Showing posts with label Photoshoot Minyak Gamat. Show all posts
Showing posts with label Photoshoot Minyak Gamat. Show all posts

Friday, April 22, 2011

Teaser



Once I get my hands on the behind the scene pictures, you'll see the gorgeous Izara I did the shoot with. Can't wait! Dengar tak Kak Jueeee? LOL.

Friday, January 1, 2010

Hanis Zalikha in the news

Pergh tajuk tak boleh lagi gempak. Sungguh memperbesarkan benda yang kecil. Like making mountain out of mole hill atau melayunya, membuat gunung menggunakan bukit tahi lalat. Hanis tak baik tipu orang, nanti diorang terguna peribahasa awak dalam esei SPM. Zzz.




Kalau yang beli suratkhabar Kosmo! Rabu lepas, pasti terserempak dengan dia ini lagi (rujuk gambar di bawah).





Ya itu dia. Gambar pegang talipon bimbit terbalik. Bahah! Touchscreen siot.




Kena posing seperti tengah berfikir. Tipu gila tau gambar ini. I kalau tengah berpikir muka seperti baru lepas makan jeruk.





Kemudian photographer baik hati send gambar yang did'nt make the cut (tak dipaparkan dalam artikel) kepada I. Semua poyo tau, jangan kesali bila anda scroll ke bawah.


Takde benda lain ke nak guna untuk posing (-_-")





Suruh pura-pura tulis journal, muka jadi serious baca isi-isi journal I yang dah lama tak sentuh.




Ceh ceh ceh control handsome. Okay siapa tak sempat beli surat khabar boleh baca artikel itu di sini Kosmo! Online.




Atau tunggu Sabtu pula untuk saya keluar Berita Harian hehe. Oh Berita Harian 2pages okay! Yang ini ada emak dan adik-adik sekali!


Okay bye nak siap untuk the first interview for the year 2010, pukul 11pagi nanti!


Monday, August 10, 2009

Festival Filem Malaysia ke-22

Finally the pictures are all with me. But! There are too many pictures so I'll just put up the one I think you would like best. Semua celebs yang kau sayang sahaja I letak sebab I dah busy balik nak upload banyak-banyak sangat. Korang pun guna Streamyx je kan bukan boleh load semua (tiba-tiba emo ngan Streamyx). Baiklah mari mulakan.



Yang pertama, yang paling korang sayang. Heh. Okay baiklah Hamis
(-_-") yang penting kau happy.



Nor Liana Samsuddin, kesayangan mama.




Hans Isaac, kesayangan kakak Liana.



Amber Chia kesayangan nama-nama besar dalam fesyen. Dia masih ingat show kami untuk Hair Atelier :')




Lisa Surihani kesayangan semua orang.




Natasha Hudson dah slim down , so I felt tembam debab next to her. Pipi paling tembam debab heh.




Thalya kesayangan!


MUSTAPHA MAAROF KESAYANGAN I SEJAK KECIL OKAY, DAH LAH SEDONDON BUSANA KAMI. Ini sumpah masa kecil tengok dia dalam peti tv lalu ingin kahwini.




Fahrin kesayangan....



Scha. Scha kesayangan I sebab cantik sangat.



Menteri Pelancongan Sabah, kesayangan I sebab seronok masa lunch kemudian bergebang tentang orang Jawa teehee.






Sazzy Falak kesayangan Nazril Idrus.



Elaine Daily kesayangan kita sebab kami selalu ada jodoh dan bertemu di mana sahaja, haih kawan lama ini. Ececeh.



Mohd, kawan baru I, kesayangan aunties-aunties haha. Oh dia ini berlakon dalam cerita Maut, terpaksa I tengok Youtube.



Awal Ashaari, kesayangan semua perempuan (dulu). Okaylah, sekarang pun.




Sebelum bersurai saya akhiri dengan Dynas Mokhtar. Yang tiada di atas, nanti saya Facebook tag, no worries. Okay dah saya nak tidur. Dah penat perah otak perah ketiak semua untuk test Microeconomy 162. Saya perlukan percutian pantai yang panjang *dalam mimpi. Selingan: Baju meleret oleh Carven Ong.








Sunday, August 9, 2009

Biar cerita menciptakan tajuk


Ada satu hari tuh, kami beramai-ramai pergi ke Dewan Something Kota Kinabalu. Okay I mengaku I lupa nama tempat (-_-"), untuk sesi bertemu peminat. Sesi bertemu peminat? Sesi bersama artis ada lah (bagi diriku yang tidak fofular inih). But it was fun :) Sebab I dapat kenal-kenal artis lain (eceh artis lain, gedik kau macamlah kau pun artis). Maksud saya, artis Malaysia. Artis baru/muda lah yang turun padang.


Sewaktu tunggu semua orang masuk bas, I looked outside the window and saw my ultimate favourite actor, Zahiril Adzim. I wrote about him in my blog once when I went to see Air Con, the play he was in :') Dia ada dalam Kami The Movie juga, jadi pusher, dia yang buat I kecewa sangat tak dapat tengok cerita itu :( Okay then, dari jauh ku lihat hei kacak cepatlah masuk bas lama kami tunggu kau tahu.


Kemudian dah pergi sesi bersama artis di DSKK (Dewan Something Kota Kinabalu heh), dah hurrah-hurrah di situ, kami tuju ke Le Meridien untuk lunch dengan VVIP like Dato Bandar, Menteri Pelancongan Sabah etc. Waktu nak turun bus, I teruja nak turun tiba-tiba Zahiril pun nak turun, kemudian dia kata "Nemind you go first". Oh kacak ini baik hati, bisik hati kecilku. I pun jalan, tiba-tiba I dengar "Hanis!". Toleh-toleh "Ya?". Zahiril kata "I baca blog you".


WEH WEH WEH. ZAHIRIL ADZIM BACA BELOG I WEH. I speechless *tipu*. I yang terkesima pun menjawab, "Serious?! Weh flattered gila, mana you tahu belog I?". Zahiril jawab "Famous kot". KAU TAK TAHU PERASAAN ORANG YANG KITA MINAT BACA BELOG KITA WEH. NYEH NYEH NYEH. Okay I dah malu nak lebih-lebih, nanti Zahiril Adzim baca. Teehee *tunduk malu*.


Tukar topik nak cover teruja. Selepas peristiwa tersebut, kami naik ke atas untuk makan. Sewaktu setelah selesa duduk dengan Hadziq, Nenek Hadziq, ZAHIRIL ADZIM, Scha dan selebihnya, bahuku dicuit oleh pengurus majlis. I dan Scha dipinta ke meja VIP untuk teman Dato Bandar dan Menteri Pelancongan Sabah makan. Kat meja tuh sumpah best ada Scha, I, Fauziah Ghouse, Aziz Satar, Dato Maria Menado, Mayor Kota Kinabalu, Menteri Pelancongan Sabah, MUSTAPHA MAAROF, dan yeah itu sahaja. Makanan sedap, orang ramah, semua best.


Tapi tapi tapi..
TAK SEBEST ZAHIRIL ADZIM BACA BELOG KAU.


That's me with my muka 'Zahiril Adzim baca belog aku, belog kau?'. Haha.


Rupanya dia ada pun belog! Puitis orangnya :')

http://www.zahiriladzim.blogspot.com/

Enjoy!

OH OKAY PASTU DIA TAHU I STUDY KAT UiTM SEGAMAT, NAMPAK SANGAT DIA MEMANG BACA, BUKAN SCROLL DOWN CEPAT-CEPAT TSK :') Okay dah tu je bye.

Saturday, August 8, 2009

Charity work feels so good


I really really really like this candid! The guy sitting next to me, sang us We Are The World and I cried dalam diam, belakang kaca mata.


Semalam pergi ke Ian Fergusan Foundation, Kota Kinabalu Sabah yang menempatkan ibu tunggal terbiar, anak-anak yatim dan orang cacat. You know how I am with anak-anak yatim and such kan. If you have read my Adam entry you tahu lah. Adam entry, one of my evocative entries of all time.






Seriously, diorang happy gilaaa that we were there to visit them. Muka sorang-sorang teruja gila. Lari-lari sana-sini, gelak-gelak. Before this, I didnt know they love visitors, so I was like "Eh diorang suka ke kita lawat? Tah2 diorang nak rehat etc". Rupa-rupanya gembira dan meriah sangat, siap nari tarian Sumazau beramai-ramai. Then the FFM team manage to collect more than RM800 dari kami-kami yang melawat (tak ramai pun, satu bas je), so it was good lah. Budak-budak kecil ni, bila orang beri duit, diorang terus lari bagi penjaga diorang. Awww.


Penjaga diorang are the best. They're long serving workers and they work there 24/7 no cuti for only RM400.00 a month. Its like one big giant family. Dah lah environment cantik and luas banyak pokok bunga (diorang suka berkebun).


I pun bersembang with one of the lady there. I hugged this girl and tanya how did she ended up here? Whats the story behind this? The lady replied the little girl's father wanted to rape her. The little girl told her aunty about this (smart kid, sebab you know sometimes kalau you tengok movie, when the daughter tell the mother, the mother would back up her husband). So she was sent there. Then I asked the lady, oh wheres the mother? To which she replied, I am the mother. Wow tabah gila.


Most of the cases I've heard, its very hard for a wife to leave/ get away from the husband. Not even for the children's sake. But this is heroic act okay. Now the lady and all her 3children stay there, so theyre like one big family, the lady takes care of other kids there as well :') Before I left, I told her to stay strong.



Kalau organisasi/sekolah/kelab anda menganjurkan lawatan ke rumah-ruma amal, anda patut pergi dan rasakan pengalaman seronok ini! Anda akan rasa bersyukur dengan kehidupan anda dan anda juga dapat menceriakan hari mereka :')



OhSoRandom: Malam ini Filem Festival Malaysia yang ke-22 akan ditayang di RTM1 secara langsung pada pukul 7.30 malam. I tak rasalah muka I akan keluarkan, I'm just here to represent my film, tiada pencalonan, but just watch it, support FFM!

Friday, August 7, 2009

Flying solo *true story*

Thanks to my production house/producer who sent in my name for Malaysia's Film Festival nomination, I got the chance to fly high, Sabah baby! Okay tapi tak terer berlakon sehingga tercalonlah. Haha. All expense paid trip okay, mestilah teruja. Dalam hidup kalau susah teruja memang rugi. Sedikit jakun itu baik untuk jiwa.




After checking in my luggage. Trip to KLIA, I was accompanied by my Papi en Mami. First time flying solo, teriak I nak tinggal mereka :'( Haha annoying gila dah tua bangka godang nak teriak. Okay mutiara jernih mengalir di pipi jelah. Manja-manja mulus.


I sumpah blur gila sorang-sorang je all the way. Dah lah duduk sebelah lelaki tembam 30an yang baik hati. Tapi still, tak selesa lah kan nak tidur2.


Malas nak tunjuk gambar yang bekas ini dah buka. Ada satay ayam dan nasi goreng dan biskut dan Spritzer. I malas sebab I kecil hati stewardess lalai, lelaki tembam 30an dapat Fererro Rocher, I tak dapat. Hmph merajuk nak pergi batu belah batu bertangkup sekarang.



Then turun-turun plane terus call Daddy, Daddy where do I go from here *sebak. Hahaha lawak bila teringat balik. Sekali nampak Farid Kamil beratur kat kaunter passport Malaysia, ikut jelah. Phew.

Sebab roommate cancel flight, I spent one night alone in Sabah. Terer kan? CAKAP TERER CEPAT. Dah lah dalam kereta on the way KLIA, Daddy and I cerita-cerita pasal hantu and the highway ghost. Sabar jelah aku. Tapi sumpah, hebat siot tidur sorang kat sebuah hotel di Sabah *tabik spring kepada diri. Tapi takde apa-apa pun. Turn on jelah Disney Channel sambil tidur, sebab yang pertandingan tilawah Al-Quran dekat RTM dah habis haha. I ada banyaaaaak lagi nak cerita tapi sambung nanti ya! To be continued: All my days in Sabah :)
Sabahan, holler me!




Wednesday, July 29, 2009

Look Mom! I'm on TV!

And daymm my voice is hot *tipu diri sendiri/delusional. Haha.



Take note: Ain Syaqilla itu kawan baik saya ya, maka dia yang lebih kenal suara saya sebenarnya ayu. Haha taklah. I memang tak control suara bila on camera. Sebab takkan setiap kali nak control??
Be yourself sudeh.


Siapa terlepas ada ulangan this Saturday pukul 1petang, HipTV, TV9. Top 9 Female Celebs Lurve Affairs :)

Tuesday, June 30, 2009

Edisi Khas Lelaki

Edisi khas di mana ditampilkan semua perkara, lelaki! Gadis-gadis di luar sana pasti teruja! Ya itulah dia, penyataan yang paling sesuai untuk menggambarkan majalah Remaja bulan ini :) Ruangan fesyen dipenuhi muka yostruli, Hamis Jalikha yang menggayakan baju dari inspirasi fesyen anak teruna. Out now!













Eh nak upload yang selebihnya, terupload Aril bawah selimut pula.
Isk isk.


Sunday, June 21, 2009

Wahai orang-orang kampung!


Okay kini saya juga menulis untuk www.momokthemovie.blogspot.com/. Harap beri sokongan.

Salam sayang, anak dara penghulu kampung seberang yang bakal bertunang dengan graduan Universiti Oxford. Harap beri sokongan *ulang ayat yang sama nak suruh orang sokong pertunangan.

Tuesday, June 9, 2009

Tips rambut ikal mayang

Dapat idea untuk buat entri ini bila pergi this awesome photoshoot untuk butik Layla. Sebenarnya telah lama dilamar oleh Anies The Manager untuk buat shoot ini, sejak dekat kampus lagi, tapi asyik kena tunda sebab busy schedule ceh ceh. Dahlah dalam email formal gila (semangat negotiate harga dan masa), sekali bila jumpa kantoi dua-dua sempoi gila terus kamcing lepak The Curve sama-sama beli skinny jeans. Pastu suami Layla The Boutique Owner pun tak boleh blah selaku photographer yang sangat ARGH TAK BOLEH BLAH LAH. Lawak Tasbih tuh I takkan lupakan walaupun korang insist Lawak Our Gypsy Sleeve Is Baaack lagi best. Tsk kena buli tau photoshoot kali ini T_T



Ini adalah photoshoot pertama yang I kena make up sendiri, memang mencabar sebab letak blusher banyak mana pun tak nampak rupanya bila kena flash. Takpelah redha. Dah lah bangun lambat tak sempat buat rambut, so pergi je dengan rambut bangun tidur dengan harapan rambut itu akan photogenic seperti selalu. Maka terhasillah entri ini kerana ada orang puji rambut I dan tanya I permed mahal ke tak (-_-")



Before we proceed dengan tips, nak promote dulu
Layla Walk-In-Closet this is my hadiah to your baby, Laila :') Its located in Damansara Uptown just opposite Uptown Hawkers, same row with 7Eleven, you wont miss it lah.









Okay sorry Topek, I edit sendiri dulu, sebab you bagi I raw kan hee. Boleh lihat, itulah rambut bangun tidur yang saya cakapkan. Kalau tanya ex-roommate I, Shika, pun dia akan mengaku betapa rambut I bangun tidur terus begini.


Baiklah, tips yang I boleh bagi tak banyak. Sebab its in the gene I rasa. You see, my mom rambut ikal, my dad pun kalau panjang, I bayangkan ikal juga. Dalam adik-beradik cuma Imran je sesat rambut lurus gila, walaupun masa bayi dialah yang paling ikal. Kakak Liana masa kecil pula rambut dia lurus sangat, yang jenis kalau lelaki nak buat spike, pakai gel banyak mana pun sure frust dengan hasil. Tapi bila dia dah besar, quite ikal. Okay mari ramai-ramai kira perkataan ikal (-_-")


This is my regime, so kalau nak ikut boleh, kalau tak sesuai, abaikan heh.


1. Basuh rambut selang sehari.

2. Never basuh waktu pagi, waktu malam sahaja.

3. Sarung bantal satin.

4. Letak bedak di bantal sebelum tidur (untuk kurangkan minyak dan berbau harum).

5. Jangan basuh rambut guna air panas. Kalau boleh guna ice lebih baik sebab semakin sejuk, semakin bersinar.

6. Selepas styling yang berat after hair show, basuh rambut guna perapi dulu, diikuti dengan shampu.

7. Selalu lindungi dari matahari (sebab I selalu pakai cap). Kalau tengok orang pakai tudung punya rambut, banyak yang sihat (hikmah).

8. Saya jarang letak produk rambut. Sangaat jarang.

9. Sejujurnya, saya tidak memiliki sikat. Kalau selalu sikat rambut menyebabkan kuasa statik menjadikan rambut frizzy. Macam letak kepala dekat dengan tv bila nak on. Kan meremang sikit haha.

10. Guna jari pun boleh. Sikat rambut guna jari masa mandi.

11. Jangan keringkan rambut guna pengering rambut atau tuala secara kasar. Lepas mandi, balut je dengan tuala, then agak-agak dah tak menitik air, buka tuala dan biar ia kering semulajadi.

12. Kalau pakai tudung, tak pernah pakai masa rambut basah.



Okay bila ada lagi tips terbit dalam otak, nanti I kongsi ya? Haha tadi ya ya je kata tak banyak tips I dapat kongsi wtf sekali ambek kau 12 tips terus. Takpe kongsi ilmu takpe. Jangan kongsi towel lap peluh selepas futsal.


OhSoRandom: Ingatkan balik rumah habis photoshoot dan lepak The Curve, dah selesai dah gelak ketawa of the day, sekali hahahahaahahaha sorry bebeh snapshot carpet @15 tuh, ada dalam phone tableh transfer tsk. But you guys are awesome lah weh haha.



Thursday, May 28, 2009

Model On The Loose

Saya sedar yang tajuk tersebut amat tidak sesuai untuk photoshoot muslimah yang telah saya jalani. Tetapi panjang ceritanya *order kopi Kapal Api, open table*.

Untuk kali pertama setelah penantian yang begitu panjang bagai tiada penghujung, saya telah di solek oleh jurumekap dari Indonesia! Memang teringin gila dah lama dah yeay. Adakah muka saya akan berubah menjadi Kris Dayanti, atau hanya motorsikal Kris? Kita tinjau zasss.




Annoying gila I save gambar ini nama "Tudung Ekin" ajsduiwjcdnfbv.


Jurumekap tersebut bernama Heri dan berasal dari Bandung. Mekapnya amat superb sehingga saya yang sepet ini terus menjadi Rozita Che Four seperti yang saya idam-idamkan, tambahan dengan tudung molek yang disarungkan, terus rasa ingin bertudung selama-lamanya, ambil terus balik rumah tidur dengan tudung yang sama tsk :') Malah beliau juga tidak kedekut ilmu dan mengajar saya cara membersihkan pori yang saya akan kongsi dengan anda semua di entri tips-tips kecantikan.


Harap bila dah pakai tudung suatu hari nanti, akan semolek ini dan tidak serabai seperti ke kelas CTU.


Okay photoshoot hari ini lain sikit sebab selalu mama teman, tapi kali ini lepas hantar Daddy pergi outstation mama drop Hanis dekat Studio Utusan dan terus ke hospital untuk Hafiiz check up tangannya yang patah. Bila dah siap photoshoot motorsikal Kris semua, I pun call mama, dia tinggal handphone kat rumah. Sabar Hanis.


Few minutes later, I got a call from a private number, picked it up, and it was mama. Fuh private number, pakar bedah mana yang bagi dia pinjam henpon opis dia nih (-_-"). Rupanya mama tak dapat ambil dalam masa terdekat. What the. Lalu dia cadang I tunggu kat studio itu lagi 3 jam atau pergi ke Pavilion dan tunggu di sana. Cara untuk ke Pavilion? Teksi.


WEH APAKAH PERKATAAN ITU? TEKSI? JENAMA GARAM KE? Okay the thing is I tak pernaaah naik teksi sendiri tsk. Tahan teksi apatah lagi. How? How?! Tunggu di studio 3 jam atau ke Pavilion naik TEKSI SENDIRI. Tak bukan teksi kepunyaan sendiri, tapi naik teksi berseorangan. Hesh korang ni suka buat I explain. Oh one more thing, saya bukannya tak pernah naik pengangkutan awam, pernah, cuma selalu ada teman. Tengok, explain lagi. Korang ni kan.


Pikir-pikir, terus tekad nak naik teksi. Kak Aisyah pun baik hati nak hantarkan dekat bus stop RapidKL, Chan Sow Lin. Ya kawan-kawan, Chan Sow Lin, belum pernah dengar sejak lahir kan? Sabar Hanis. Dan tunggu teksi kat situ. Gila adventure lah kan teksi semua tak berhenti pun, kereta semua yang lalu mesti honk sebab ingat bapuk make up tebal. APA TAKDE TEKSI BERHENTI NIH?! Ngong betul dah lah cuak habis asyik kena usha nanti kang orang tanya berapa harga vavi vavi. Sabar Hanis.


Nasib baik bus stop tuh, dekat dengan err KTM? KTM kot. Kalau atas tanah KTM kan? Taktau lah tapi dia tulis RapidKL. Anyway, lepas memang dah pasti takkan dapat teksi, kalau dapat pun, risau si bapuk ini ditanya berapa harga, I berazam nak pergi Pavilion naik Monorail. Bersyukur lah mekap hari ini tak disaster sangat, agak light, cuma drama bahagian mata, I like! Bersyukur juga, pakai sandals walaupun cuak jugak sebab Nichii Fashion je kot, bila-bila boleh putus. Kalau putus naya I, terpaksa pakai heels 4 inci dalam beg besar balik kampung, semakin menguatkan lagi suara hati orang sekeliling tentang orientasi seks I tsk. Oh ya, sepanjang cerita ini, tolong bayangkan I bawa beg balik kampung yang di isi dengan kasut-kasut 3-4 pasang dan aksesori ya, ini semua model memang kena bawa setiap kali photoshoot. Okay mari teruskan.


Tengok peta, hafal peta macam nak jawab kuiz kejap lagi, pastu baru beli tiket. Tanya kakak kaunter platform apa, dia jawab Platform A, Sentul Timur. Alright set! You can do it Hanis, Buat muka confident supaya tiada siapa berani kacau. Buat muka "YA SAYA NAIK BENDA INI SETIAP HARI, DAN YA SAYA PANDAI BERSILAT". Dengan muka itu jugalah, I masuk train dan duduk. OKAY FINE SALAH PLATFORM. Sabar Hanis.


Sekarang dilemma, next stop nak turun tukar platform ke, or nak duduk je sampai 5-6 stesen seterusnya dan ulang balik 5-6stesen tersebut kembali baru sampai balik ke Chan Sow Lin semula tsk. Dan dari situ terus bergerak ke Hang Tuah? Tapi kalau tukar platfrom belum tentu dapat tempat duduk kan? Eee dah selesa dah ni siap aircond semua, lagipun last stop tuh Ampang, kot-kot boleh terus turun Ampang suruh Jay ambil, terus lepak sekali. Tapi Jay tak jemu ke muka I ini? Tapi boleh ke turun Ampang kalau tiket untuk turun kat Hang Tuah? Ish banyaknya dilemma kalau tak salah platform tadi pasti dah sampai Pavilion beli Jco, lawat Polo, lawat Cyndi kat Marc Jacob, beli kasut kat Nine West semua dah. Vavi. Dah lah 3 budak remaja Cina kat depan I nih asyik pandang-pandang pastu cakap cina. Perkataan yang I paham cuma 'make up' je. MESTI MENGUTUK JCXEHDSJFNXLKW. Tapi baju diorang macam nak turun Sg. Wang je. Ish ikut jelah diorang.


Menuju ke Monorail setelah ditunjuk arah oleh Abang Polis. Ke Pak Cik Polis?


Hahaha sampai ke sudah I ikut je diorang (budak-budak Cina yang I agak nak pergi Sg Wang), last-last betul juga mereka turun Hang Tuah pastu nak tuju Bukit Bintang. Tapi ada sekali tuh, I terlepas pandang, then diorang naik gerabak lain nooo0oo.. takpe I independent woman wtf. Masa turun Bukit Bintang tuh, masuk je Lot 10, I macam "Alhamdulillah, I survived *bangga akan diri*". Cis, tapi kena lalu Isetan. Tapi semalam baru beli handbag Guess dengan mama kat Isetan. Takpe, jalan laju-laju.


Okay berjaya, now Pavilion, here I come!


On the way dari Lot 10 nak pergi Pavilion terus memori keluar dengan supervisor untuk lunch bermain di kepala tsk. Makan rojak beli kat Sg. Wang :') Sepanjang perjalanan dia cerita pasal credit card dia tsk :')


Jejak je kaki kat Pavilion, terus "Weeee are the champion... my friend.." terngiang di telinga. Tadi kat Monorail semua "Jikau kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan deng deng deng..." je yang dalam otak. Alhamdulillah, cukup sifat sampai ke destinasi. Terus pergi Forever 21 untuk merambangkan mata wtf tak penat ke? Penat weh. Serious. Masuk je fitting room terus terduduk tapi camwhore sebab make up cun.




Itu lah dia handbag tersebut yang dibeli di Isetan semalam. Yang beg besar untuk balik kampung tuh dah tinggal kat kaunter awal-awal.


Hari yang sangat panjang untuk yostruli. Bila dapat phonecall photoshoot esok pagi ditunda ke petang, I menghembus nafas lega. Yang berbau Jco Donut.



OhSoRandom: Memang bagus mengexplore bandar seperti cerita di atas. Just jangan pakai make up tebal.