.

Dahlia (50) calonkan anak dia pergi Hanoi sebab dia janji nak bagi anak dia bercuti kalau dapat CGPA 4.0. Pastu anak dia gempak sebab dapat 4 flat jadi terpaksalah mak dia a.k.a Dahlia masuk pertandingan ini supaya tidak hanya menanam tebu di tepi bibir.




Mariam (31) si orang kuat Bijou Bazar memang kuat sebab bekerja tanpa rehat yang cukup untuk 2 tahun berturut-turut. Kalau anda tak pernah pergi Bijou Bazar anda memang rugi sebab semua baju dan kasut secondhand sungguh cantik. Maka selama ini Mariam asyik dok menguruskan orang (para penjaja Bijou Bazar), sudah sampai masanya dia menguruskan percutian untuk diri sendiri.






Gambar isteri Yusmal. Yusmal (36) merupakan seorang pengacara televisyen walaupun tidak pasti rancangan apa. Maka isterinya cemburu hati melihat kerjaya si suami yang sungguh seronok dan glemer. Suami yang baik hati pun menyertai pertandingan ini untuk menghadiahkan percutian percuma dan peluang jadi pengacara (ha nanti baru you tahu susah senang mengacara, suara dalaman suami barangkali) kepada sang isteri.



Yang nak pergi Manila pun ada 3 orang.




Luqman (25) mengadu dirinya sebagai orang kerja kerajaan tidak pernah cukup wang untuk bercuti luar negara. Simpan-simpan, mesti habis. Simpan-simpan, mesti habis. Eh pandai-pandai I fitnah simpan-simpan mesti habis haha. Hanis berhenti main-main. Okay tapi betullah dia teringin nak melancong tapi tak pernah cukup wang. Mungkin dia simpan untuk kahwin kot siapa yang tahu T_T ATAU MUNGKIN DAH KAHWIN??! (Sebab itu tak cukup-cukup -_-)



Sheela yang pernah memenangi pertandingan Carefree Queen juga merupakan seorang guru Bahasa Inggeris. Akibat hobi memasuki pertandingan, kini dia mencuba nasib untuk Saya Nak Cuti pula.



Jamal (64) ialah seorang Scout Commissioner. Apakah Scout Commissioner dalam Bahasa Melayu? Tapi yang penting dia suka kumpul barang-barang pengembaraan. Dia pernah tolong seorang gadis di Manila satu masa dahulu, dan teringin nak tengok kalau perempuan itu masih sihat walafiat. Ecececehh.



Yang nak terbang ke Bali pun ramai! Mungkin terinfluenced dengan entri limau bali I?


Tahun lepas, Iskandar Rapek (38) ditimpa malang berturut-turut apabila disamun, dirompak dan dicederakan oleh orang jahat (hehe comel sebut orang jahat). Maka dia ingin mulakan tahun baru dengan satu percutian yang hebat di Bali. Nak mandi bunga mungkin?






Juliana (31) merupakan seorang pensyarah di Universiti Sains. Dia juga seorang pengembara, penari gelek (belly dancer takkan penari perut kan dalam bahasa Melayu) dan macam-macam lagilah yang dia gambarkan dirinya. Apa yang crucial sekarang dia nak naik kuda kat Bali.


Seorang ahli Biologi bernama Azneal (24) akan pertama kali menaiki kapal terbang kalau menang ini.




Viki dicalonkan oleh Kanmani (32) kerana Viki rapat dengan ayahnya seorang tour guide. Ayah Viki baru meninggal dunia, mungkin percutian ini akan memberi harapan baru pada Viki. Tapi macam mana Viki nak mengacara kalau dia masih bersedih? Takpe itu bukan masalahnya, menang dulu, yang lain kita cerita nanti.




Destinasi seterusnya, Bangkok dan Phuket!




Amirol (25) dari Shah Alam kata dia perlukan cuti sebab dia kerja siang dan pada malamnya dia belajar. Gigih betul usahawan merangkap pelajar kejuruteraan ini. Ha nak buat apa kat Bangkok!



Fizlah (45) seorang ibu tunggal ingin pergi menyelam di Phuket sebagai hadiah kepada diri sendiri.



Ho Chi Minh
Sarah (24) calonkan kakaknya yang menghidapi penyakit rheumatoid arthritis, dan sukakan fotografi.





Madina (31) ada darah Vietnam sebelah mak dia. Maka dia teringin nak pergi sana jumpa saudara-mara yang dia tak pernah jumpa sebab lahir-lahir kat Thailand terus pindah Malaysia.



Kemudian, ada yang nak terbang ke Yangon.




Where in the world is Yangon? Ha Melvin (26) seorang anak bandar yang suka underdeveloped nations, hence Yangon adalah destinasi pilihannya. Underdeveloped nation kira benua yang tidak maju lah. Kan? Tolong betulkan please apakah direct translationnya. Fakta rawak, Melvin jurutera komunikasi dekat Motorola. Lama tak dengar perkataan Motorola!



Cebu


Dulu, Sharom (30) merupakan seorang ahli musik. I like the word ahli musik! Macam “bapak tak suka sama itu ahli musik!”. Wah sempat melencong. Okay anyway, Sharom claimed hidupnya dah berubah sejak pergi Mekah. Kini dia nak pergi Cebu.






Yogyakarta


Waktu gempa bumi besar-besaran dekat Yogyakarta suatu ketika dahulu, Alif (20) pernah ikuti Persatuan Bulan Sabit Merah bersukarela di situ. Kini dia nak datang balik kampung yang dia tolong dulu, dan lihat keadaannya sekarang. Murni impian :’)





Dan yang di dalam Malaysia jeng jeng jeng.


Afandi (35) nak pergi Tawau je. Tawau je pun cukuplah. Asalkan ada laut. Ada hidupan laut. Hehe sebab dia suka underwater photography!






Siti Nur Aishah (26) ada kawan dekat Sabah, so diorang berjanji-janji nak daki Gunung Kinabalu sama-sama. Asal I dengan bestfriend tak berjanji-janji daki gunung macam ni? Selalu janji nak pergi shopping leggings je (-_-"). Maka kalau menang pertandingan ni, kan dah save tiket flight yeay!






Nur Fadhilah (21) pula nak lawat Sandakan. Sebab dia ni doktor haiwan untuk Orang Utans. Jadi dia nak pergi Sandakan, tengok Orang Utans yang bukan dekat dalam kandang/sangkar/hospital. Orang Utan yang berada dalam habitat asal, gayut-gayut, main kutu ramai-ramai (tunggu turn bulan berapa nak dapat duit haha).



Itu dia tadi kesemua 20 calon, diringkaskan oleh saya. Penat saya membebel, siapa yang anda rasa layak diberi peluang? Pilih kak pilih pilih.

Tuesday, February 9, 2010

Banyak hal

Dalam kesibukan jadual harian hidup, saya sering tertekan (eh kenapa intro macam iklan Salonplast ke apa). Tak, tapi serious. Saya tertekan. Kenapa semester ini sibuk sangat??! Kemudian dilimpahi email yang pelbagai mengalahkan kepelbagaian bangsa di negara kita. Maka banyak entri dalam otak saya sekarang, tunggu nak taip aje. TAPI TERLALU SIBUK. Sigh. Sibuk makan pun kategori sibuk kan? Kan??

Ada beberapa entri tergendala seperti Sesi Soaljawab/Temuramah/Temujanji bersama Hamis. Diet ikan. Senaman cepat tinggi, mitos atau realiti. Cara menjaga berat badan (walaupun anda tanya orang yang salah sebenarnya T_T). Tapi takpe, sebab anda semua awesome saya try karangkan juga. Sebab waktu tensi-tensi, bila pergi check peti surat alahai cair.




The Big Book of Colours. ORGANIZER COMEL ALOLOLO SAYANG NAK GUNA, THANKS ASH :)

Thursday, February 4, 2010

Hati. Bukan liver tetapi, heart.

Hari ini I nak bercakap tentang hati cepat terubat. Perihal hati ini memang bukan perkara main-main. Kita takkan pernah dapat control apa hati kita rasa, apa hati kita mahu, apa hati kita jelek. Cuma setiap hari yang sebaiknya, apa boleh kita buat adalah bersihkan hati kita sebelum tidur. Kalau kita jaga hati kita baik-baik, kita selalu bersihkan hati kita elok-elok, susah untuknya dijangkiti penyakit hati. Aduh Tuhanku, minta dijauhi ya penyakit hati. Dan minta diubati penyakit hati orang lainnya yang ada berdengki, berhasad. Penyakit hati yang ada cemburu, ada dendam, ada iri.


Hm. Bagi kita menyuci hati, caranya memang banyak. Kalau nak disentuh, pelbagai aspek boleh sentuh. Aspek agama, aspek civik, aspek psikologi. Tapi cara membersih hati yang paling universal ialah tidur dalam keadaan tersenyum. Maksudnya bukanlah sebelum tidur kau cuba sedaya upaya ukirkan senyuman di bibir, bukan, tapi buang semua dendam, maafkan semua taulan, minta ampun pada Tuhan. Kalau yang Islam sudah tentu berzikir demi al-Tazkiyah (maksudnya penyucian, wah mentang-mentang sudah belajar Arab), kerana waktu berzikir kita memuji kebesaran Allah, waktu itu kita terasa kecil, bila kita kecil kita tidak besar, dan bila kita tidak besar, kepala kita juga tidak besar, maka apabila kita tidak besar kepala, ego kita juga saiznya boleh diterima akal, dari situ sifat pemaaf akan sebati dalam diri. Senang kan? Okay maaf, ayat saya yang buat ia nampak complicated tapi ia memang senang sebenarnya. Biar saya ringkaskan. Kepala kecil=Ego kecil=Pemaaf.


Macam dibicara permulaan tulisan tadi, nak sentuh tentang hati yang senang terubat. Hati saya. Hati saya senang terubat. Sangat super duper senang memaafkan. Bila senang memaafkan, hati pun tiada dendam. Bila hati tiada dendam, hati pun rasa ringan. Bila hati ringan, senang orang nak lambung-lambung. Kemudian hati kembali kepada fasa memaafkan. Paham maksud saya?


Ahh what happens next, cycle itu bermula kembali. Hati dilambung-lambung, dan sekali lagi (yang wujud dalam cycle itu juga) kemaafan diberi. Diberi okay. Tidak diminta atau tidak ditagih dari peluka dan pengecil hati. Kemaafan diberi waktu sebelum tidur (sebelum tidur memaafkan memaafkan memaafkan). Kadang-kala (okay bukan kadang-kadang tetapi sangat selalu) orang sekeliling akan rimas. Sebab cepat sangat berbaik semula dengan orang. Cepat sangat berkata tak mengapa. Cepat sangat terlupa sakit apa yang pernah singgah kat hati sendiri. Tapi nak buat macam mana, hati senang terubat. Sekali lagi diingatkan kita tak mampu control hati kita. Kita juga tidak mampu control kadar kepantasan ia sembuh (terubat).


Maka kalau ada di antara darah daging atau rakan taulanmu yang mempunyai hati sebegini, tolong biarkan mereka, jangan banyak menyoal memaksa. Hargai, malah.


Tuesday, February 2, 2010

Hanis Zalikha's First Blackberry

As promised, the bidding of my first Blackberry ever is ON. Okay tak kisahlah berapa nak bid, seperti biasa the highest bidder gets it. And the first bidder sudah letak RM800. Saya pun sudah biasa buat bidaan dekat belog ini kan, so terma dan syarat adalah, bidding hanya akan ditutup selepas anda bank in 50% dan selebih 50% cash on delivery. Kalau nak bid boleh hantar email dekat haniszalikha@hotmail.com dengan subject 'Blackberry bid'. Mula-mula nak buat email baru sebab selalu email bidding will clog up inbox sampai gila punya pening. Masa nak buat email address excited okay, keluar segala nama-nama cawkia. Tapi hotmail kata I dah reached limit nak buat email address baru, what the?! Mail ni kan (sebut sebagai nama melayu), buat I hot aje.



Let's talk about the phone. My first Blackberry ever, masa dulu masa mula-mula nak beli macam, eh nak beli ke why would I buy a Blackberry, but then I'm hooked! Once you go black, you'll never go back, kata orang. Maksudnya kalau awak dah hitam, susah awak nak putih balik, jangan main panas. Memang banyaaak memory suka duka dengan phone ini. But yeah.. :')




Its Blackberry Curve 8520, baru guna 3bulan lebih dan masih berkeadaan baik. Features macam biasa email application, camera application, BBM application (inilah highlight of Blackberry, di mana bermesejan antara satu Blackberry ke Blackberry lain adalah percuma sepanjang hidup) dan applications lain yang boleh download. So far I've downloaded all the instant messengers (YM, Gtalk, MSN). Kalau beli nanti, saya bagilah charger, cable, cover merah jambu, headset, manual, kotak semua. What else? Mmm apa lagi ya. Blackberry sangat awesome! Takkan menyesal beli that's one thing for sure. And it's so IN right now. Manusia cool mana yang tak pakai Blackberry, you tell me now. Okay fine ada juga manusia cool pakai iPhone. Tapi pikir berapa banyak orang guna iPhone tukar kepada Blackberry. Dan kemudian pikir berapa ciput orang guna Blackberry tukar kepada iPhone. Gempak tak gempak? Itulah gambar Blackberrynya (dari belakang). Oh I dont have the shot upfront, sekejap ya.


Nah.

Why would you buy it from me? Sebab nanti dapat sekali dia punya aura (boleh tak type perkataan ni tapi tak teringat Mawi? Boleh tak?!). Orang cina percaya kalau kita ada secebis barang dari orang bertuah, kita pun akan bertuah (benda ini psychology sebenarnya lah kan). Sebab itu Feng Shui selalu cakap, kalau anda berurusan dengan orang kaya, kalau dapat duit dia, jangan guna, simpan dalam wallet. Sekeping jelah simpan, yang lain please guna please. Kang berkeping-keping ada tapi tak guna baik takpayah ada duit. Tsk. Ingat lagi dulu semangat dapat my first angpau ever dari boss Andy. Simpan lama, dan memang sebab psikologi minda duk percaya sangat, memang rasa bertuah haha. Okay enough with the Feng Shui Hanis. Eppp Hanis eppp.