Showing posts with label Babysitting Chucky. Show all posts
Showing posts with label Babysitting Chucky. Show all posts

Sunday, January 19, 2014

Real Toys Real Joy


Keknis memang suka suka-suka masuk Toys R' Us every now and then. Masa kecil Mama and Daddy selaluuuu bawak kitorang pusing Toys R Us. Kadang-kadang je dapat beli, most of the time, sebelum keluar cuma dapat beli aiskrim Digimon or gula-gula dekat kaunter bayaran tuh just nak sedapkan hati kitorang LOL. Tapi kalau ada pencapaian yang bagus or birthday mesti Daddy belikan mainan dan itulah hari-hari paling best dalam kehidupan kanak-kanak kami.

Minggu lepas usha lagi Toys R Us untuk tengok mainan yang pernah dibeli, dan imbau kembali mainan yang tak pernah kesampaian nak beli sebab takde siapa nak layan. Sekarang Toys R Us tak semeriah dulu, tak ramai orang dan tiada lagi aura bingit anak-anak kecil. Namun satu yang tak berubah, muka budak-budak kat situ bila mak bagi pilih mainan. I managed to snap this.

That is pure excitement. Kudos to the parents for bringing up the child like this. Bagi real toys for real joy.

Writing this, Keknis sebenarnya tengah sedih baca berita budak-budak bertingkah-laku orang dewasa. Tak perlu terdedah jauh, internet yang ada di handphone dan tablet mereka sudah cukup untuk mengajar mereka macam-macam tanpa had. Memang boleh dikawal, tapi seberapa jauh saja kan, dan seberapa banyak saja waktu-waktu yang ibu bapa ada di samping anak itu?

Belum lagi masuk sindrom-sindrom anti-sosial. Ada anak-anak yang so engrossed dengan gadget masing-masing sampai tak bersalam orang. Kalau salam pun pastu blah and masuk balik dunia dia sendiri. Dekat restaurant kalau anak nangis, ada parents yang terus capai gadgets nak diamkan diorang walaupun on the dinner table. Ada anak-anak yang jenis berlagak, sebab ada gadget taknak cakap dengan budak-budak lain yang takde gadgets. Children are naturally curious, so bila budak yang takde tab or smartphone ini cuba usha, mesti ada aura-aura kedekut berlagak dari budak yang bergadget. My God.

Juga, macam makin ramai budak yang bersindrom lambat belajar atau bercakap. Kalau dulu, seperti hanya satu dalam 6 orang (contoh terus dari adik-beradik Keknis sendiri), sekarang macam MOST of budak yang Keknis dengar sendiri parents dia sembangkan. Bila bawak jumpa pakar, mesti pakar akan tanya berapa kerap anak itu didedahkan dengan gadgets? Nanti kita tengok pula seawal mana anak-anak kita akan rabun. Gasp!

Beza parents dahulu kala, dengan parents moden adalah; Parents zaman sekarang terlalu awal berusaha untuk menjadi BFF anak mereka. Kalau dulu masuk remaja atau dah dewasa baru parents kita berhenti mendisplin dan mula berBFF. Now, not anymore. Keluar perut terus AMAGAD WE'RE BFFFFFFFFFFFFFF!

Keknis tak rasa Keknis akan lari jauh dari menjadi parents moden bilamasa Keknis sendiri pula ada anak. Ini semua timbul sebab terkenangkan perasaan sendiri bila masa kecil tak dapat itu ini, dan dimarah itu ini, walhal semuanya telah menjadikan kita siapa kita hari ini. Tulisan ini moga menjadi peringatan buat Keknis sendiri, di masa akan datang. HANIS KAU KENA INGAT SEMUA INI!!! LOL. Back to Toys R Us, wow lama benar berdiri di sudut Barbie dan terpikir semua ini. 





MY CHILDHOOD. Tapi Mama Daddy cuma belikan Barbie dan baju sahaja. Jadi kena kreatif buat rumah sendiri guna rak buku, buat peti sejuk guna kotak Scott's Emulsions, meja side table guna that small plastic stand kat tengah-tengah pizza dalam kotak, buat katil guna kotak tisu dan bantalnya guna batu seremban. I was so proud of my creations, setiap kali orang datang mesti ajak masuk bilik nak suruh tengok walhal bila ingat balik hodoh gila kahkahkah.


Adik saya Khairi memang gila Hotwheels. Banyak gila kereta nih kat rumah kitorang untuk diterpijakkan dan mengamuk. Daddy layannnnn je Khairi dulu, beliiiiiiiii jer Hotwheels setiap kali. Harap Khairi pula akan layankan Daddy kembali bila dah ada duit dengan membeli sebijik besor kereta hot.


This was our thangggg! Rajin kami berPlay-Doh sampai terlekat tergumpal-gumpal dekat karpet. Mama tak pernah marah plak part tuh hmmm :')


Untuk perjalanan jauh, inilah peneman kitorang dalam kereta!!! Main macam-macam game lukisan dengan ini. It was our everything. Suka tengok serbuk magnet bergerak-gerak ikut pen tuh.



Simple stuffs that made us powerful explorers dekat garden Mama. Dapat belalang je ponnn. Kalau dapat ladybug kira dah professorlah, pastu letak dalam bekas and tengok progress guna kanta. Pastu tetiba satu hari ladybird dah kejung, patutlah tak jadi professor dah bila besar :(



I HAVE ALWAYS WANTED THIS. NAK GILA-GILA! Tapi ini mainan orang kaya, dalam hatiku. Kecik-kecik dah boleh pikir sendiri kahkahkah. Kalau takleh pikir sendiri sure tergolek dog menggelupur kat situ sebab nak jugakkkkkkkkk! Macam adikku Hafiiz setiap kali pergi Toys R Us. Huh! Memalukan! Lul.


Duplo comel! Tak pernah beli tapi comel! Wonder why Alisya tak pernah mintak ini.



Ini best! Macam bela jentik-jentik je pun. Tapi dia punya excited, kalau dah beli balik terus nak buat Sea Monkeys pastu dah buat, semangat setiap hari balik sekolah mengadap nak tengok dia membesar. Ingatkan jadi monyet, takde pun :(



Cheap outdoor thrills! Bubble makers!!! Main dekat luar je boleh sebab pernah main dalam rumah pastu kena marah lantai licin LOL.


Ini lagi satu mainan orang kaya yang tak pernah berani nak mintak. Kalau pergi Toys R Us mesti feeling-feeling pusing-pusing dalam nih. Berebut-rebut dengan budak-budak lain. Pastu siapa dapat rumah display paling cantik, siap ada gelongsor kat tepi etc. Tapi masa pergi tempat nih sekarang, takde budak langsung kat situ hmm.



Tak pernah reti guna binatang nih hergh.



Bila dah besar sikit, dah tak buat benda-benda kejam macam bunuh ladybird dah. Kita dah matang, kita main Jenga.



INILAH MAINAN YANG SEMUA ADIK-BERADIK DAPAT MAIN DAN BERGADUH DALAM SATU-SATU MASA HAHAHAHA. KEKNA, KHAIRI, IMRAN, HAFIIZ AND ALISYA, JOM MAIN LAGIIIII?



Feeling cashier kalau dapat main benda nih. Sangat teruja lagi-lagi kalau bunyi teet bila scan barang, pastu drawer duit bunyik kaching bila bukak. Tapi Mama Daddy tak pernah belikan. Dia nak anak jadi professor je kot. Sobs. 




Lagi mainan orang kaya. Cuma mampu tengok dalam bekas kaca sambil tinggalkan kesan bibir dan jari-jemari.



Mama Daddy juga pandai nak diamkan kitorang dengan ini. Lagi satu keterujaan murah. Bowling plastik. Tapi after awhile penat weh nak susun sendiri pin tuh cantik-cantik.



Ya. Itulah dia sedikit sebanyak perkongsian yang moga-moga dapat menyedarkan kita kembali, perasaan seorang anak kecil, what it was like being a kid. We didn't have tabs smartphone etc then, but we turned out AWESOMEEEEE. No, bukan suruh campak terus gadgets anak-anak anda, tapi everything needs to be in moderation. Itu saja. Gila jugak weh kalau anak-anak zaman sekarang tak dapat macam anak-anak lain di sekeliling mereka. Kesian plak. (Rasanya ada defensive parents yang tak mengerti ayat cadangan ini. Saya maksudkan, budak kecil zaman sekarang PERLU ada gadget untuk mereka main, kepunyaan parents atau diri sendiri, supaya tak ketinggalan plus peer pressure. Cuma harus dikawal ketat dan dikurangkan penggunaannya. Takmo emo-emo dah). P/S: Kalau pemahaman bacaan kita awal-awal lagi sudah terhalang dengan negativity dan defensiveness, whatever we read after that are just noises. Sebab tuh anda terlepas mesej perenggan akhir ini.





Tapi kalau nak tegas sangat, taknak bagi gadgets gak, nah ambek nih.


#RealToyRealJoy

SELAMAT TAHUN BARU 2014. OH HOW MUCH I'VE MISSED YOU GUYS!!! SEMOGA BAIK-BAIK SAJA UNTUK TAHUN INI YA :') 

Thursday, October 31, 2013

Cara Memberi Berita Buruk

Okay hari ini Keknis nak kongsi cara memberi berita buruk supaya tak kena penampor/masih disayangi.

Cerita dia begini, ramai yang nak sponsor Keknis macam-macam supaya dipromote tapi Keknis tak mampu terima semua jadi Keknis pun letak terma dan syarat yang agak ketat dan tinggi untuk dipenuhi oleh bisnes yang betul-betul serious nak invest sahaja. (Kita sekarang bercakap tentang iklan di Instagram dan blog, hello anda bersama saya ke tidak?). Jadi bila mana-mana bisnes yang tak mampu penuhi tuntutan Keknis, terpaksalah memberi mereka berita kurang enak, "sorry I can't help you to promote your product". Tak best kan nak cakap camtu? I hate to be the one (or in this case, Melle, my stylist) to deliver the bad news so it has become a problem.

Keknis berpegang kepada, a problem remains a problem when there is no solution.

Jadi? Solution yang Keknis carikkan untuk semua online bisnes yang baru nak bertatih di Instagram ialah, Keknis buat ruang dan hashtag #SayaJual . Jadi bila Keknis terpaksa deliver the bad news, I can always recommend them another solution which is to be a apart of #SayaJual . Ia adalah satu Instagram post (seminggu sekali) yang semua bisnes boleh spam mengajak orang ke acc mereka, dan hashtag itu pula meletakkan semua bisnes dalam satu tempat yang ramai orang boleh browse. Jadi siapa nak browse instashop di Malaysia, search saja hashtag #SayaJual. Alhamdulillah I am glad I could help. Tapi ini cuma mukadimah kepada apa yang Keknis nak kongsi hari ini.

A problem remains a problem when there is no solution.

Berita buruk benci untuk didengari kerana ia adalah satu masalah. Berita buruk benci untuk didengari kerana ia adalah satu bebanan untuk mencari jalan keluar. 

Contoh berita buruk ; "Mak saya failed paper BM untuk trial SPM". NAK MATI EH DATANG KAT MAK KAU CAKAP CAMTU? 6 MINGGU PUN TAKKAN HABIS BEBELAN MAK KAU SIAP QUESTION ASAL USUL LATAR BELAKANG KAU.

Contoh berita buruk ; "Adik, akak terlanggar penyet anak kucing adik sebab dia duduk dekat tayar". MENANGIS SEMINGGU WEH ADIK TUHHH BIADAP PUNYA KAKAK TAK CHECK DULU SEBELUM GOSTAN.

Contoh berita buruk ; "Salmon kita dah habis hari ini". WOI INI KEDAI SUSHI KE KEDAI APA WEH SALMON PUN HABIS TAK RETI BAJET KE NAK TANGKAP BERAPA SALMON DI LAUT SETIAP HARI *API KELUAR HIDUNG BULU HIDUNG TERBAKAR*

Contoh berita buruk ; "Sayang, abang nak kahwin lain". Cubalah try cakap, CUBA.

Jadi cara yang terbaik dan penuh hormat untuk beri berita buruk adalah to cushion its impact with a solution. Dengan mengurangkan impak berita buruk itu apabila ia didatangkan sekali dengan beberapa cadangan penyelesaian. 

First, kita kena paham dari mana kemarahan itu datang. Dari situ kita akan mendapat idea bagaimana untuk meredakannya. Contoh berita buruk yang fail paper BM untuk trial SPM. Mestilah kemarahan emak itu datang dari satu kekecewaan dan ketakutan. Mesti dia takut anak dia fail terus untuk SPM yang sebenar. Bila dah faham sumber kemarahan itu, kau datangkan penyelesaian yang terbaik untuk meredakan hatinya. "Mak saya failed paper BM untuk trial SPM, *tapi* saya dah daftar kelas tambahan setiap hari Sabtu dan saya dah duduk dengan cikgu bincang bahagian yang saya lemah jadi lepas ini saya nak beli novel BM untuk improve kosa kata saya". Okay. Camtu (provided kau dah setelkan semue benda yang kau cakap tulah). Mak kau still akan marah. Tapi dia marah je pastu dia buntu nak bebel apa dah sebab bebelan biasanya adalah satu keluhan kesalan. Tapi kau dah matikan point dia bila kau beri dia jalan penyelesaian atas inisiatif kau sendiri. Paham?

"Adik, akak terlanggar penyet anak kucing adik sebab dia duduk dekat tayar *dan* akak tahu adik sedih tapi dia sekarang dekat syurga kucing tengah makan tuna atas dulang emas, nanti hujung bulan akak belikan kucing baru sebab akak tahu adik suka peluk kucing time tidur."

"Salmon kita dah habis hari ini, *jadi* kita akan pergi Cold Storage sekejap untuk beli, provided cik mampu tunggu lama sikit, boleh? Nah macha ice cream semangkuk sementara cik tunggu"

"Sayang, abang nak kahwin lain *maka* abang dah belikan sayang Lamborghini sebijik"

Camtu. Okay yang last tuh mungkin takkan berhasil gak, sorry. 


Sunday, May 5, 2013

Tips Naikkan Berat Badan

Hello Keknis dah janji nak bagi tips naikkan berat badan sebab badan Keknis pernah naik satu ketika dulu jadi Keknis cuba ingat kembali perangai Keknis serta rutin waktu ketika itu untuk dijadikan panduan mahupun tauladan (bagi yang taknak naik berat badan). Tips yang diberikan tidak semestinya sihat.


1. Makan lewat malam.
Wah, terus-menerus bagi tips paling tak sihat sekali mentang-mentang dah tulis disclaimer LOLOLOL. Tapi ini sangat betul. Ada satu masa tuh, I was always working till late for few weeks, balik shooting pun lewat, walau kat set dah makan dinner (nasi) dan supper (biasanya Ramli burger), tapi sampai rumah still akan lapar lagi pastu masak maggi atau nasi putih telur dan kicap pergh pergh pergh gebu berat badan. 

2. Always have food within reach.
Dalam bahasa Melayunya, sentiasa ada stok makanan dalam ruang gapaian. Wah. Seperti Keknis, Keknis memang simpan makanan merata. Dalam almari kat bilik, dalam kereta, dalam handbag ada bread & butter, everywhere. Langkah ini sesuai untuk orang yang malas nak cari makan pada waktu senggang, malas nak turun dapur dan sebagainya. Malas adalah satu penyakit yang bukan hanya membuatkan orang gemuk, tapi membuatkan orang kekal kurus juga, pabila MALAS MAKAN. Jauhi 'malas'.

3. Minum air limau suam/panas.
Keknis kalau makan pastu order air limau suam, memang lepas habis makan still lapar. Teruk gila. Pernah sekali lepak makan nasi daun pisang kat Nirwana Maju sambil minum limau suam/panas, pastu biasalah perangai budak-budak baru nak up kan suka tukar tempat lepak, jadi pergilah pulak Mamak Andersen lepas selesai pekena nasik. Kebulur gila dahku cecah jer bontot kat kerusi terus menggigil tengok menu dan order beef lasagna. Penangan asid sang air limau. Damn mok mok.

4. Bahagiakan diri anda.
Ini tips yang paling orang selalu sebut-sebut (eh dah makin berisi, tengah bahagia lettewww) tapi lupa betapa benarnya ia kepada berat badan kita. Bila kita gembira, mesti kita rasa semua benda best semua makanan sedap selera terus menggunung. It's good :) Tapi bila kita stress, kita cengkung, sebab tak selera makan, emosi terganggu, terlalu pikirkan sesuatu sampai terlepas waktu-waktu meal :( Jangan stress tau :( Tak elok :(

5. Jangan masak.
Satu benda yang Keknis perasan, setiap kali lepas Keknis masakkan untuk keluarga, mesti macam tak lalu makan sangat. Lagi excited nak mengadap diorang makan sambil menatap muka puas memasing (bangga lettew orang makan makanan dia). Diri sendiri plak tak berapa lalu makan sebab 1) Dah tahu rasa masakan itu waktu altering the taste. 2) Dah penat masak. 3) Bau badan sendiri dah macam bau kenduri. 

Jadi kalau nak jaga selera makan dan naikkan berat badan, takyahlah masak. Hahahahaha, sebab masa Keknis busy kerja tuh, Keknis memang tak menyempat nak masak, that's why selera jer makan! Fuh!

 Tak elok sungguh nasihat ini kepada para gadis yang nak naikkan berat badan, tapi sekadar berkongsi. (Secara tak langsung, siapa yang nak turunkan berat badan tuh, RAJIN-RAJIN kan lah diri memasak).

6. Makan 3 course meal. Always.
Pembuka selera (buah-buahan/salad), makanan utama (nasi/lamb chop) dan pencuci mulut (kek/aiskrim/puding/creme brule). Setiap kali. Kadang-kadang takde dessert pun, mesti carik gak biskut dalam tin yang manis-manis. Memang habit.

***

Itu saja buat masa ini. Keknis akan tambah kalau terlintas lagi tips yang pernah Keknis amalkan. Yeay bye! Rindu korangz.


Tuesday, April 2, 2013

Tips Turun/Maintain Berat Badan

Rasanya bukan lagi satu berita tergempar bahawasanya Keknis suka makan. Ehem. Diam korangz.
Dalam pada masa yang sama Keknis sentiasa monitor weight Keknis sebab semua perkara yang Keknis buat adalah bersebab. Cara Keknis makan, waktu Keknis makan, makanan yang Keknis ambil, exercise yang Keknis buat, bilangan kunyahan setiap suapan cewah suka lebih2.

Ada ketika Keknis rasa Keknis perlu naikkan berat badan, Keknis terpaksa ubah gaya hidup. Ada masanya, orang tegur badan dah naik sangat tak sesuai untuk TV, Keknis experiment cara lain pula untuk kurangkan. Jadi tips ini adalah dari experience, dari DIET DIARY Keknis. Nota: Diet bermaksud pemakanan ya. Bukan bermaksud jaga makan/makan kurang. Sebab itu doktor sarankan 'jagalah diet anda'. Maksudnya jagalah pemakanan anda. Salah bila ada gunakan 'saya sedang berdiet'. Huh?

Untuk Turun/Maintain Berat Badan.

1. Makan sedikit tapi banyak kali. Namun kalau kat restaurant yang mana makanannya portion besar, hmm memang terpaksa habiskan. Untuk hari yang macam itu, Keknis cuma makan 3kali sehari.

2. Pernah dengar 'Breakfast like king, lunch like prince, dinner like a pauper/beggar'? Kenapa kena breakfast paling meriah dan merudumkan kemeriahannya pabila melewati harimu? Sebab untuk brekafast yang besar, kita ada WHOLE DAY untuk hadam ia dan bakar lemak itu. Bila dinner pula, lepas makan kita terus rehat dan tidur. Jadi dinner Keknis memang simple selalunya atau kecil portionnya. Breakfast besar, lunch sederhana, dinner sedikit. Amalkan.

3. Sejak Keknis dah dewasa ini, Keknis agak-agak Keknis dah merasa semua air yang sedap-sedap fruit punch smoothies shake mocktail juice bagai. Jadi Keknis pun sudah mula berhenti minum air yang fancy dan manis (kecuali Red Bull untuk waktu kerja terutama waktu hosting). Kini semua makanan yang sedap-sedap itu akan mendapat pasangan yang terbaik, iaitu air mineral. Memang air mineral all the way. Cuma pagi saja minum yoghurt drink (rarely). Breakfast like king katakan.

4. Detox. Usahakanlah untuk berry (nama manja bagi buang ayaq besaq) sekali sehari. Ini kena consistent sebab tak bagus untuk badan simpan toksik lama2. Syukur sebab sistem penghadaman Keknis baik, boleh auto every morning LOLOLOLOL TOO MUCH INFO SHADAP YOU, tapi bagi yang susah nak berry everyday: try minum Milo setiap pagi selepas breakfast. Makan pisang setiap hari. Goodluck!

5. Detox, masih dalam topik penyahtoksik (detox). Sebab Keknis suka gilos makan dessert/pencoci mulot, jadi banyak sugar dalam badan. Sugar tulah yang boleh menggemukkan! Maka, selain cuba membalas balik dengan air mineral, setiap malam sebelum tidur Keknis akan minum green tea! Green tea sangat sedap waktu masih panas/suam. Cubalah suka, perlahan-lahan mesti boleh.

6. Jangan malas berpeluh. Pagi-pagi Keknis akan menari sebelum mandi. Ada yang tanya menari camnerrrrrr tuewwwww? OMG korangz. Menari jelah macam mana pun. Macam parodi Shae Sayang tuh pun kalau bersungguh buat sure berpeluh. Berpeluh untuk 30minit baru sejukkan badan dan shower. Rasa segar gila nak pergi kerja, selain menggunakan semua benda yang dah anda pelahap itu sebagai tenaga :') Tak sia-sia makan... bukan untuk tambahkan ukuran lilitan pinggang.

7. Makan dalam mangkuk dan gunakan sudu. Okay ini tips untuk tak terlebih makan masakan Mama. Mama masak super sedap okay, and for me, kalau makan guna tangan memang kerja nak menambah nasik ajer! Sedap betul ya jus-jus tangan. Memang bagus makan pakai tangan sebab peluh tangan boleh hadamkan makanan itu sekali, tapi, kalau dah portion tambah nasi 3kali ganda... sila pahamkan konsep. So, bila nak kawal nafsu, memang Keknis makan nasi berlauk pakai mangkuk dan sudu! Tak tambah nasik! Terel :') (sudu kurang nikmat hahaha)

Sekian. Oops! Untuk tips naikkan berat badan entri lain ya! Dah panjang sangat ngomel perkongsian ini.



Thursday, January 10, 2013

Tips Elak Botak Untuk Lelaki

Ini bukan entri untuk lelaki metrosexual yang lebih pakar dalam bidang ini berbandingku, tapi ini tips simple untuk lelaki-lelaki biasa/tak kisah/selebet/cool/macho yang selalu terlepas pandang atau tak ambil berat tentang rambut dan kulit kepala pastu komplen asal diorang makin botak LOL.


Tips 1: JANGAN BIAR KULIT KEPALA BERMINYAK.
Ya, saya paham rambut awak pendek, jadi awak tak rasa rimas kalau tak basuh setiap hari atau selang sehari. Awak tak rasa rimas kalau 2-3-4-5 hari biar rambut tak bershampoo. Tapi... mak dan makwe awak rimas. Sebab kulit kepala awak berminyak dan (maybe) busuk. Pastu kulit kepala berminyaklah senang gila rambut nak gugur. Minyak = lubricant. OMG common sense injected kan. Jadi shampoolah rambut anda selang sehari.


Tips 2: JANGAN SIKAT RAMBUT MASA BASAH.
Rambut dan kulit kepala jadi lembut dan fragile waktu basah. Waktu tuh jugalah awak nak sikat ya? Mmmph.


Tips 3: JANGAN IKAT RAMBUT MASA BASAH.
Ini untuk yang rambut panjang. Janganlah ikat rambut masa basah. First of all, rambut fragile ditarik-tarik. Secondly, rambut jadi kepam sebab belum kering sudah dikumpulkan bersama. Thirdly, bila kepam, dandruff pun berkepuk-kepuk, menutupi liang rambut, jadilah rambut gugur! Suka lettew botak.


Tips 4: JANGAN GUNA SHAMPOO PEREMPUAN
Ada sebab shampoo kita semua bergender. Shampoo perempuan untuk rambut perempuan yang lembut dan tak selalu letak gel/miyak/wax. Jadi rumusan dia pun lemah lembut hewhewhew. Bila awak pakai kat rambut awak yang penuh wax tuh, memanglah tak luntur waxnya. Jadi masih tinggal sisa-sisa wax yang boleh sumbat liang rambut awak. Malah, bila awak cuci tak cukup bersih, susah nak rapikan/stylekan rambut tuh the next day.


Tips 5: PAKAI TOPI HANYA DI LUAR BANGUNAN.
Saje je.


Baiklah itu saja tips yang boleh saya kongsi, tips 4 datang dari Shira sebab boyfriend dia selalu buat LOL. Harap membantu sedikit sebanyak. 

Makan Toujours Skin Collagen Dust kalau agak-agak dah nampak tua. Emel : toujours . my @ gmail . com untuk keterangan lanjut. Lelaki pun boleh makanlah. Hohhhhh.

Tuesday, August 7, 2012

Otak dan Rabun

Ingat tak dulu I tak rabun? Those were the good old days. 

Terima kasih Blackberry atas fasa hidup bercermin mata ini. Ya, saya still salahkan smartphone sebab seingatku, rabun bermula waktu semester ke-3 di universiti, iaitu semester sama ku mendapatkan diri ini Blackberry.

Bila saya perasan saya rabun? Waktu di dewan kuliah (mass lecture), biasa budak-budak ganas standardlah kan, duduk belakang-belakang, paling jauh dari lecturer, kalau jawab jawapan yang nakal-nakal pun sayup-sayup jer kedengaran. So bila dah duduk belakang, tengok screen projector tuh, eh apasal slide lecturer nih kabur, ingatkan dia tak adjust focus kat projector tuh, sekali tanya kawan sebelah, dia cakap, eh clear jelah. Pastu pinjam spek kawan lagi satu, wow indahnya dunia, terangnya dunia, sungguh tajam segalanya.

Rabun rupanya. Dah tak ganas dah.

Bila pergi check mata, tengok power okaylah, 125 and 150, tak jauh sangat mata kanan dan kiri. Tapi baru-baru ini, check lagi dah naik dah. Mata kanan 175, mata kiri 225. Pergh, tua tua tua. Kekna kata, mata kiri lagi tinggi naik power, sebab tak exercise otak kanan. Otak kanan kan mengawal semua anggota kiri kita. Sekarang lihat rajah perbezaan otak kanan dan otak kiri dalam iklan Merc di bawah.


Jadi, mata kiri saya makin galak kerabunnya kerana saya kurang beraktiviti kreatif. Paham? Kalau dulu suka melukis dan mengecat, sekarang setiap hari pandang nombor dan baca buku. Sedihnya, I'm sorry otak kanan, I will balance my usage of both sides of my brain once again. It's time to get sketchin. I love sketching by the way.

Jadi sementara tunggu waktu berbuka, me, Alisya and Kekna was having girls day in dekat bilik Kekna (Boiri, her husband ulang-alik tak dapat masuk sebab kitorang melepak bilik diorang LOLs siblings power). So I took a pencil and decided to sketch Alisya's face. Mula-mula dia excited, pastu takleh duduk diam. Nak main my phonelah, nak pandang sana-sini lah. Bila terlukis mata dia juling, bising! Susahnya lukis benda bergerak nih! OMG kalau lukis Jaguhbi lagi susah agaknya, (unless dia tidur mati like he always does).


Alisya...

Alisya cam tak puas hati sangat, sebab tak sama dengan muka dia. Dia kata macam muka dia masa dia kecik jer. Excuse me kalau tak gerak banyak sangat takdelah teruk sangat k.


Pastu semalam waktu I sedang tidur ada bunyi orang selitkan kertas bawah pintu, alahai rindu-rindu macam surat cintew jew... rupanya.



Ini lukis out of dendam kesumat ke apa ni.



K ALISYA, SEBIJIK GILER NGAN MUKA KEKNIS. SEBIJIK GILERRRR.


Monday, July 30, 2012

Taat Pada Boyfriend


Taat Pada Boyfriend.

Perempuan selalu cinta dalam-dalam. Tak berpada-pada. Dia percaya  lelaki itulah yang dia bakal kahwini. Mungkin dia anggap, relationship itu sebagai satu test, adakah dia wifey material. Jadi dia kena tunjuk betapa wifey materialnya dia. Dengan taat pada boyfriend.

I’ve seen this a lot (ehem, girlfriends). And at one point in my life, I used to be that girl too.

“Weh jom keluar lepak jap. Lamanya tak jumpa!” “Jap aku tanya boyfriend aku”. Wow, sejak bila berdosa andai boyfriend tak redhakan pemergianmu untuk melepak bersama teman-teman? Bilakah tanggungjawab menjagamu beralih dari ibubapa ke boyfriend mu? LOL.

Bila liat nak solat, boyfriend call dan tanya dah solat belum? Wow terus laju capai telekung dan bersolat wow wow, cuba kalau Mama atau Daddy yang suruh pergi solat, tunggu lagi beberapa minit nak habis waktu baru bergegas.

Ibubapa nasihat belajar rajin-rajin, oh it’s just another nasihat yang berulang sejak dari tahun satu lagi. Tapi bila boyfriend bagi kata-kata semangat nak exam, sayang jangan lupa baca Allahuma Yassir Wala Tuassir ya xoxo. The moment dapat anugerah dekan terus update status FB I can’t do it without you, you are my drive, my inspiration, my backbone. Wah tiba-tiba dia jadi tulang belakang kau, entah engkau tulang rusuk kiri dia ke idok, belum confirm lagi.

Bila pakwe ajak keluar weekend, terus OKAY! *sambil cancel semua plans lain*. Kalau family kata baiklah we’re having dinner this weekend, jawapannya “Tengoklah kalau I free”.

Kalau nak pergi clubbing, "weh nanti jangan tag gambar aku, nanti boyfriend aku nampak". Oops, taknak hancurkan hati boyfriend uols! Hati mak bapak camne? Oh lupa mak bapak takde Fesbuk. Sorry sorry, ini tak valid.

There’s a difference between being a good partner, and secara buta tuli taat. If he is a good partner to you, and you repay him with kindness as well, you’re a good partner. Kalau dia treat you macam bangang, tapi you still put him first, that’s… sorry to say, buta tuli taat.

Bila buta tuli taat, you lose your value and above all, you lose yourself. 

So ladies, don’t give your all just yet. Not until he sits on the cushion and the pakciks around him said “SAH”. Biarlah orang kata jual mahal, sebab benda mahal memang kita kena jual mahal okay belajarlah ekonomi/business.

Thursday, July 26, 2012

Untuk Yang Tak Tenang Jiwa

Sebab belum order kuih raya buat keluarga dan mertua... Hehehe ala jangan marah.
Taken from my mom's blog...

Assalamualaikum

Ada ketikanya ada perkara yang kita kena lepaskan sedikit sedikit agar terhurai tekanan yang menekan. Macam saya dulu semua benda dalam hidup saya nak lakukan sendiri. Sampai memotong rumput pun saya mahu lakukan sendiri.Pergi kedai hardware, beli mesin rumput dan bagai. Rumah nak cat sendiri, kuih muih lauk  pauk setiap kali nak masak sendiri, semuanya saya nak buat secara DIY. 

Kalau betul saya suri rumah tangga tidaklah rasa teruk sangat. Ini saya berkerja, mengandam, membaking, mengurus hal ehwal berniaga. Jadi mana kehidupan sebenarnya. Semua  mahu dikejar, mahu digapai, kalau akhirnya diri sendiri yang tersadai, siapa yang rugi, bukan orang lain, diri sendiri juga yang merasai.

Sampai ada satu masa, bila hanis menasihati saya bahawa kalau kita nak berjaya bukan kita yang berkerja. Tapi orang yang berkerja untuk kita. 

Maka sedikit sedikit saya lepaskan. Strawberry Moist Choc cake saya lepaskan business pada  Liana. Saya tumpukan pada kek pavlova sahaja. 

Dulu kerana gemar  nak mencuba skil memasak  maka setiap masakan yang ada direstoran, saya ingin  memasaknya sendiri di rumah. Sekarang saya rasa lebih santai kerana berfikir bahawa nikmatilah hidup ini seadanya...kalau mampu buat, kalau tak mampu kita biar orang lain ambil alih.. Selepas itu saya sudah tidak lagi bersungguh, bertekun, menghabiskan separuh hidup menyediakan semua menu untuk keluarga. Kalau sempat atau ada kelapangan baru saya cuba masak istimewa atau masak biasa. Jika tidak saya bawa anak-anak makan dan bergembira di luar.

Alhamdulillah sejak itu kehidupan saya lebih ringkas dan tenang. Dapat rehat lebih, keluar dengan keluarga, kawan kawan dan adik beradik. Saya banyak masa untuk diri saya sendiri.

Sama kaedah dengan penyediaan kuih muih hari raya.  Bertekun membuatnya bukanlah sesuatu yang menyeronokkan sebenarnya. Kerterujaan membuatnya hanya pada waktu mahu memulakan. Tetapi apabila berada di pertengahan jalan, kita akan mudah rasa jemu dan keletihan. Selain daripada kena ambil extra effort untuk membeli barangan di kedai, mengemas peralatan yang mengotori dan membuat dapur tunggang langgang dan bahan bahan membuat kuih yang berlebihan belum tentu akan kita gunakan dan akan banyak pembaziran di situ.

Maka buat anda semua, jalani hidup ini dengan lebih santai. Jangan persediaan kuih raya memberatkan lagi bahu kita walhal puasa dan hari raya itu adalah hari untuk kita lalui penuh kerehatan dan kegembiraan.

Mengapa tidak sahaja sediakan budget rm100-rm200... order sesuka hati sesedap selera. Tak perlu berasak-asak di kedai Bagus mahupun Bake With Yen, yang bahan bahan buat kek semakin tahun semakin mahal, sebab ramai sangat orang kita semua nak cuba skil masing-masing maka tokeh tokeh ni naik harga bahan-bahan sewenang-wenangnya.

Sungguhpun begitu saya tak kisah walau makin tahun untung berkurang asalkan  kuih raya saya jual dapat sambutan apatah lagi saya usahakan semakin tahun semakin sedap namun harganya tidak berubah sama sahaja.

Tahun ini saya tambah sedikit kuih-kuih baru yang memang superb. InsyaAllah memeriahkan raya anda.



KUIH RAYA PALING DISYORKAN MENGIKUT TURUTAN 1 - 16

1. Snow White
2. Glamarous In Cup
3. Pop Nuts
4. Classy Pandan
5. Samperit
6. Sunny Cruncy
7. Romantik Hazel
8. Nestum Rasberry
9. Choc Crumpy
10 Prada Passion]
11.Rollin In The Deep
12 Jem Tart Gulung
13. Beautiful Blueberry
14. Biskut Arab(Gambar BelumUpload)
15. Chocolate Rice(Gambar Belum Upload)
16. Gorgeuos Peanut (Gambar belum upload)

PENERIMAAN ORDER BAKAL DITUTUP HUJUNG MINGGU INI!!! TAKE ACTION NOW!





Sebelah kiri diberi nama Pop Nuts yang sungguh cruncy, penuh dengan kekacangan yang mengasyikkan dan Almond London yang sebiji kacang badam yang bersalut biskut rangup dan dicelup coklat yang lemak manis. Harga setiap balang rm28 dan isinya 50 keping.






Dari kiri, sesuai dengan namanya Snow White, yang sungguh bersalju, rangup, berkacang dan kuih raya paling top setiap tahun. ...Manakala, yang sebelah adalah pandan samperit yang bernama Pandan Classy, rangup, lembut bersalut coklat putih berhias manik. Kegemaran setiap kanak-kanak.adalah pasti....salah satu  kuih yang paling laku setiap tahun. Berharga setiap balang rm28 dengan isi 50 keping di dalamnya.



Beautiful Blueberry nama diberi,  enak berserat penuh khasiat, segala cereal semua dimiliki, apa yang penting ianya sesuatu yang sihat. Harga sebalang rm28. mengandungi 50 keping.







Dari kiri biskut Glamarous In Cup, sungguhlah sedap, sekali makan pasti nak order, paling tengah ada kacang, lepas kacang ada biskut, lepas biskut ada coklat, lepas coklat ada pastri yang cruncy. Harga sebalang rm28 50 keping.

Sebelah kanan tak perlu diwar-war biskut dahlia, Biskut Samperit tapi yang ini lain sikit, hancur di tangan cair dimulut, masuk mulut jangan kecoh nanti bersembur, Dahlia kak nani siapa tak kenal, Sedapnya  tak boleh dilupa. Harga sebalang rm28 isinya 50 keping...








Dari atas Pretty In Love, segalanya kacang dan cereal ada terkandung, Yang tengah Choc Crumpy, memang terkenal setiap tahun, dalam biskut, luarnya coklat, bersalut pulak serbuk roti, ranggupnya ya ampun sedap sekali, Paling bawah Choc Guilty, biskut coklat rangup tidak berinti cuma berhias kacang badam sebiji sebiji. Harga semuanya sama. satu balang rm28. 50 keping isi di dalam.









Yang ini tak usah cerita, Nestum Rasberry kegemaran semua, setiap tahun dia ada, Yang dua tu Tart Nenas Gulung Dan Tart Nenas Inti Atas, tart gulung, pastrinya gebu dari susu tepung, jem nenas nya pula, dimasak sendiri manis belaka, tart inti atas , pastrinya sedikit rangup lemak mentaga amat terasa, sekali rasa mesti nak order. Harga tetap sama. Bertahun bertahun itu juga rm28 sebalang isi 50. Mehla order, tak kan menyesal punya, malah bersyukur, inilah tart nenas yang diidam-idamkannya.







Yang paling popular tahun ke tahun, pastilah Chocolate Shortbread, siapa yang lupa. Harga sama rasa pun sama,. Yang bawah pula, sungguhlah cun. namanya pula Rolling In The Deep. Peanut sebiji ditengah-tengah. Disalut biskut, dicelup coklat, diroll roll pula dengan nestum...Harganya masih lagi sama.rm28 50 keping semuanya.






Yang paling atas adalah Romantic Hazel, kacang hazel bersalut biskut dan celupan coklat serta hiasan yang mengiurkan, sedap dan sesuai diberikan pada sidia. Yang paling bawah Sunny Cruncy nama sendiri, penuh kuaci rangup dan bersusu, cantik dihiasi coklat putih. Yang merah jambu pula biskut Strawberry Kisses. Rangup dan enak sekali. Harga tetap sama rm28 50 biji sebalang.






Yang paling atas adalah biskut paling sensasi sebab sekali rasa pasti jatuh hati, namapun Prada Passion, dalam biskut, luar coklat bersalut serbuk milo dan serbuk koko. Di tengah itu biskut Crush Bites Almond dan yang bawah terambil gambar dua kali, Keterangan dah ada di atas tadi. Semua harga biskut sama rm 28 sebalang ada 50 keping...

BYE ORDER DAH TUTUP LOL.

Thursday, June 7, 2012

Why Ladies Need To Be Very Afraid.

Fuh dah makin menjadi-jadi kes orang hilang/orang nak kena culik/hampir dirogol/dirogol. Antara yang terbaru dan paling menonjol ialah berita perempuan yang hampir diculik dekat carpark The Curve, sebab diceritakan sendiri oleh mangsa, jarang kita dapat insight from the survivor themselves. Ada lagi satu berita yang perempuan terlepas dari penculik, dan dalam van tersebut dia kata ada 4 lagi perempuan tengah menangis. Dia terdengar yang driver van tuh cakap nak jual wanita nih semua, oh.. my.. God.


Okay sekarang... Kita letak polis, masyarakat, kerajaan, management carpark The Curve, NGO, rukun tetangga semua ke tepi dan pikir sendiri, macam mana diri ini nak sentiasa selamat? So ladies... my word of advice would be:


BE AFRAID. BE VERY AFRAID.

Kenapa? Kenapa kau suruh orang hidup dalam ketakutan wahai Hamis? Apakah yang cuba diketengahkan di sini?!! Baiklah, biar saya beri pencerahan kenapa saya suruh semua perempuan di Malaysia supaya takut/cuak/paranoid.

Bila kita takut, kita takkan berlagak terel. Takdelah berlagak yang wanita boleh buat semua benda seorang diri, kononnya Miss Independent. Jadi bila kita penakut, kita mesti sentiasa nak berteman. Bagus begitu.

Bila kita takut, kita jadi aware of surroundings. Dalam kepala otak sentiasa terngiang-ngang berita penculikan/perogolan. Setiap pelosok kita usha, terutama waktu nak masuk kereta / sebelum keluar kedai / sebelum lintas jalan. Paranoid lah katakan.

Bila kita takut, kita jadi gelabah. Bila gelabah, kita pun menjerit terpekik terlolong andai ada yang grab kita. Kajian yang dibuat oleh Must read: The Caring Project, perogol/penculik tak suka wanita yang menyusahkan/yang melawan balik/yang buat bising. Bagi diorang wanita macam nih akan makan banyak masa/tarik perhatian orang awam. Diorang cuma nak easy target (perempuan lembik). MAKA, JADILAH SI PARANOIA MENGGELABAH BINGIT DAN JANGAN JADI EASY TARGET. Bagi yang kuat melatah, sedarilah bahawa ia weapon anda rupanya.

Bila kita takut, kita akan bersangka buruk pada semua orang. Jadi bila kita nampak orang naik motor, kita kepit handbag kuat sikit. Bila kita nampak orang berkeliaran kat parking kereta kita, kita masuk balik mall, tunggu kawasan jadi selamat. Bila ada motor pura-pura accident tercedera, kita bersangka buruk, buka cermin tingkap sikit dan campak duit (kalau kesian) kemudian speed laju-lajuuuu cari balai polis. Ini sajalah masa untuk bersangka buruk kat orang.

Bila kita takut, kita sentiasa bersedia. Sebelum keluar rumah baca ayat Kursi. Sebelum mulakan perjalanan kunci pintu kereta. Sebelum sampai dekat parking kereta, kita dah genggam kunci kereta (bukan waktu sampai kat pintu kereta baru terhegeh-hegeh nak godek handbag black-hole hang tu). Selepas baca artikel ini terus beli pepper spray/pisau kecil/payung. (Oh kajian itu kata lagi, penculik tak suka perempuan bawa payung, sebab takut dipayungi -_-).

Bila kita terlampau takut, kita tak kisah nak nampak hodoh dan bodoh. Kalau nampak van parked sebelah kereta kita (driver's seat punya side), silalah masuk ikut pintu passenger sebab terlalu bahaya kalau ditarik dari dalam van nak struggle apa pun dah tak sempat. Takpe nampak bodoh masuk dari pintu lain pastu tertonggeng-tonggeng dalam kereta, asalkan selamat. Pastu kalau terasa diekori, nak lari pecut ke apa silakan. Lebih baik malu seminit dari mati selamanya.

Dan bila kita takut, kita sentiasa beringat nak call emak/ayah/suami sebelum keluar rumah. Dapatkan restu dan inform destinasi tujuan. At least perjalanan diberkati dan juga, kalau apa jadi senang diorang ada info. Jangan lupa nak cakap kita sayang diorang. Takut itu panggilan terakhir kita :'(




Akhir kata, jom ramai-ramai jadi penakut. Dan belajar kickboxing.

Friday, May 18, 2012

Oh My English!


Bad English is becoming a trend, donchu think? More often than not, we (or rather, I) purposely use sentences with glaring grammatical errors to sound casual and funny.  When conversing with friends, I would jokingly translate all my Malay words directly to English without changing the sentence structure oh boy am I hilarious or what. Unfortunately, it’s no longer funny when it turned into a *super bad ass* habit I can’t control. This is worrying. I iz scared.


As a role model to my younger siblings, I pledge not to break my Engllish anymore. LOLOLOLOLOLOLOL. Okay fine, not to USE BROKEN ENGLISH anymore. And to speak better English. To write better English. To not make fun of those genuine language mistakes made by others, but to guide them instead.


No, really. Imma guide you…


Amboih beria mengajar orang. I was inspired by all those hysterical videos at Oh MyEnglish website! 

Do check em out! And while at it, let’s make a pledge to speak better English.



Don’t forget to catch the premiere of Oh My English, this Sunday 10 am, only on Astro TVIQ!


Monday, May 7, 2012

Cara Mudah Lemahkan Memori Sendiri

I am really bad with birth dates. Ask any of my close friends, siapa je yang tak pernah terasa with me forgetting their special day. Now sampai satu tahap diorang pun dah lali dengan kelalaianku. Maka bila I jujur ingat birthday diorang, diorang betul-betul terkejut. Macam dah tak payah throw surprise party and bagi hadiah kat diorang dah, sebab memang diorang terkejut terharu sangatlah phew (alasan).

And then one day I was talking to Meor about our overseas trips. Sembang punya sembang, I couldn't remember exactly when did I land my ass in Frankfurt. Pastu Meor kata "Kan end of last year, yang you celebrate New Year on the plane sorang-sorang  masa on the way back to Malaysia tuh". Wow. Wow? Wow! Either Meor has a really good memory, or he is a damn good stalker of mine LOLOLOLOL. Point is, benda memorable camtuh pun I tak ingat dia punya position in timeline hidup. Like antara pergi Jakarta, kucing I beranak dan concert Maroon 5... I takkan boleh nak susun ikut turutan which one happened first. What is my problem?

Smartphone. My own memory capacity has been replaced by a small nail-sized memory card.

Smartphone tolong ingatkan kita akan birthday seseorang,
tapi dia tak tolong kita ingat.
Smartphone tolong hafalkan kita akan nombor talipon dan email seseorang,
tapi dia tak tolong kita hafal.
Smartphone pesan-pesan appointments dan meetings kita,
smartphone simpan semua email/username dan passwords untuk setiap social networks kita,
smartphone siap ingatkan muka kawan kita sendiri (contact image),
smartphone betulkan ejaan kita sampai bila-bila,
smartphone tolong bawa kita ke satu-satu lokasi tanpa kita perlu hafal landmark/signboards mana-mana!

Paling teruk, kalau taktau maksud satu-satu perkataan, terus je guna app Dictionary.com dan walah! Siap ada cara nak pronounce sekali. Terlalu senang. Kalau the next time, I don't remember it (which is most likely because everything is at my fingertip so why do I even bother to memorize) I can just use the app! Tak macam dulu... apabila terpaksa menggunakan memori otak sebab dah bersusah-payah selak-selak kamus tebal bagak untuk cari perkataan mengikut susunan abjad, sesudah itu tidak mahu mengulangi perlakuan tu lagi maka mengerah diri untuk menghafal maknanya sekaligus mengingatinya sehingga ke akhir hayat.

Antara keupayaan memori Hamis Jalikha (19tahun) dan keupayaan memori my Daddy (54tahun), memang I kalah tanpa bertanding tak sempat tampal poster kat tiang letrik untuk suruh korang undi pun T_T

Daddy, he is amazing. He remembers EVERYTHING. Semua family members punya phone numbers. My mom punya nombor I/C lama dan nombor I/C baru. My account number (selalu Daddy yang masukkan cheques), my mom's account numbers... dan banyak lagi tapi ini jer yang I ingat (geddit? INI jer contoh yang I INGAT, omg). Kalau I hilang barang apa-apa kemudian dah geledah satu rumah... dan dalam rumah itu si Khairi tengah tengok TV, si Imran tengah mengadap laptop, Mama tengah masak, Alisya tengah berangan, Kekna dalam bilik dia, Hafiiz tengah menari... I would still ask my Daddy first walaupun he is out at work. No point asking orang lain... Daddy will remember the last time he saw ANYTHING. 

Hamis Jalikha (19tahun): "Hello, Daddy! Nampak tak pendrive yang bucu dia ada warna hijau?"
Daddy (54tahun, 1065739 terabyte): "Ada kat laci nombor dua almari depan pintu masuk"

Saya pasti memang generasi ibuk-ibuk bapak-bapak kita, memang kuat ingatannya. Generasi yang kena hafal nombor talipon untuk didial di public phone atau hafal which number belongs to whom supaya kita boleh decide nak call ke tak dia bila appear kat pager. Generasi yang kena hafal bangunan tepi-tepi sebagai landmark menuju ke suatu kawasan. Generasi yang kena ingat sendiri, cerita yang nak tengok kat TV tuh nanti pukul berapa. Generasi yang kena ingat nak koyakkan calendar setiap pagi.

Macam manalah tak kuat memori diorang. Kelebihan memori dan akal yang Allah bagi diguna secukupnya.




Jadi kita? Nak teruskan lagi tak tangkap gambar tiang parking lot tempat kita letak kereta?

Parah.



Wednesday, March 21, 2012

The Young Hamis Jalikha



The better side of me.
Mama kata Hanis masa kecil pandai. Paling cepat bercakap dan cepat tangkap (tangkap apa yang di ajar, bukan main polis entri). I was the talkative kid, yang andai dilahirkan di zaman ini oleh ibubapa urban, I'm sure I'd have a Youtube channel of my own, created by them to showcase this brilliant offspring (okay cukup...).

Mama kata masa Hanis umur 4tahun, kitorang satu famili pergi London dengan kawan-kawan Daddy punya families. Kat apartment tuh ada cable TV showing Wizard of Oz. Jadi semua pun tengok jelah, takde cerita lain nak tengok. Then tiba-tiba di suatu sudut, kelihatan seorang anak kecil mengalirkan air mata sambil menghayati jalan cerita tersebut. Oh was that Hamis Jalikha? Awww poyo sangat feeling-feeling, macam paham omputeh je. Makanya perlakuanku telah membuat ibu-ibu bapa yang ada sungguh amazed.

Pastu Mama kata, kalau pergi kedai makan or keluar mana-mana, si comel gebu Hamis Jalikha pasti menjadi perhatian. Mama kata kalau ada orang waiter/mamak/peasant (strangers basically) pegang-pegang pipi dan raba-raba bahuku, pastikan ku tepis sambil kata "HISHHH". Then diorang termalu and tak buat lagi. Kadang-kadang strangers selamba je kan cium anak orang! Tapi Hamis Jalikha tak selalunya bright.

The stupid side of me.
Hanis pernah buat Mama berderau darah bila hilang sekejap kat Subang Parade. Mama kata dia carik-carik macam nak gila, pastu nampak dari jauh sayup-sayup pemandangan... si bodoh Hamis Jalikha dipegang oleh cleaner Indon nak di bawa ke mana entah. Mama dengan sedihnya berkata, kalau dia tak jumpa masa tuh jugak, sure takkan jumpa forever dah. Mungkin dah dijual... dekat keluarga kaya... study overseas... drive Scirocco... EH TAK TAK MAIN-MAIN JER, JANGAN MARAH, MA. Haip!

Masa umur 5tahun, belajar dekat Tadika Impian. Bila dah ucap "THANK YOUUU CIKGU ANN" semua lari dan berasak-asak nak keluar pintu. Tengok, Aunty Pah dah ada kat luar dah. Dia memang hantar and ambek budak-budak tadika everyday. So, dia drop Hanis dekat rumah masa tuh ada maid jer, Kak Ani. Kak Ani si pemalas, kalau suruh buatkan Milo dalam botol mesti dia kata takyah minumlah, dah nak tidur! Dahlah suka tengok TV sambil pegang penyapu, dengar bunyi enjin kereta masuk perkarangan rumah barulah penyapu bergerak. Anyway ini bukan entri The Kak Ani so back to me...

Dah masuk rumah, rasa boring. Kalau pergi rumah Aunty Sarah best juga. Rumah Aunty Sarah ada baby, boleh main dengan baby! (kecik-kecik dah suka baby rupanya, ingatkan biological clock jer). Tunggu Kak Ani leka, terus tip toe keluar pagar. Dengan uniform pink Tadika Impian masih complete set, berjalan pergi rumah Aunty Sarah. Dekat main road... atas bukit... selang berbuah-buah rumah (ingatkan dekat tadi T_T). Waktu tengahari panas terik, memang sunyilah kawasan USJ tuh, takde siapa perasan pun budak kecik 5tahun nih berjalan sorang-sorang.



Jadi bila terbaca kes culik-culik nih...saya tahu sebenarnya salah SEMUA ORANG. Termasuk budak tuh sendiri :(



Tuesday, February 14, 2012

Why wait?


This is a short and simple entry to remind you… Why wait for that SPECIAL day to make that SPECIAL someone feels SPECIAL? Trust me, everyday little surprises mean so much more, catching your other half off guard and making them feel loved. Lagi-lagi suami isteri yang dah kahwin bertahun-tahun, kalau kena penangan little surprises nih, lagi boleh terkejut kera kehkehkeh.


 HOPOCOT HOPOCOT TERKEJUT I, barulah mandi tersengih-sengih camni. 
Ini cuma comel bila tulis dekat wap di cermin bilik ayak je k? Kalau tulis kat habuk atas meja mekap, sila gaji weekly maid sekarang.


 Alooooor selalu makan breakfast roti dengan Milo jewww.


 Okay pakai jeans ni setiap hari.


 Sejuk hati to start my day dapat email attachment as such.


 Eleh terkejut sikit jer.




Okay cinta separuh mati :B