One day Sloggi asked me what do I love about the world? I was like “Hey aren’t you an undergarment brand?” Okay I lied. I didn’t ask that back. Because I already know the answer, my sister wears Sloggi LOLOLOLOL. Back to Sloggi’s question, what do I love about the world?
Allow me and my Paint skill to demonstrate what I love about the world.
As the background, I used a picture of me holding a menu in my hand. I wanted it to be like I’m holding an open book with all the magical things inside (like my family cats and trees) but now the menu and my hands pun dah tak nampak, so I macam bigger than everyone else.
-_- I have the vision, but to get there, fail betul.
Okay what I love about the world. Obviously here I have my parents, whom I love the most, the love of my life, my precious siblings oh my cat Dewatta Arjuna, and I love babies too, so here I pasted pics of Arissa and Dahlia. And I love our house, which I don’t have a picture of, so theres the Polly Pocket house to represent it. And I have the flowers and palm trees to show my love for nature and greeneries. I love fogs too, y’know early in the morning, but to picture fog, nah I will have to pass. And there’s Sloggi in my collage, love it because it’s eco-friendly and loves the environment. You do know it is made up of organic cotton right? Comfeyh.
With Paint (and Photoscape for the outline), I bersusah-payah made this collage to show What I Love About The World for the Sloggi contest, but actually there’s so much more that you can do. Be it a comic strip, a video, an essay, whatever that you can post as a blog entry and be on your way to win great prizes: Grand Prize x5: RM 2000 cash + Sloggi products worth RM 135 + Sloggi voucher worth RM 50. Consolation Prize x20: Origins products worth RM250 + Sloggi products worth RM135 (redemption letter to counter) + Sloggi voucher worth RM50
And don’t forget to include the Sloggi poster at the end of your entry. All ze best girls! Ke boys pun nak masuk jugak? o.0
Baiklah. Saya ada satu strategi yang mampu membuatkan saya update selalu walaupun masa tidak mengizinkan. Amboi masa ni, sukati dia je nak izinkan ke tak I update mmph mmph. Walaupun selalu occupied dengan perkara lain, Blackberry senantiasa di tangan dan dengan hobi suka mengambil gambar, maka terciptalah segmen Beri Rambang. Ini up to you nak pronounce bagaimana. Boleh jadi disebut sebagai 'beri' as in Bagi Rambang. Atau lebih comel sebut sebagai beri as in (black)Berry Rambang. ATAU PALING COMEL BERRY RAMBANG YANG MAKSUD DIA SANGAT RAMBANG, 'VERY' RAMBANG, TAPI SEBAB TERLALU COMEL TAK RETI SEBUT VERY JADI BERRY RAMBANG YOU! Berry Random pun boleh. Okay pasal tajuk segmen dah ambil satu perenggan. Progress yang baik di situ.
Mari mulakan! Gambar rambang yang ada dalam Berry kita :) Kebanyakan gambar di bawah, telah diupload di www.twitter.com/haniszalikha terlebih dahulu, so kalau yang bau basi tuh jangan makan -__-
Gambar untuk buat visa. Memang julung-julung kalinya gambar berukuran passport sesuai untuk tontonan umum :')
Pergi tangkap gambar pun nak bawa di debab di atas. Maksud saya, debab sebelah kiri ya. Debab kanan memang kena bawa sebab dia pun kena buat visa -_- AND GAMBAR INI SMART SEBAB BOLEH BUAT LOGO CHANNEL V. Yes.
Kalau tak debab tapi memerap takpe. Lenguh lah gile.
Gambar Gu Jun Pyondan ini memang dah tag semua kat Facebook tsk tsk T_T
Standard lah phone penuh dengan gambar vain teehee. Muka nak balik Johor dan senyum palsu.
Muka dalam trafik jam, dah lembeb pergi meeting T_T
DAPAT AKU MERASA CREAM PUFF EMAK BUAT YES BEST IN THE WORLD EVER GITU.
Waktu perjalanan pulang KL, singgah makan tepi lebuhraya. Wow 'tepi lebuhraya', sungguh skema. Terbayang kereta rosak tepi lebuhraya, dan makan di situ -_-. Maksud I rest area dekat highway, di mana Restoran Satay Haji Samuri buat aksi antarabangsa dengan mengambil bahagian dalam Earth Hour.
Muka berlemuih melekit sememeh tak mandi, lepas test Macroeconomy terus pulang ke pangkuan keluarga :')
Dan juga ke pangkuan anak Madhuri yang baru lahir. Ceh macam larat je anak kucing haluih ni nak pangku I.
Atas sokongan anda, anda dan ya, anda! Tujuh pemenang telah dipilih dan kini saya akan memaparkan mereka sekali lagi di sini! Moment of fame! Tapi mereka bakal mendapat moment of fame yang lebih dahsyat lagi apabila mereka sudah mula beraksi di hadapan kamera, mengacara rancangan percutian mereka sendiri. So mesti mereka tak heran moment of fame kat belog ini -_-
Tadaaaaa see any of your friends up there?? I see mine! My childhood friend, second from right, Aliff!
Wah mereka mesti happy sekarang. I tak tahu kenapa tapi I pun tumpang gembira jugaa! Mesti seronok yang amat apabila ditaja melancong pastu dapat keluar TV mengacara percutian percuma yang diorang dapat tuh! Best tak, best? Ha siapa suruh tak sertai :P Lain kali kalau I paksa masuk, baik masuk, penat je I mengomel kat sini paksa2.
MAKA SAYA NAK UCAP CONGRATS KEPADA:
Aliff, jaga diri dekat Yogyakarta. Kalau yang tak tahu, Aliff pergi sana waktu operasi gempa bumi aftermath oleh Red Cross Society untuk bagi bantuan, maka dia nak pergi lagi tengok tempat yang pernah musnah tuh dah membangun macam mana. Yang kelakar sekali bila I feature Aliff masa entri Limau Barli dulu, I tak tahu pun kami pernah satu kelas. Sebab dulu dia tembam dan kami dah tak jumpa dalam 8 tahun lebih. Sekali dia tegur kat Facebook sebab terkejut muka dia keluar belog I. Bila dia cakap kita dulu sama kelas, TERUS MENERUS I INGAT DIA YANG MANA SATU, BUDAK LELAKI YANG PAKAI CERMIN MATA, TEMBAM-TEMBAM, BANYAK CAKAP DALAM KELAS. I siap ingat lagi dia dulu ada asthma okay, punya kuat memori ceh ceh. Pastu dialah orang pertama I tukar nama I Hanis, kepada Manis. Dia nak ejek, tapi tak reti haha. Aliff, I dah describe you sungguh mulia di sini, nanti nak souvenir :P
Madina Yahya, this girl seems so sweet and kalau baca penulisan dia, macam bahasa Melayu yang kekok tapi comel sangat. Weeeee. Selamat berjumpa kaum keluarga belah emak anda di Thailand!
Nur Fadhilah, I rasa impian percutian dialah yang paling best bila dapat direalisasikan sebab seorang doctor haiwan yang asyik merawat Orang Utan dan kemudian, nak tengok Orang Utan dalam habitat sebenar. Macam alololololo impian tercapai. Semoga bergembira bersama orang-orang utan di Sandakan! Wah?
Juliana Niza, elok-elok bercuti dekat Bali tuh. Jangan taknak balik. Sebab dia seorang lecturer, so I boleh bayangkan student dia excited nak tengok episode dia! Mestilah excited, lecturer stok yang cool macam ni, scuba diving, nari gelek, paragliding. Fuish.
Oh Siti Nur Aishah, akhirnya dapat mendaki gunung Kinabalu bersama teman baik! Teman baik dari kecil pula tuh.
Affandi berambut besar pula dapat tangkap gambar hidupan laut di Tawau. Lepas tangkap gambar, tangkap mereka betul-betul dan jamah. Sangat terharu bila baca dia tulis yang setiap kali dia nak pergi tempat jauh untuk ambil gambar, bila dah siap-siap nak keluar, nanti anak perempuan dia dua orang lari dekat dia peluk-peluk kaki tangan semua nangis-nangis nak ikut. Pastu dia akan cakap “Bapak nak gi job okay, bapak nak gi job okay”. Sedihnya. Tsk tsk terindu kat Daddy :’( Dulu daddy nak gi outstation kat overseas I pun susah nak lepas :’( Eleh sekarang nak gi outstation kat Kelantan je pun, mesti sedih sangat kalau tak sempat salam. Cry baby betul.
Amyrol, ha rehat cukup-cukup kat Bangkok yaaa. Penat betul dia kerja siang, belajar malam. Okay yang untuk episode dia, semua better stay tuned, sebab dia memang dah biasa betul dengan Bangkok so dia akan tunjuk tempat-tempat yang top-top aja.
Dan kalau anda tertanya-tanya, karangan penyertaan mereka bagaimana, ha ini dua yang terbaik saya pilih untuk anda jadikan inspirasi, memang layak terpilih.
Juliana: Saya layak untuk memenangi percutian ini kerana saya adalah seorang yang amat mengemari pengembaraan dan amat berani menjelajah ke tempat-tempat baru. Disebabkan minat dan keberanian inilah saya pernah menawan Gunung Kinabalu, mempunyai lesen penyelaman skuba advance serta berpeluk dengan ular dan gajah. Jika saya terpilih untuk memenangi percutian idaman ini, saya akan membawa penonton meneroka keindahan pulau tersebut tetapi bukan dengan cara seperti pelancong-pelancong biasa. Saya akan menyelam ke dasar laut and melawat kawasan kapal tenggelam, terbang di langit Bali dengan membawa penonton untuk paragliding bersama saya, menghiburkan hati penonton dengan mempelajari tarian tradisionalnya, membuat serang hendap dalam perlawanan paintball di Paintball War Games atau bermesra dengan alam sekitarnya melalui aktiviti hourseback riding dan white water rafting. Walaupun saya akan kecut perut, menjerit ketakutan atau pucat lesi, saya tahu saya akan terus melakukannya kerana inilah sahaja cara-cara terbaik untuk menikmati pengalaman bercuti di Bali. Setelah saya melalui segala pengembaraan-pengembaraan yang telah disebut, saya ingin pula merasai Spa dan urutan Bali yang sudah sedia terkenal di dunia. Ini bukan sahaja untuk merawat kepenatan dan lenguh-lenguh badan yang ada, tetapi juga sebagai hadiah atas segala kerja keras saya mendidik bakal-bakal graduan di institutsi pengajian tinggi di mana saya berkerja.
Siti Aishah: Masa saya Darjah Lima, ada seorang budak baru masuk ke sekolah saya. Dia pakai skirt pendek dan kemeja putih, mukanya hitam manis. Waktu rehat saya pergi tanya dia , "Nama siapa?". Dia jawab nama dia Khartini. Semua orang di sekolah pakai tudung dan baju kurung kecuali Tnie sebab Tnie datang dari Sabah jadi dia pakai skirt dan kemeja putih. Dia pendiam tak banyak cakap pada awalnya.Tapi rupa-rupanya dia peramah, baik hati dan kelakar orangnya. Tnie tinggal satu kawasan perumahan dengan saya. Tnie dan saya sama-sama belajar di satu sekolah menengah. Naik bas sama-sama. Belajar bawah pokok depan rumah Tnie sama-sama. Bermalam sama-sama di rumah saya kalau ibu bapa saya tiada pulang ke kampung. Tnie dengar semua masalah saya bila tiada orang lain yang mahu dengar. Tnie macam kakak saya. Hari pertama saya masuk ke sekolah asrama, Tnie ada. Hari pertama saya di universiti, Tnie pun ada. Walaupun Tnie tiada pada hari pertama saya di tempat kerja tapi Tnie telefon. Sekarang Tnie jauh sebab dia kerja di Sabah. Dia seorang cikgu. Saya pasti Tnie seorang cikgu yang bagus dan semua anak murid suka pada dia. Sebab Tnie ramah.Masa tahun kedua bekerja, saya ke Kota Kinabalu untuk bercuti dengan Tnie selama empat hari. Saya naik kapal terbang dari Semenanjung dua jam setengah sudah sampai.Tnie naik bas dari Tenom tiga jam untuk sampai Kota Kinabalu! Kelakar! Kami sewa kereta selama empat hari. Memandu sehingga ke Ranau, mandi di Hotspring, pergi ke pulau, membeli belah di bandar dan menonton wayang! Malam-malam kami tidur lewat sebab berbual panjang. Masa nak balik, saya cakap pada Tnie, "Tnie, nanti aku datang lagi kita pergi panjat Gunung Kinabalu nak?".
KALAU NAK TONTON MEREKA, SETIAP MALAM RABU PUKUL 10, DI ASTRO RIA BERMULA 21 APRIL
Hurrah I sudah mendapat tahu tentang satu lagi pertandingan yang anda boleh join yeay! Lagi-lagi kalau anda suka minum Slurpee yeay! Kenapa yeay? Sebab hadiah adalah dapat minum Slurpee secara percuma sepanjang tahun! Tapi bukanlah bererti kalau anda menang, bila-bila anda rasa nak minum Slurpee anda boleh bawak jug besar godang pergi 7-Eleven pastu isi Slurpee penuh-penuh. Bukan juga bererti kalau anda menang, bila anda nak buat open house, anda bawa tong besar pergi 7-Eleven, isi Slurpee nak bagi tetamu 150pax minum. Bukan. MAKSUD SEBENAR IALAH, kalau anda menang, nanti dapat 52 keping koupon Slurpee 22oz yang anda boleh guna bila-bila sepanjang tahun (52 bersamaan 52minggu setahun, kira seminggu minum secawan Slurpee. Molek gitu).
Tapi itu 1 year of Slurpee supply hanyalah hadiah sampingan untuk pemenang utama, pertama, kedua dan ketiga! Ada hadiah lain!
Weekly Prizes: Hadiah mingguan untuk 5 minggu berturut-turut, RM500 Tunai + Slurpee T-Shirt (x1) setiap minggu
Grand Finale Prize (Diumumkan pada April 29, 2010): - 3D/2N Air-inclusive Package – Room, Breakfast and Dinner at Berjaya Redang Resort for 2 persons - 2 nights accommodation in a Redang Sea view with breakfast -Berjaya Air return ticket excluding airport tax and insurance surcharge -Return transfer from Redang Airport to resort -2 dinner (choice of buffet OR barbeque OR steamboat) -1 snorkeling trip (including gear) -Kiddies pack (per pack per child) -Welcome drink (non-alcoholic) -1 set of Slurpee Merchandise -1 Year supply of free Slurpee (22oz Slurpee x 52 vouchers)
DAN SELEBIHNYA HADIAH TEMPAT PERTAMA, KEDUA, KETIGA, BOLEH BACA SENDIRI DEKAT SENARAI HADIAH PERTANDINGAN SLURPEE, SEBAB TERLALU BANYAK HADIAH NAK COPY PASTE PUN JENUH.
Okay sekarang, macam mana nak sertai. Mula-mula daftarkan diri menjadi salah seorang warga Slurpee nation. Apabila sudah menjadi warga di Slurpeenation, bolehlah anda mulakan usaha untuk menjadi seorang pemenang! Kalau tak menang yang grand gilo pun takpe, menang aje weekly prizesnya! Asyik!!!
Okay okay lets get into business. Sediakan kamera, sediakan secawan Slurpee tidak kira saiz, sediakan sense of humour anda dan mula! Mula apa? Tiba-tiba je mula. Mula buat video kelakar dengan Slurpee di dalamnya lerr. Tidak kisahlah video tentang apa, yang penting ia ada Slurpee dan ia adalah kelakar, maka anda boleh menang. VIDEO HARUSLAH MELEBIHI 30SAAT TAPI HANYA 2MINIT PALING MAKSIMA, HANTARKAN SEBELUM 18 APRIL 2010 SEKIAN TERIMA KASIH. OH KEJAP, NAK HANTAR BANYAK-BANYAK VIDEO PUN BOLEH SEKIAN TERIMA KASIH.
Seperti biasa, marilah saya membuat mock video yang anda pasti boleh sangat nak tandingi sebab ia berdasarkan atas kekelakaran dan saya punya jauh sekali -__- Why? Sebab tergesa-gesa. Ini masa nak balik Segamat okay, singgah 7-Eleven sebentar untuk membeli Slurpee. Tahukah anda? Ceh ruangan Tahukah Anda? pulak. Okay okay tahukah anda, saya tidak pernah beli Slurpee sendiri, selalu buli adik suruh belikan sebab kejakunan terhadap mesin Slurpee dan tidak reti mengoperasikannya maka takut malu ish ish ish. Belum cuba belum tahu, orang zaman datuk nenek kita cakap. Maka ini cubaan pertama beli Slurpee. Video telah dilajukan sebab tak terhegeh-hegeh beli Slurpee. Syarat video adalah more than 30seconds TAPI 2minit sahaja maksima kepanjangannya! Oh yang kelakar sekali masa tengah bayar, abang sebelah I tuh, ringtone dia Rivers Of Babylon hahahahahaha. Nanti nampak video gegor sebab I gelak terkekeh-kekeh.
My video’s timeline. 0.01-Keluar kereta teruja first time ever beli Slurpee sendiri tanpa suruh adik. 0.11-Tanya pekerja tuh, mesin rosak ke? Nasib baik tak. Fuh. 0.17-Bersusah-payah nak ambil cawan sebab satu tangan pegang phone -_- 0.33-Melatah sebab cuak tiba-tiba mesin Slurpee berbunyi garang. Malu I dah lah first time. 0.48-Tatau kat mana dia letak tutup Slurpee, bila tanya pekerja, dia kata kat kaunter, tergelak kecil sebab malu semua benda nak tanya. 0.59-Tangan tahan sejuk kena pegang Slurpee sementara tunggu nak bayar. 1.04-Ahh sejukk. 1.23-RINGTONE BY THE RIVERS OH BABYLON, WHEN WE FIRST MET.. 1.33-Bye abang Babylon. 1.48-Thank you (kepada Abang Kaunter). 1.49-Yeay (berjaya beli sendiri, operate mesin Slurpee sendiri) Tamat.
Goodluck eberibadi. Nanti pos lah sikit kupon yang dah menang tuh, alamat ada kat sidebar kthxbai.
Ceit. Intro mahu gempak sahaja. Tapi serious, Din Beramboi OMG. Dulu ada kaset dia senam robik OMG. Patut simpan sampai sekarang supaya boleh bersenam robik sambil buat senaman perut kerana menahan gelak sehingga ada six pack.
Selalu dengar Riuh Pagi Era? Kalau selalu, maka kita adalah geng. Riuh Pagi Era tuh, Pak Nil yang edit semua sendiri tauu. Terel tak. Dalam dok busy bee dia tuh, dia sendiri nak edit program tersebut.
So sekarang ada program baru , Jangan Lupa Nyanyi yang lebih kurang macam Jangan Lupa Lirik, kecuali (!) Jangan Lupa Nyanyi muka tak perlu tebal kalau suara belum pecah atau terlalu pecah. Hadiah juga lumayannn. Caranya, kena selalu dengar radio Era dan tunggu cue to call. Jadi pemanggil pertama dan mula berasa teruja. Pak Nil pasang lagu, then dia stopkan, anda teruskan je dengan empat perkataan seterusnya. Kalau anda memang tone deaf, tahu hafal lirik je, nak lagukan tak reti, still boleh join. Sebab dia hanya perlu 4 perkataan seterusnya, tak ikut nada pun takpe.
Program Jangan Lupa Nyanyi ni berlangsung sepanjang hari, cuma kena tunggu cue to call baru call. TUNGGU TAU, SEBAB AZNIL KATA DIA PENAT DAPAT PANGGILAN TAK SABOR SABOR NAK TRY PADAHAL BELUM BAGI CUE LAGI. Okay walaupun sepanjang hari, tapi hadiah yang paling lumayan diberikan pada sebelah pagi waktu Riuh Pagi Era berlangsung. Waktu itu wang tunai RM1800 ditawarkan. Kalau waktu-waktu lain anda bolehlah menang RM1600. Pilihan lagu cuma ada lagu pop dan rock sahaja. Maaf kaki dangdut, anda kena jugak tebalkan muka masuk Jangan Lupa Lirik haha.
Kejap I nak recall apa lagi Aznil cerita. Hm. Oh lagi satu program ialah Merisik Khabar. Boleh luahkan masalah kepada Pak Nil y’all. Tapi kena hantar sms dulu, and nanti dia yang call.
Nak tengok sesuatu yang comel?
Mama teruja dapat jumpa mereka, tapi muka siapa paling teruja dalam gambar ni?
Saya terasa jauh dari belog ini. Belog ini, apabila dikomen, tak dapat lagi saya balas satu persatu seperti dulu. Hampa terhadap diri. Hampa kerana terlalu sibuk dengan perkara lain. Saya harap semua masih sudi mengomel, seperti saya yang masih tulis menulis di sini. Sebab setiap tulisan, saya nanti-nantikan respon anda teehee (terelnya mengaku, malu I). Andalah penggerak saya! Tanpa anda, penulisan saya boleh terstatik kejap. Macam waktu kecil apabila duduk dalam trolley dan apabila emak mahu ambil barang di lane yang lain, tinggal sekejap dah cuak omg. Jangan tinggal saya. Jangan :(
Dah ambil kicap kipas udang tuh, datang balik tolak saya pergi kaunter :')
Kalau pasal pertandingan comel lote kiut miut cute mute semua ni, bagi dekat I. Memang I boleh mengomel panjang nak ajak you all masuk teehee. PERTANDINGAN MEMBUAT VIDEOKLIP WALLS CORNETTO LOVE: AFFAIR SHOW YOUR LOVE! Tak, jangan risau, tak perlu cari location gempak-gempak segempak videoklip karaoke lagu Bunkface-Situasi kat Redbox. Haha videoklip tu takkan lupa woh. Eh! Suka terpesong! Baiklah. Untuk pertandingan ni hanya perlu copy paste benda-benda comel lote kiut miut cute mute yang disediakan dekat website dan pilih lagu! Itulah cara membuat videoklipnya.
Meh meh I ajar lebih lanjut, teruja ni ha.
OMG COMELNYA WEBSITE MEMANG RASA NAK MASUK DAN MENANG RM10,000BUKAN?! BUKAN?!
Saje buat suspense eh Hanis Zalikha bin? Eh? Eh? Okay kat sini isikan butiran diri untuk profile anda.
Pastu upload gambar hero dan heroin anda. OMG ISNT THAT DEWATTA ARJUNA?! *buat-buat minat*
Pastu boleh tampal-tampal stiker dan pilih font dan pilih lagu comey comey comey.
KALAU CUKUP COMEL, BOLEH LAH MENANG HADIAH KETIGA RM2,000. TAK PUN HADIAH KEDUA RM5,000. PALING-PALING PUN HADIAH PERTAMA AH, MENANG RM10,000.
Yang buat video boleh menang, yang tengok video pun boleh menang, Tapi lepas tengok kena votelah (tak pakai duit pun). Yelah takkan setakat tengok je ada orang nak bagi iPhone 3GS. Apa dia?! iPhone 3GS?! Ya! Jikalau menjadi lucky voter boleh menang iPhone 3G! Dan weekly voters dapat pass pergi contest finale :)
Mesti paham perasaannya apabila melihat semua huruf pada tajuk entri di capslock kan tanpa sebarang ragu. He he he. Pada satu pagi Khamis yang dingin, ketika saya dan geng-geng kelas saya sibuk makan breakfast cekodok cucur udang kuih keria di bawah sebuah pondok dalam kampus taman kami, waktu kami bergebang tentang lecturer terhandsome eh maksud saya, tentang pertandingan nyanyian yang saya semangat benar nak buat banner kerana Shabrina, classmate tersayang dapat masuk final weekend ini. Tiba-tiba ibu bapa saya membuat aksi tercomel dengan membuat panggilan talipon yang berbunyi "Hanis habis kelas pukul berapa? Mama ngan daddy nak datang ambil!" ALOLOLOLOLOLOLOLO PARENTS SIAPA LAH YANG PALING KESAYANGAN NI SANGGUP REDAH LIKU-LIKU JALAN RAYA NAK AMBIL I DI SEGAMAT?! Terus byebye Shabrina goodluck. Haha.
Selamat pagi! Bersyukur dapat tidur tanpa peluh bila reunion dengan penghawa dingin.
TAPI PALING BEST KALAU DAPAT BALIK HARI KHAMIS IALAH, IA MASIH HARI MINGGU MAKA MASIH SEMPAT JUMPA SI PIPI LABUH YANG MAMA JAGA.
Tapi meragam tak berapa sihat.
Pipi Labuh suka mandi. Teruja dia bila I mandikan dengan penuh kasih dan penuh sayang.
Sigh awat hang comel sangat?!
Oh! Nak ucapkan terima kasih atas compilation anda semua dalam "Tourist's Guide to Guang Zhou". Banyak info berguna :')
BIG SHOUT OUT TO ADIK LELAKI TERSAYANG, MOHD KHAIRI, ALLAH SELAMATKAN KAMUx2, ALLAH SELAMATKAN KHAIRI ULAM RAJA, ALLAH SELAMATKAN KAMU. Dah tua!
Kalau diizinkan Allah, insyallah, if Allah's willing, this May 2010, I will be taking my mom and my sister Kakak Liana aka Kekna to Guang Zhou, China. Hehe ini anggap sebagai hadiah tunang lah ye Kekna :) Sebab kami ke sana adalah kami nak jalan-jalan cari pasal. Siapa pernah pergi sana bolehlah bagi tips-tips ya. Dialu-alukan. Kekna katanya nak cari barang nak tunang amboih amboih bila lah tuh nak tunangnya, banyak dah dengar ura-ura pembangunan. Tapi yang penting sekarang, untuk trip ini, hanya Kekna tahu cakap Mandarin. Tapi itupun setakat selamat pagi, selamat petang, isnin, khamis, satu, dua, tiga. Kalau nak cakap "Tolong berhentikan teksi ini sekarang jugak!" atau "Hoh harga tak boleh turunkan lagi ke duit dah habis beli handbag LV grade B", takde siapa antara kami bertiga yang tahu.
Nak cakap tentang lebam bawah mata. I dont have any tips to be shared. But my make up artist, Grace, dia cakap bawah mata pun ada saluran darah juga. Macam lebam yang lain di tubuh badan kita, contohnya lebam tersepak pintu, lebam terhantuk kepala katil, lebam kena Muay Thai, semua takes time untuk heal, tapi sooner or later akan hilang juga. Lagi-lagi kalau rajin urut, untuk lancarkan balik salur darah tuh. Cuma salur darah dan kulit bawah mata kita extra sensitif. Jadi, kita kena urut perlahan-lahan. Urutlah masa sapu mosturizer, atau cream apa-apa yang korang rajin sapu. Kalau pakai cream mata, janganlah tepek je, pemalas. Urutlah. Rajin-rajin sikit untuk cantik. SEMUA JENIS CREAM PUN, UNTUK CEPAT MERESAP MEMANG KENA URUT. Dan mata perlukan rest yang cukup. Jangan annoying mengadap PC 16jam, pastu tertanya-tanya eh kenapa bawah mata I lebam, I tak tidur lambat pergi clubbing pun -_-. Bukan tidur lambat je buat mata lebam! Tapi tidur lambat MEMANG sebab utamalah. Janganlah tidur lambat. Badan perlukan rest. Otak pun perlukan rest. Kesian diorang. Korang makan dahlah tak healthy langsung, badan nak kena proses gila-gila punya. Pastu taknak bagi dia rest. Tak patut, tak patut.
Team Tidur Awal.
Tiba-tiba: Lebam juga terjadi apabila kekuatan bergayut di talipon pada malam hari mengalahkan kekuatan monyet bergayut di dahan pokok plastik Zoo Negara. Tapi biasalah muda-mudi zaman sekarang memang kuat bergayut menggunakan talipon bimbit. Lagi-lagi yang ada pakwe makwe ish ish ish. Whatever happens to kutip duit syilling satu rumah, celah kusyen, bawah katil bawah peti sejuk dan pergi public phone malam-malam callingmalling? Sekarang takde semua tuh, hanya tinggal keluar duit dari dompet untuk top up banyak-banyak T_T Nasiblah berbaloi-baloi kalau dengan Xpax lagi-lagi dengan Xpax Big Freekin Sale yang setiap kali anda berbelanja, lebih banyak peluang menang Mac Book Air, Blackberry, iPhone, PSP. Download macam-macam waktu Happy Hour pun dijanji murah sebanyak 50%. Sale lah katekan.
Has yet to be uploaded I'm sorry. It's quite flattering really, to have received few 'dear Hanis can you teach me how to wear shawl since you always look so polished etc' emails, so let's go baby go. I got this from my mama.. and juga surrounded by rakan-rakan pemakai tudung :')
Youtube buat hal. Still uploading and I don't have all the time in the world nak mengadap laptop ini maka, please bear with me, Care Bears.
Okay it's up :D To be honest, I dont think I'm much help sebab bukan tunjuk teknik terbaru ke apa -_- Tapi sebab nak menjawab emel aje, harap maklum. Even mama tengok video pun mengomel "Asal cara Hanis pakai buruk?". Sebab dia dah ajar sebelum tuh! Haha T_T
Lagu background ialah lagu favourite woh, Nabilak Nabilak.