Friday, December 10, 2010

According to Google, I am 2010 Fastest Rising People?!


Dah berapa kali refresh page nih. Dah berapa kali kelip mata, gosok mata, basuh mata. Dah berapa kali tampar diri sendiri, sampai merah-merah pipi macam punggung Shin Chan. Seriously? Seriously?!



OhBulan! baru malam tadi tweeted to tell me that I am in the list of Fastest Rising People-Google Top Searches Malaysia 2010. I read it then macam tak percaya so I checked out the OhBulan! link, and another link and another link until it lead me to the Official Google Zeitgeist . Whaaaat?! *slap Shin Chan's bottom again*


Kalau korang taktau apa itu Google Zeitgeist, ia sebenarnya analisis yang Google buat setiap akhir tahun, untuk keluarkan statistik carian terbanyak di sesebuah negara. Semua carian dia akan kategorikan kepada orang, sukan, berita dan sebagainya. Saya tergolong dalam carian 'orang' terbanyak! Google Malaysia's Fastest Rising People *pengsan*







Apakah?! Saya Top 6 in Fastest Rising People list?! Still overwhelmed yang teramat sangat!! Dahlah kalahkan si gay Adam Lambert dan isteri Dato K. Dahlah duduk sebelah Lee Min Ho my baby! Okay kalah kepada para Illuminati, akur. Kalah kepada Luna Maya, tiada ulasan.



Please excuse my excitement, Ya Allah this is surreal! Syukur! Satu hari kalau ada umur yang panjang, bila dah takde siapa search, dah takde siapa hairan, dah kerepot, dah tua ganyut, bolehlah cerita kat cucu.. "dulu nenek masa muda-mudi bajet hot, ramai orang cari nenek kat Google"





Big thanks to all of you, my precious searchers and viewers.
Source: Google Zeitgeist.

Thursday, December 9, 2010

Cinta Monyet Hanis Zalikha

Patutkah bagi tajuk Hanis Zalikha Boyfriend? Okay dah tak lawak.



Bercintan-cintun bagai sepasang monyet memanglah tidak digalakkan dalam keluarga saya. Waktu sekolah rendah dan waktu sekolah menengah, siapa yang bercinta memanglah dilabel gedik maksima. Ibu bapa memang tidak suka budaya cinta zaman sekolah walaupun sejarahnya tidak dapat disangkal bahawa bapa adalah playboy yang mengorat cikgu sendiri, manakala emak pula digilai ramai walhal berambut kontot dan berwajah gelap akibat menoreh getah.




Kisah cinta saya pula bermula apabila dalam pada duk jual mahal (atau sebenarnya tiada siapa nak), akhirnya semasa umur tingkatan 5, kecundang juga dalam alam monyet di mana masing-masing, saya dan dia, tak sedar diri dua-dua muda lagi, kalau nak pergi dating pun sang monyet jantan harus minta duit ibu bapa hahahaha! Tiada siapa patut dipersalahkan dalam hal ini, tetapi adalah salah diri sendiri sebab tengok semua kawan dalam geng ada boyfriend, jadi peer pressure bak kata Fadhilah Kamsah *main petik nama-nama gah bidang psikologi supaya ibu bapa redha bela anak monyet gedik*.




Saya suka tukar-tukar sekolah. Sekolah menengah sahaja, 3kali tukar. Kalau nak kata ada rekod jahat memang tak ah, nerd habis. Nak ponteng pun cuak-cuak. Makan chewing gum dalam kelas pun dah kira perbuatan paling samseng T_T




Tahun terakhir untuk sekolah menengah saya tukar sekolah lagi. Di situlah segalanya bermula. Biasalah hari pertama sekolah, semua bikin sensasi eh mana budak baru mana mana oh itu ha *lalu-lalang kelas saya*. Budak baru.. biasalah.. buruk macam mana pun mesti dapat perhatian, semua orang usha, jadi kira hot ah buat satu hari itu. Masuk kelas, mata semua mengamati macam tak pernah tengok nerd perasan hot macam saya. Kuajo. Bila dah duduk tempat yang dipilih guru, saya pun baca buku. Suddenly, there he was.. monyet jantan boyfriend pertama saya masuk dengan kawan dia ke dalam kelas itu. Oh bakal rakan sekelas rupanya kita. Kawan dia tengok saya dan senyum, manakala dia langsung tak pandang. Dalam hatiku “Huk aloh, kau apehal tak pandang, aku budak baru kat sini, pandang ah bodoh”. Betullah orang kata cinta selalu bermula dengan benci.




After digging though old photos, this is the only
candid picture I have talking to him on the phone.


Pakai flip phone lagi, jari pun bercincin melambangkan dah berpunya. Hahaha those were the days.




Bersambung...

Wednesday, December 8, 2010

Perempuan wajib tahu cara tukar tayar.

Berasa terpanggil untuk ajar semua perempuan bagaimana untuk tukar tayar. Walaupun perempuan never ever akan tukar tayar sendiri kalau ada kehadiran lelaki sekali, dan even kalau takde lelaki, still never ever tukar sendiri sebab akan mengada dan terus call siapa-siapa (kebarangkalian tinggi jantina lelaki juga) untuk datang dan tolong. Tapi still, haruslah belajar menjadi independent woman. Kalau taknak belajar kerja lelaki, takyah sibuk minta hak sama rata apa jadah.


Walaupun diri sendiri takde kereta takde lesen dan tak pernah drive sendirian (eh ye ke? heh), tapi telah dibaling ke dalam situasi di mana tayar kereta pancit, sebanyak dua kali. Kali pertama adalah bernasib baik kerana ada Daddy, Khairi dan diri ini. Sudah tentu dua yang terlibat merupakan Daddy dan Khairi. Namun nasib tidak selalu menyebelahi diri kita.. Jadi kini saya akan ajar langkah senang nak tukar tayar. Sematkan dalam hati, nanti suami pulang, anda dah boleh berlagak I dah pandai tukar tayar. Suami: Eh bila tayar you pancit? Isteri: Tak lah, I belajar kat belog Hanis. Hoh.


Mari Belajar Cara Tukar Tayar!
Gambar-gambar dari website ini.



1. Langkah pertama, anda perlukan tayar yang pancit. Tiada tayar pancit tidak perlulah anda bersusah payah nak tukar. Ini bukan macam spender nak kena tukar selalu. Untuk memancitkan tayar bolehlah susun kulit durian di atas jalan raya dan gerakkan kereta ke arahnya. Lagi satu cara untuk pancitkan tayar ialah jadi seorang guru dan buat anak murid bengang. Boleh cuba juga.

2. Langkah dua, setelah dapat bentuk tayar yang diidamkan, anda perlukan Jack dan juga Jill. Keropok untuk makan sambil tengok suami anda tukar tayar. Kalau takde suami, anda perlukan jack sahaja.

3. Langkah ketiga, loose the screws for your tyre dulu (guna wheel brace), kemudian masukkan jack bawah kereta berdekat dengan tayar. Pusing batang jack tuh clockwise supaya kereta ternaik. Kena estimate ketinggian sehingga anda rasa, tayar baru (yang bulat dan penuh angin) muat untuk direplace.

4. Langkah empat, buka terus semua skru dan keluarkan tayar. Ambil tayar spare dan pasang.

5. Langkah lima, untuk memasang tayar spare anda perlukan pertolongan orang lain, kalau tak bersenamlah anda kat situ sorang2 sebab nak kena balance tayar dan pada masa yang sama nak kena ketatkan skru. Gigih.


6. Langkah 6, dah habis ketatkan skru, habislah proses pemasangan tayar. Tapi jangan eksaited sangat sampai terus drive nak blah dari situ bagi melupakan kenangan pahit. Anda kena cabutkan jack dan simpan peralatan dulu. Selesai semua, make your way to the nearest kedai tayar untuk beli tayar baru atau tampal tayar.


7. Kini anda sudah boleh open table dan gebang pergh aku pernah tukar tayar kereta sendiri pergh pergh dah tak perlukan lelaki dalam hidup perghh.




* Dengan common sense, skru takleh ketatkan masa kereta masih tinggi dijackkan ya. Kalau tak selitkan info ini orang cam ingat saya taktau sebab tak percaya saya pernah tukar tayar sendiri plak -_-



Warning! Bila tayar pancit jangan cuak, drive perlahan-lahan ke bahu jalan. Bahaya sebenarnya duduk melepak kat bahu jalan, jadi anda kena letak menatang tiga segi merah reflect cahaya tuh sejauh 50 meter dari belakang kereta, anda. Kalau takde benda tuh, gunalah dahan2 pokok ya.





Macam yang terjadi pada saya kali kedua pengalaman tayar pancit. Waktu itu keluar dengan Daddy dan Mama. Dua orang terlibat pastilah saya dan Daddy. Memang derhaka kalau anak ada, tapi mak yang kena tolong tukar T_T


Mama ambil dahan pokok dan letak sebagai tanda excuse me, jangan lalu sini tauuu. Memang pengalaman antara hidup dan mati duduk tepi kereta dekat bahu lebuhraya. Sudahlah berhenti dekat dengan simpang pergh kumat-kamit mulut berselawat bersyahadah sambil cabut skru tayar.



Mama bangga dahan pokoknya mendapat perhatian peronda lebuhraya Sprint. Syukur kini ada shield, itu saja yang kami perlukan.




Eh itu saja yang kami perlukanlahhh. Kenapa tolong pasangkan spare tyre sekali ni?? Baiknya :')

Tuesday, December 7, 2010

Hanis Zalikha boyfriend? Finally.


Setiap hari memang akan ada keyword ‘Hanis Zalikha boyfriend’. At least 7 carian sehari. Tak puas hati betul, sebab kadang-kadang saya tengok belog lain pun complained pasal benda nih. Asal carian Hanis Zalikha boyfriend sampai kat belog diorang yang takde kena mengena? Jadi meh I nak tarik keyword nih datang belog I sahaja, meh meh. Ha inilah tempat tuan empunya boyfriend yang korang nak cari sangat kan? Ambik keyword yang dicari, nah.



Hanis Zalikha boyfriend

Hanis Zalikha boyfriend

Hanis Zalikha boyfriend

Pakwe kitewwwwwwww

Hanis Zalikha boyfriend



Pergh, geli. Bukan geli sebab apehal pakwe I yang entah wujud entah tak pula nak dapat spotlight sekarang?! Takleh jadi takleh takleh. Tapi geli sebab kena type ayat grammatically incorrect itu T_T Hanis Zalikha’s boyfriendlah! Hanis Zalikha’s boyfriend! Bukan Hanis Zalikha boyfriend! Fuh, *tiup juntaian rambut ke dahi*



BTW, topic ini coincidentally sama dengan few suggestions on what to write about, from my darlings kat Facebook tadi. Kalau nak suggest juga you can join the page.

Hanis Zalikha

Always open for suggestions, here!



Hopefully by next entry, dah siap novel cintan untuk korang k (-_-)

Bermulut manis sungguh.

Selalu kat Twitter saya, kalau tak luah perihal emosi dan hati / cerita cuci rambut guna apa / buat lawak tak jadi / sengaja tweet bikin panas pastu gelabah nak elaborate tapi 160characters tak mencukupi/ bebel pasal demok / bacakan surat khabar dan catalog Guardian untuk followers/ mesti saya akan tak lain dan tak bukan, tweet gambar makanan! Orang yang on a diet memang tak disuggest untuk follow my Twitter lah (tengok tuh dia reverse psychology di situ), sebab I memang suka menggelorakan nafsu dengan gambar seperti:





Dap! (cakap 'sedap' cara gedik). Ini mama buat, tapi nama dia panjang. Dia ada 3layers iaitu jell-o, custard cream dan chocolate mousse. Jadi kita bolehlah panggil dia Keindahan Tiga Tingkat.





Ini gempak! Mama buat ice cream ala Baskin Robbin. Lengkap dengan caramel dengan peacan, pastu kitorang tabur Oreo hancur dan stroberi sebab manusia mana pernah cukup. Nak resepi ada kat sini ya.





Oreo Ice Cream Cake, yang adik saya Imran buat. Adik dengan bakat macam nih turun dari langit ke apa? Belajar macam mana nak buat kek indah dipamerkan di atas oleh adik saya di sini.




Ini lebih kurang ngan Keindahan Tiga Tingkat. Saja bagi nama susah payah, supaya bila siapa nak call mama order, sekor-sekor malu nak sebut sampai passing2 talipon sebab taknak cakap "I nak order Keindahan Tiga Tingkat untuk birthday party anak I". Hehe tipu jelah, panggillah Trifle.




Benda sama. Emak gemar buat ini sebab kalau dia buat dalam 8 gelas tinggi, habis licin berkilat dasar gelas, tak sampai satu hari.




Ha! Ini pun pengunjung setia Twitterku sebab selalu customer order, dapatlah ngendeng. Ngendeng tuh macam bahasa Jawa (?) bermaksud sibuk-sibuk dekat tepi makanan buat muka teringin dengan mata kerdip-kerdip hidung kembang-kempis. Nama dia Alice Red Velvet.





Masa dalam proses pembikinan pun nak gak tangkap gambar. Pagi-pagi dah tweet nak gebang tengah coating cheese untuk Alice Red Velvet.





Ini buat sendiri, takkan nak harap emak buat gak, gedik gila. Masa panas keluarlah gambar-gambar ice cream. Suka provoke, biasalah..




Ini masa emak kasihan tengok anak mengendeng Alice Red Velvet untuk customer setiap hari, padahal dia selalu je buatkan untuk kami. Perangai... T_T Maka muncullah Red Velvet cupcakes comey lotey yang tersusun dalam frigde, beratur tunggu turn masing-masing nak lalu saluran penghadaman kami.



Apa-apa makanan homemade yang korang nampak I post kat Twitter (macam semua gambar di atas), biasanya boleh diorder. Kalau nak call emak kiter k? 012-3959779. Harga tanya dia sendiri sebab I mana tauuuuu, it depends on samada nak ingredient kualiti ke tak. Biasanya siapa yang setuju nak makanan guna ingredient berkualiti je mama terima order, sebab taknak cemar nama baik terel masak, LOL.

Thursday, December 2, 2010

Siapa cepat, dia dapat.

Soon.



Susah nak update sebab kena rebut T_T

Wednesday, December 1, 2010

Weekend Bribery

Bribery is such a cute word with the ugliest meaning. Dan itulah yang kita bakal bincangkan hari ini. Rasuah/sogokan/buang suap/umpan/ganjaran berkepentingan, ialah: Apabila kita memberi sesuatu kepada pihak yang bertanggungjawab dalam menentukan yes or no on something that is beneficial to us, dan pemberian itu bakal memberi impak atas keputusan itu.


Terbelit-belit definisi sendiri. I'll stick with the dictionary.


Anyhow, malas nak elaborate lebih lanjut sebab yang sebenarnya, nak cerita bagaimana saya umpan adik-adik untuk ke wedding kakak Radmiyana (my junior) di Kampung Sedeng Segamat Johor dalam entri lepas. Yelah wedding saudara sendiri yang dekat pun liat nak pergi. Apatah lagi wedding orang tidak dikenali di negeri hujung benua itu. Memang kena beri ganjaran berkepentingan di sini -___-


If you follow me to the wedding, I'll take you to...




Sagil! Kalau taktau ada apa kat Sagil, boleh tengok yang baju merah sebagai clue. Tapi bukanlah ada coral reef ke apa boleh snorkelling. Clue ni pun tak tepat sangat sebab hello siapa pakai baju selam pergi air terjun?! ...Alisya.




Waktu belum sedar akan pendakian yang harus dibuat, memanglah bergelak tawa manja.





Amaran dari kiri: Jangan buat grafiti, jangan rajin sapu daun dan bakar, jangan jual senapang, jangan main batu Seremban, jangan menoreh getah, jangan tebang balak, jangan ikat leher anjing tak dikenali, jangan pasang kelambu kalau anak tidur.




Adik-adik yang penggeli memang takkan mandi bahagian bawah. Kalau boleh mandi kat mata air tuh, memang itulah port paling Club Med bagi mereka. Jadinya saya usulkan sanggupkah anda mendaki selama 30minit untuk ke kawasan bersih yang pernah saya dan sahabat handai pergi tempoh hari.





Sanggup nampaknya.





Kesanggupan yang berbaloi melihatkan kepada ciptaan alam yang indah di destinasi tujuan.





Buat environmental scanning dulu sebab tak eksklusif lah kalau kawasan yang ramai orang awam. Tak feeling private beach.





Akhirnya tempat yang ada fish spa semulajadi mendapat tempat di hati dan punggung.





Berendam sekejap, terus makan Nasi Lemak yang Mama masak Subuh tadi. Oh dan cheese sausages yang Imran sediakan.




Yang sedang bertapa, marilah join kami makan.




Baiklah. Dengan begitu comel sekali.




Paling suka gambar ini yang saya tangkap, sebab cute ibu bapa dating di atas, anak di bawah nampak macam family tree.




Family tree.




Ini adalah moment yang akan tertattoo dalam hati sebab masa ni kitorang adik-beradik tengah tunggu ikan datang nak makan dirt dan kulit mati dekat kaki. Untuk tidak takutkan ikan kami diam lama sangat sambil senyum-senyum pandang each other. Penyatuan hati dan minda yang sangat undescribable itu berlarutan 15minit :')




Teruja extra.


Sebok nak posing gak padahal tengah ngadap tempat lain.




Tiara Jacquelina kalau nak buat movie yang ada orang asli bolehlah consider diorang nih.



Tengok kaki kitorang macam itik. Muka pun dah boring-boring lama sangat dibiar berendam. Daddy ajak balik sebab hari dah nak gelap.





Menuruni gunung Ledang. Anak-anak yang stamina kuat senantiasa sedikit (2-3 batu gak ah) di hadapan.




Momentum kami terganggu apabila terpaksa toleh belakang selalu untuk check dua warga emas dapat catch up ke tak.







Kami sepakat untuk bersetuju, it was one of the perfect weekends we've had together as a family ♥